Banyak yang kita dapat belajar di dalam agama islam sekiranya kita rajin membaca dan membuat kajian. Salah satunya adalah langkah-langkah untuk menangani stress dengan bijak.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berpegang pada asas agama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Maklumlah jiwa sedang berkecamuk pelbagai perkara boleh dilakukan tanpa menggunakan akal yang waras.
Tak dinafikan ada antara kita yang hilang pertimbangan diri apabila berada dalam situasi stress. Lebih parah apabila mereka lupa dan hilang kawalan diri hingga mengambil jalan mudah untuk MEMBUNUH DIRI.
Tekanan Jiwa (Stress) perlulah di atasi dengan bijak. Sekiranya kita mengalami symptom awal untuk stress, jangan dibiarkan berlarutam. Cari puncanya sebaik mungkin, mengapa terjadinya stress terhadap diri kita.
Apabila puncanya sudah ditemui maka mudahlah untuk kita merawatnya. Sama seperti enjin kereta yang rosak. Kalau tak tahu puncanya bagaimana pula kita nak baiki kerosakan kereta tersebut. Betul tak?
Kalau rasa kita tak mampu nak tangani Stress berseorangan, carilah pasangan atau rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk membantu mengurangkan stress.
KENALI TAHAP STRESS
Kita perlu tahu sejauh mana bebanan dan kemampuan kita untuk menampung tekanan. Jika sampai ke tahap maksimum. Usah lah diteruskan untuk bertahan kerana itu akan mengakibat kerosakan kepada diri kita. Kita perlu tahu tahap kemampuan diri untuk menangani situasi ketika TERTEKAN.
LANGKAH MENANGANI STRESS DENGAN BIJAK
INGAT KEPADA ALLAH SWT
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah SWT hati menjadi tenteram.”
(QS Ar-Ra’d 28)
Sebagai hamba Allah yang taat perlu selalu mengingatiNya. Tak kira dalam apa jua keadaan sama ada ketika susah atau senang perlu perbanyak mengingati ALLAH yang Maha Pencipta. Salah satunya adalah melalui zikrullah.
Lebih banyak kita mengingati Allah, Begitu jua Allah akan selalu mengingati kita.
Basahkan lidah dengan berzikir dan bertahmid. Tenangkan jiwa dan fikiran dengan mengingati kekuasaan Allah SWT. Dengan mengingati Allah jiwa kita akan merasa lebih tenang. Lakukan dengan Khusu lebih-lebih lagi selepas solat.
MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dan khasiat Al-Quran itu sungguh banyak yang kita sendiri tidak ketahui. Dengan melakukan amalan membaca Al-Quran, jiwa kita akan sentiasa merasa tenteram. Di samping dapat membersihkan jiwa, kita jua akan merasa sentiasa dekat dengan Pencipta kita ALLAH S.W.T.
PERBANYAKKAN DOA
Perlu dingati Doa adalah senjata kita orang mukmin yang paling mustajab. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita bergantung. Jadi kepada Dia jua tempat untuk kita meminta pertolongan. Apabila kita berada dalam situasi stress, rasa terbeban, berdoalah agar diringankan bebanan yang kita sedang hadapi. Dugaan dan Ujian Rasulullah itu lebih berat dan lebih besar daripada apa yang kita tanggung kini.
Doa ketika berada dalam situasi STRESS
حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ
Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim
"Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)"
Harus diingat, apabila berhadapan situasi tekanan atau stress, usahlah kita hilang punca dan pertimbangan diri dengan membiarkan jiwa memberontak dan berkecamuk. Kembalilah semula kepada fitrah kerana dengannya kita akan merasa lebih tenang. Insya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita