Korang nak cuba resepi Pizza yang mudah dan rasa ala-alan pizza hut dan domino. Menjilat Jari gitu. Nak beli badget tak cukup kan.. Tak apa aku memahami perasaan korang walaupun Malaysia masih aman.. Alhamdulillah tapi kita rakyat perlu jimat berbelanja.
Walaupun aku takde sijil kelayakan menjadi chef, tapi hasil ujikaji aku dan tontonan TV channel masakan 703 dan 728 Astro dapat juga aku ilhamkan resepi pizza doh yang gebu dan lembut tapi tak sama dengan mat gebu.
Asalkan boleh dimakan. syukur alhamdulillah.
TAPI Kalau nak resepi Doh Pizza yang lagi MELETOP
Korang boleh beli video Panduan Doh Pizza Chef Hairol
Bahan-bahan membuat PIZZA ala Domino saiz 11 inci
** Untuk Doh Pizza **
- 200g / 2 cawan tepung gandum
- 20g / 2 sk yis segera
- 3g / 1/2 sk garam
- 5g / 1 sk gula
- 10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun
- 1/2 cawan air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
- 1 labu bawang besar - cincang halus
- 2 ulas bawang putih - cincang halus
- 2 biji tomato - cincang halus
- 2 sb minyak masak
- 3 sb tomato puri
- 2 sb sos tomato
- 3/4 st gula
- 1 sk oregano
- garam & gula
** Untuk Topping **
- Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing) JANGAN dicampur makanan laut dengan darat.
- Lada benggala hijau atau merah, tomato
- Cendawan butang, bawang besar, nenas
- Keju mozzarella, chedar atau parmesan untuk pizza
Resepi Cara mudah membuat Pizza gaya Italiano
Untuk membuat sos Pizza
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan-bahan lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & biar sejukkan sebentar.
Untuk membuat Doh Pizza
1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkun. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.
PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan dan campurkan dengan 1/3 sudu kecil tepung gandum dan ½ sudu kecil gula dan juga yis. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang campur bahan-bahan doh pizza.
2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Lumur doh dengan minyak zaitun atau majerin dan masukkan dalam plastic bersih. Ramas-ramas doh beberapa minit sambil duduk depan TV. Buat lebih kurang 5-10 minit aje. Lepas tu keluarkan dari plastic dan masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian, tutup bekas dengan plastik cling. {boleh juga guna kain putih yang bersih}
3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar atau dapur gas.Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan memantul. Kira dah cun dah tu.
4. Tumbuk-tumbukkan doh biar keluar angin. Bukan badan manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.
5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai masanya korang canaikan doh jadi bulat setelah agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak letak cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.
6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung semasa nak membakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan cheese.
7. Tabur topping pizza dan keju parmesan atau chedar cheese sekali lagi untuk bagi rasanya lebih lazat lagi.
8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.
Tadaa..
SIAP untuk dimakan…
Resepi mudah Pizza gaya Mat gebu |
Kalau rasa resepi Pizza nih tak berapa nak sedap, elok sangat korang dapatkan ebook video rahsia Roti Bun dan Pizza gaya chef Hairol. Video ini hasil pengalaman beliau sendiri semasa bekerja di hotel bahagian pastry kitchen dan Tesco bakery.
Siapa yang patut dapatkan Panduan Video ni?
Panduan buat Doh pizza |
Korang boleh layan dulu preview video resepi roti bun dan Doh Pizza
Daripada korang buat 100 kali doh tapi tak jadi-jadi ada baik korang baca testimoni kat laman blog brader Hairol ni. Mana lah tahu, selepas ni syarikat pizza hut panggil korang minta ajar buat doh pula..
Boleh dapatkan kat sini -> Panduan Lengkap Rahsia Doh dan Bun Sedap
suka terjah blog mat gebu. memang resepi dia senang untuk diikuti.
BalasPadamBlog mat gebu memang banyak resepi menarik.. dan enak-enak
PadamHai mat gebuuuu!!!gebukeeee??hhahaha!!!tq so much ye for the resipi...senang je nak wat.....ngeeeee....
BalasPadamDah cuba resipi ni. Menjadi piza saya. Terima kasih byk sbb share resipi ni. :)
BalasPadamTq share resepi :)
BalasPadamTq share resepi :)
BalasPadamDah try dahhh . menjadi . terima kasih ye . 😊
BalasPadamSeronoknye... bila bun menjadi.. lagilah bila buat pizza sendiri...
BalasPadamResepi ni mmg mudah... Pizza sy sdp .. Just follow resepi ni ja.. Tq tq tq so much 😁😁
BalasPadamsama2..
Padam..........................................................
PadamMne nk cari utk buah olive tu.. yg bulat2 kaler itam cm tyr tu buah olive kan..
BalasPadambelambak kat kedai arab..
Padamboleh x terangkan apa tu sk & sb tu saya suku resepi ni tp saya x berapa memahami apa itu sk & sb tu ?!?!?!
BalasPadamAduyai...sudu kecil n sudu besar lah bang..pose tak ni duk bace resepi ni.hak hak
BalasPadamAduyai...sudu kecil n sudu besar lah bang..pose tak ni duk bace resepi ni.hak hak
BalasPadamSyukran 4 e sharing... moga dimurahkan rezeki krn suka berkongsi..aamiin.
BalasPadamdari tampilannya ..rasanya mau dimakan aja ni ...enak sepertinya
BalasPadamwah.... asyik juga kalau sdh bisa buat pizza ni ..tak perlu beli lagi ...:)
BalasPadamyezzap
Padamklu nak pack kuih sepatutnya gunalah sarung tangan, barulah betul. Sbb guna bare hand saje nti mkn tak tahan lama, mungkin ade bacteria..
BalasPadamMohon share resepi ni. Nampak enak. Moga dimurahkan rezeki ye.
BalasPadamTerima kasih.
boleh nak share.. tapi klu boleh beri kredit semula ye.. tak de la terasa sgt kite ni..kikiki
PadamTq....resepi mudah... Saya suka sebab sukatan resepi guna gram. Kalau pakai cawan, saya teragak agak nak sukat. Saya minta izin nak simpan kat blog saya ye. {comelsihat.wordpress.com}
BalasPadamthank's mat gebuu, memang menjadi la resipi ni...hari hari anak mintak buat.
BalasPadamTq...sharing yang bagus.
BalasPadamResepi yg senang nak diikuti...mohon share ye��
BalasPadamTerima kasih atas resepi yg lazat ini. Family sya suka sngat!!
BalasPadamwah..tak sabar nk cuba resepi ni...
BalasPadamBestnya ...jumpe blog ni....suka pizza....tq for sharing ya...
BalasPadam20gm yis = 2 sudu kecil betul ke..
BalasPadam