Rabu, 17 September 2014

Jom Kenali Lemak Baik dan Lemak Jahat

  Ismail Ahmad       Rabu, 17 September 2014

Aku Cuma nak share sikit info tentang Lemak Baik dan Jahat. Bukan macam papa jahat tu. Agak menarik petang-petang cerita pasal lemak. Yang pasti ada 2 jenis lemak tu memang wujud. Cuma siapa yang suka ponteng kelas memang tak tahu pasal benda ni.

Sekadar pengetahuan korang, lemak ni sebenarnya salah satu asas penting dalam diet seimbang sebabkan sifatnya yang memberi extra super tenaga.

Tambahan lemak juga digunakan untuk menambah keenakan masakan.
Memang TERBAIK lah lemak ni!

Lemak baik dan lemak jahat
Cer teka..lemak baik ke lemak jahat ni?

Harus korang ingat! Pengambilan secara berlebihan dalam diet akan jejaskan kesihatan sekaligus memberi implikasi obesity. Jadi, korang perlulah kawal pengambilan kadar lemak dalam menu seharian. Tak dinafikan lemak memang sedap. Tapi nafsu makan tu perlu kawal juga kan. 

Lemak jahat yang selalu dikaitkan dengan punca kepada pelbagai penyakit adalah lemak tepu. Kira lemak tepu ini lemak jahat la. Biasanya ditemui dalam makanan yang berasaskan lemak haiwan. Bila sodap dimakan, akan menyebabkan paras kolestrol dalam darah naik mencanak and menambah risiko mendapat sakit jantung. 

Kalau korang atau wife ada sakit tekanan darah tinggi, dengan memakan lemak tepu kebarangkalian untuk mendapat penyakit STROKE itu tinggi. So janganlah korang menambah koleksi penyakit tu.

Sumber lemak apa yang bagus pula?
Kalau yang bagus itu tentulah yang baik

Apa pula lemak baik?

Ia boleh diperolehi daripada lemak minyak sayuran, minyak zaitun, minyak ikan kerana ia bersifat tidak tepu. 

Kebiasaannya orang terlupa tentang lemak ni. Kalau bab kesihatan memang biasa orang kita suka tolak tepi. Janji sodappp. Kenyang perut suka hati..Tapi bila dah kena penyakit pelik-pelik barulah nak disalahkan lemak a.k.a kolestrol jahat. Walhal diri sendiri yang cari penyakit.

Untuk menambat hati suami haruslah menambat perutnya dahulu. Kalau sayangkan suami para isteri solehah sekalian boleh amalkan tips ini :

1# Kurangkan santan atau minyak sawit dalam masakan
2# Pilih makanan rendah lemak dan kolestrol
3# Pilih daging tanpa lemak untuk menu harian.
4# Elakkan penggunaan lemak dalam masakan spt planta, minyak sapi
5# Kurangkan menggoreng dan gunakan alternatfi mengukus dalam masakan


Nota: Benda ni aku tulis setelah ubah sana sini sikit agar jadi sedap sikit korang nak baca. Kalau korang nak sangat kurus sihat dengan makan daging korang boleh dapatkan ebook Teknik Kurus dengan diet Atkins

Tak ruginya pelaburan ilmu korang tu dengan hasil yang akan korang perolehi..

logoblog

Thanks for reading Jom Kenali Lemak Baik dan Lemak Jahat

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita