Sabtu baru ni saya dan isteri ke Public Gold Sunway untuk jual semula emas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kebetulan pada hari itu, Pokli pemilik blog pokli.com sedang buat sharing dengan rakan-rakan pelabur emas lain.
Selesai urusan saya ditegur Pokli, dan dari situ ada sedikit input yang saya perolehi dari pokli. Kalau pokli terbaca blog ini, saya just nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan tips ringkas bagaimana buat untung dengan emas.
Insya'Allah saya akan rajin-rajin hadirkan diri ke kelas emas pokli selepas ini. Memang orangnya cukup humble dan mudah dijadikan rakan. Banyak perkara yang perlu saya belajar dari Pokli untuk maksimum untung emas.
Anda perlu tahu mengapa emas begitu berharga :
- Emas tak boleh dicipta atau musnahkan.
- Emas diterima di seluruh dunia walaupun menjadi serbuk
- Emas adalah logam bernilai dan mulia sepanjang zaman sehingga akhirat
Jika anda meneliti Al-Quran, terdapat banyak surah-surah yang menghuraikan penceritaan mengenai emas seperti di dalam
- surah Ali -imran ayat 91
- surah al-a'raaf ayat 148
- surah At taubah ayat 34-35 dan banyak lagi.
Sekarang mungkin anda sudah faham mengapa emas dikatakan logam berharga. itulah antara asbab mengapa saya memilih emas sebagai portfolio pelaburan dan perniagaan saya.
Saya sendiri sudah 4 tahun melabur dan berniaga emas bersama Public Gold. So far alhamdulillah semuanya berjalan baik. Tiada sebarang masalah menjalankan urusniaga. Urusan belian dan jualan juga berjalan lancar. Walaupun tidak begitu serius pulangannya tetap ada.. syukur Alhamdulillah..
Kadang-kadang saya beli direct dengan dealer Public Gold yang lain dan jual semula kepada PG atau kepada pembeli. Dari situ bolehlah dapat untung lebih sedikit. If anda bercadang nak beli atau jual emas boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja.
Alhamdulillah.. terjual juga emas ku kali ini
|
Sekiranya anda berminat berniaga emas, Public gold adalah salah satu syarikat yang menawarkan kepada anda peluang berniaga dan melabur emas. Dua dalam satu.
Mengapa Public Gold?
Terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan kerana sejak 4 tahun lalu, saya telah meneliti banyak syarikat-syarikat pelaburan emas dan spread emas yang ditawarkan oleh public gold adalah antara yang terbaik untuk anda menjana keuntungan lebih banyak daripada perniagaan mahupun pelaburan emas.
Anda cuma perlu mendaftar sebagai agen Public Gold untuk melayakkan anda menjadi dealer. Untuk penerangan lebih lanjut anda boleh bertanyakan kepada saya.
Untuk daftar anda perlu ke laman Publicgold.com klik bahagian login dan daftar
Atau anda boleh daftar dahulu disini >> DAFTAR PUBLIC GOLD
Seronok dengar pokli bercerita pasal emas tempoh hari. Lg best dia sudi beli emas walaupun jumlahnya 50K. lepas ni boleh la jual ngan pokli aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita