Selasa, 21 Oktober 2014

Tips Temuduga : cara mengangani soalan sukar dan mencabar

  Ismail Ahmad       Selasa, 21 Oktober 2014

Agak-agak ... susah ke nak lulus temuduga spa?

Bagi aku kalau ada ilmu nak hadapi temuduga ni bagi lah temuduga apa sekali pun.. insyaAllah boleh hadapi dengan senyuman..

Korang pernah tak berhadapan situasi ditanyakan soalan-soalan temuduga yang korang anggap susah tahap gaban dan mencabar.

Tips kali ni adalah sambungan dari artikel lepas : Tips cara nak lulus temuduga spa/kerajaan

Tips Temuduga: Apa yang dikata soalan sukar dan mencabar?


tips temuduga kerajaan
Tips untuk temuduga



Kalau korang tak faham, aku berikan contoh untuk senang faham :

  1. Saya memahami anda berpengalaman luas dalam bidang ini. Boleh tak anda jelaskan mengapakah anda mahu meninggalkan pekerjaan sedia ada?
  2. Bolehkah anda jelaskan kepada kami mengapa anda memilih kerjaya ini dan meninggalkan kerjaya lama anda?
  3. Boleh tak anda jelaskan mengapa anda kerap kali bertukar-tukar tempat kerja daripada tahun 2000 hingga 2003.?

Sebab apa soalan macam ni dianggap susah a.k.a “Sukar”?

Kebiasaan soalan-soalan ini akan ditanya semasa sessi “ ice breaking” iaitu sessi salam perkenalan. 

Cuba korang bayangkan masa sessi santai korang kenalkan diri tiba-tiba zasss.. satu das soalan macam ni ditanya.. 

Susah juga nak jawab tu kan?

tips soalan sukar temuduga
Kalau dah panel temuduga macam itu ..goyang nak jawab

Aku berikan 3 tips macam mana cara nak jawab soalan kategori sukar dan mencabar ni

Untuk elak jantung korang berdegup kencang, ingat baik-baik 3 prinsip ini dalam kepala otak korang. 

  1. Kenapa soalan macam ni ditanya?
  2. Jawapan kalau boleh mesti ringkas, padat dan catchy
  3. Intonasi jawapan kenalah sesuai dengan situasi. 

Apa kaedah yang boleh aku guna untuk jawab soalan "mencabar" macam tu?

Perkara pertama sekali, korang kena pegang balik pada 3 prinsip yang aku bagitahu tadi. Tujuan tak lain untuk elak korang jadi “nerbes.”

Sebab apa soalan macam tu ditanya?


Apa tujuannya? 
Tak ada jawapan bocor ke untuk soalan tu?

Korang kena faham, tiap soalan yang ditanya pada calon, biasanya dirancang untuk duga kebolehan korang bercakap (komunikasi).

Soalan macam ni biasanya nak tentukan sama ada korang adalah calon “matang” atau masih mentah.
Kalau korang matang, kompom jawapan korang ringkas dan dengan nada yang cukup “condifen” dan kalau tak matang tu paham-paham jela. Jawapan tu 3 hari 3 malam pun tak habis-habis lagi. Dan senang kena check mate bila disoal..

Soklan bocor? Memang tak ada bro..

Tapi kalau korang nak tips lagi detail.. dan tip top pasal temuduga kerajaan korang boleh dapat kat link bawah ni ..


Jawapan korang perlu ringkas dan padat dan catchy


PENTING : Elak dari menjawab panjang jela. Itu tujuan nak elak korang teruja sampai terlebih cerita daripada apa yang ditanya. Jawapan yang padat menampakkan kematangan korang dalam komunikasi.

Intonasi jawapan kenalah sesuai dengan situasi. 


Gunakan nada aura positif semasa menjawab kategori soalan mencabar. “Think Positive” seperti kata daripada Prof Muhaya. 

Sekiranya korang diminta jelaskan sebab kekerapan bertukar tempat kerja, sebaiknya elakkan memberikan jawapan berbaur negative seperti memberikan “masalah”, “kecewa”, “bosan”, “malas”, “tekanan”,susah dll perkataan yang negatif.

Gunakan perkataan positif bagi menarik aura daripada panel. Gunakan perkataan “mencari peluang”, untuk peningkatan kemahiran diri,”daya usaha” dan menambah baik skill kepimpinan korang 
Elak menyalahkan syarikat lama, majikan atau institusi lama anda bagi menampakkan kelemahan diri korang sendiri.

Cuba lah korang karang sendiri jawapan tu dalam kepala otak korang yang tunjuk seolah korang suka sangat dengan kerja tu dan sedia untuk pikul beban tanggungjawab dan ada usaha nak belajar perkara baru di tempat kerja baru anda. 

Rumusan pada tips temuduga ni


Soklan “sukar” dan “mencabar” memang tak dapat nak dielak pada mana-mana sessi temuduga tak kiralah temuduga kerajaan atau swasta. Kalau korang lepas part ni kira sebelah kaki tu memang kaki korang punya lah. 

Apa-apa buat yang terbaik. Rezeki tu datang dari Allah.

logoblog

Thanks for reading Tips Temuduga : cara mengangani soalan sukar dan mencabar

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita