Sabtu, 8 November 2014

5 Tips Cara Buat Facebook Like Fan Page

  Ismail Ahmad       Sabtu, 8 November 2014

Apa pentingnya Fanpage?

Korang tau tak kepentingan Facebook fan page ni pada blog korang? Fan page facebook adalah satu cara mudah untuk korang dapat trafik mudah secara PERCUMA. Asalkan korang ada Facebook, korang boleh bina fan page korang sendiri untuk bawa trafik ke blog. Cuma korang kena tahu bagaimana cara nak buat like facebook fan page. Sebelum ni pun aku ada kongsi tips Percuma nak tambah like facebook fan pages. 

Cuma kali ni aku nak tambah sikit lagi tips pasal like ni.
Sebelum tu..korang tau tak ..

Apa itu facebook Fan page?


Facebook fan page boleh dikatakan sebagai salah satu laman mini untuk mengumpul pengikut atau peminat. Korang tak perlu jadi artis pun untuk ada fan page sendiri. Kebiasaan fan page diguna untuk sebarkan maklumat secara pukal dengan lebih tepat kepada sasaran. Bagi Affiliater, facebook fan page sangat penting untuk hasilkan jualan berulang. 

Kalau dilihat kebanyakan syarikat-syarikat besar seperti Maxis, Air Asia, Celcom, CIMB hari ini turut menggunakan facebook fan page sebagai medium untuk pengiklanan mereka. Ini kerana dengan kecanggihan dunia hari ini, media social adalah satu kemestian dalam konteks pemasaran internet.

Perkara penting untuk facebook fan page adalah jumlah like. Semakin besar volume like sesebuah page semakin tinggi peluang untuk korang hasilkan jualan. Ini kerana facebook adalah bersifat viral. Setiap status yang korang update di fanpage akan di viral kepada follower. Sebab tu ramai yang berlumba-lumba nak tingkatkan jumlah like facebook. Bagi aku walaupun jumlah like besar tapi tak berkualiti tak ada gunanya juga. 

Dalam bekerja, aku lebih suka mencari KUALITI daripada mencari KUANTITI.

Banyak cara dan tips untuk korang tingkatkan jumlah like facebook fanpage. Kalau korang nak tahu lagi detail pasal teknik likes facebook boleh rujuk Laman Pakar Fblikes. Ada script dan ebook yang terlajak laris cara nak tambah likes facebook fan page dengan cepat.

Boleh rujuk : Laman Pakar Facebook Likes

Cuma kali ni aku nak sambung lagi 5 cara yang dapat bantu korang tambah like kat facebook fan page.

1. Kongsikan maklumat PENTING
Berikan perkongsian maklumat yang dirasakan penting dan mempunyai nilai yang tinggi kepada fan korang. Korang boleh share info-info baru yang korang kaji sendiri. Tak baik kedekut ilmu dank orang takkan rugi pun. 

2. Tarik fan menggunakan blog
Sekiranya korang ada blog, boleh gunakan medium ini untuk menukar pelawat kepada peminat. Caranya sama ada korang menulis post menarik kat facebook atau kongsikan link FB pada artikel ataupun letakkan widget pada blog korang.

3. Video Youtube sebagai medium pemasaran
Ramai pengguna internet hari ni suka tonton youtube. Tambahan kalau ada video yang masih Panas atau dikategori PANAS. Kalau Video dah PANAS hasilnya pun PANAS juga lah. Kalau korang pemain Affiliate kalau boleh elakkan gunakan video yang membawa fitnah dan Dosa-dosa. Sebaiknya dielakkan kerana keberkatan mencari yang Halal itu penting dalam agama.

4. Advertorial atau review
Kaedah ini memerlukan modal untuk korang buat. Boleh minta mana-mana blogger yang ada nama untuk review produk atau fan page korang. Kalau boleh cari blog yang mempunyai niche yang sama. 

5. Facebook Ads
kaedah ini juga memerlukan modal. Bagi aku inilah kaedah terbaik yang paling efektif dan cepat untuk dapatkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik fan page mendapat ribuan peminat dalam tempoh beberapa hari sahaja. 

Kenapa facebook Ads?

Salah satu sebabnya kerana pengiklanan ini adalah lebih tertumpu pada sasaran (Targeted). Kan ramai orang Malaysia layari facebook dalam sehari. Kos untuk pengiklanan taklah mahal mana tapi korang kena tahu teknik yang betul supaya modal korang tu tak membazir. 

Kalau nak tahu teknik power, korang boleh belajar dari Rahman Basri. Kalau otai yang bercakap biasanya memang superb tekniknya. 

Kalau korang nak tahu lagi detail pasal Teknik Facebook Ads korang boleh rujuk laman pakej Video Tutorial FB Cash.

Screen shot Fb Cash Rahman Basri
Sumber : Pakej Video Tutorial FB Cash Rahman Basri

Kalau dah testimoni ok aku rasa tak ada masalah untuk giliran korang pulak berjaya lepas ni.


Kalau korang nak test power pulak boleh rujuk : Pakej Video Tutorial FB Cash Rahman Basri

Aku rasa dah cukuplah 5 tips mudah nak tambah facebook like pages. Kalau korang ada tips yang baik boleh share kat ruangan komen bawah ni..

Tanpa komen korang blog ismailahmad.com ni tak ada serinya..

okeh 

logoblog

Thanks for reading 5 Tips Cara Buat Facebook Like Fan Page

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita