Jumaat, 19 September 2014

Komisen Pertama Ashadee

  Ismail Ahmad       Jumaat, 19 September 2014

Yeah!! Alhamdulillah

Hari ini aku begitu teruja nak update bayaran pertama komisen Ashadee yang baru aku terima.

Seperti yang aku jangka setelah membuat sedikit ubahsuai artikel syukur dapat juga komisen Ashadee pertama untuk produk "Rahsia Menambat Nafsu Suami" walaupun sales aku tak lah sekencang blogger lain.

Seronok bila dapat komisen ashadee

Ini adalah usaha yang aku buat berbulan-bulan untuk pastikan aku mendapat bayaran komisen pertama dari Ashadee. Alhamdulillah inilah hasilnya yang aku dapat. Walaupun aku hampir putus asa tapi dengan semangat 1Malaysia yang membara, akhirnya.. di sini lahirnya sebuah kisah kejayaan aku. Manisnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Waw!!

Aku sendiri sebenarnya tak begitu yakin bagaimana aku boleh dapat komisen dari Ashadee, tambahan aku tak begitu biasa dengan cara buat duit online, hati aku Cuma berkata, tulis tulis dan tulis blog, promosi..promosi dan promosi..Aku Cuma belajar cara en Titan, Hasrulhassan, ciktom, aqif azizan dll blogger yang bagi aku banyak ilmu tentang dunia blogging.

Aku yakin dengan usaha yang berterusan tanpa jemu pasti membuahkan hasil-hasil yang manis untuk tatapan orang yang disayang.

Kalau korang yang ada angan-angan nak dapat komisen kenalah mula dari sekarang sebelum orang kata terlewat. Nak dapat komisen tu memang makan masa sedikit. Mana mungkin hari ni tanam esok sudah berbuah. Sabar orang muda..sabar..Usaha mesti konsisten untuk dapatkan hasil yang konsisten.. momentum aku pun bukannya bagus mana tapi dengan komisen pertama ni pasti buatkan aku lebih semangat nak menulis. 

Sekadar Nasihat aku..

Tak mahu dengar ...korang punya pasal

Selalu berusaha dan baiki kelemahan diri. Disiplin kena ada dalam menulis blog ni. Aku sendiri pun tak berapa nak disiplin tapi untuk beritahu korang memang perlu disiplinkan diri. Sanggup belajar dan sanggup diajar. Lupakan pasal income.. Bina empayar korang sendiri sebelum ia berkembang maju secara automatik.

Orang yang gagal merancang sebenarnya dia merancang untuk GAGAL..

Bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah

Untuk jadi pejuang affiliate yang tak terkalah seperti kata en titan, korang perlu tempuh dulu duri-duri yang manis ini..Barulah impian dan cita-cita korang akan jadi kenyataan.. 

Nak Belajar pasal blog korang

Beli aje Kitab SEO Merah Jambu ini.. InsyaAllah  komisen pertama Ashadee macam aku pasti akan menyusul bila usaha itu bermula..

Chayok!!

logoblog

Thanks for reading Komisen Pertama Ashadee

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita