Kalau dilihat, pasaran harga rumah semakin menjadi-jadi terutama di kawasan lembah Klang. Ini sedikit sebanyak telah mematahkan semangat kita secara tidak sedar untuk memiliki rumah idaman apatah lagi dengan dihimpit beban hutang dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat. Tiap pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan pasti mengidamkan rumah yang selesa untuk membina mahligai cinta.
Tidak perlu terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Cukup sekadar memberi keselesaan untuk berlindung daripada hujan dan panas. Kini memiliki rumah di kota metropolitan seperti angan-angan mat jenin bagi golongan berpendapatan rendah dan tidak mustahil akan menghantui golongan pertengahan sedikit masa lagi.
Ditambah dengan beban dan masalah kewangan yang tidak disangka-sangka pasti menyukarkan pasangan baru untuk memiliki rumah sendiri. Atas kesedaran itu aku ingin kongsikan beberapa tips ringkas yang berkesan dalam usaha mendapatkan dana untuk membeli rumah impian dengan kaedah menabung.
memiliki rumah adalah impian tiap pasangan berkahwin
|
# 5 Tips Menabung Untuk Rumah Idaman
1. Mempunyai pendapatan TETAP
Sebelum melangkau impian lebih jauh, pastikan kita mempunyai satu pendapatan tetap setiap bulan. Semak dengan teliti aliran keluar masuk wang setiap bulan. Adakah kita masih mempunyai baki wang yang mencukupi untuk simpanan? Jika jawapannya tidak, maka carilah peluang-peluang pekerjaan tambahan yang tidak mengganggu kerja utama ataupun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang menjanjikan aliran kewangan. Biar aliran masuknya perlahan daripada terhenti dan tersasar keluar.
Internet juga adalah salah satu sumber yang baik untuk dijana pendapatan secara sampingan.
2. Tetapkan Matlamat
Dalam apa juga perancangan atau tindakan, Matlamat adalah tunjang kepada kejayaan sesuatu perancangan. Tentukan matlamat kita sebelum membuat pembelian rumah idaman. Sebagai contoh, sekiranya kita merancan untuk membeli pada 2 tahun yang mendatang, pastikan kita mempunyai simpanan yang cukup dan sasaran pendapatan tambahan untuk menampung kos rumah tersebut.
Contoh mudah andai baki gaji masih ada RM1,300, cuba kita tolak sebahagian daripadanya ke dalam akaun simpanan seperti tabung haji, ASB, ASW dll. Tetapkan berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menyimpan dan mendapatkan jumlah yang mencukupi. Tiada salahnya untuk berjimat kerana kita jua yang akan merasa keselesaannya kelak.
3. Jangan bertanggung dalam soal bayaran hutang
Lunaskan segalan hutang-hutang kita sebaik mungkin. Ia biasa menghantui masyarakat melayu kerana tabiat suka meminjam dan liat membayar hutang. Apakah hukumnya? Boleh baca entri mewah tapi berhutang
Lunaskan bil-bil yang tertunggak agar perancangan perbelanjaan dapat dibuat. Sekiranya ia tidak diselesaikan sebaik mungkin pasti akan menimbulkan masalah kewangan kepada kita kelak dan masa akan datang.
4. Buat senarai semak kos belanja
Cara yang paling efektif dan mudah iaitu dengan membuat senarai semak kos perbelajaan bulanan kita. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah lakukannya namun tidak salah mencuba. Pasti korang akan terasa perbezaannya. Langkah pertama adalah kenali pola perbelanjaan diri dan pasangan agar dapat mengenali corak perbelanjaan kita disamping dapat diurus dengan baik.
5. Disiplin dalam menabung
Mungkin ia agak sukar untuk merancang kewangan pada permulaan perkahwinan kerana banyak perkara yang perlu dipersiapkan. Elak berbelanja berlebihan dan pilih kerperluan yang benar-benar mustahak sahaja. Amalkan menabung secara perlahan-lahan dan hargai nilai wang ringgit yang dikeluarkan namun jangan sampai menjadi KEDEKUT. Nauzubillah… Moga dijauhi sikap tersebut dalam diri kita..
Jangan lupa untuk bersedekah walaupun sedikit kerana sedekah itu adalah pembuka kepada pintu rezeki…
Lagi banyak kita memberi sebenarnya akan lebih banyak yang akan kita terima kelak.. Percayalah kerana janji Allah SWT itu adalah benar…
Tahukah korang
Apakah kos yang perlu ditanggung pembeli untuk membeli sebuah rumah?
1. Deposit
2. Yuran Guaman (Perjanjian S & P perjanjian pinjaman)
3. Duti Setem
4. Yuran Penilaian (Apabila penilaian formal diperlukan)
5. Insuran
Kelima-lima kos ini sahaja boleh mencecah belasan ribuan ringgit. Sebaik-baiknya sediakan 10% daripada nilai harga rumah untuk memudahkan urusan belian. Salah satu cara untuk mengurangkan kos-kos ini adalah dengan mencari pakej promosi pinjaman perumahan yang membiayai sebahagian daripada kos kemasukan peminjam.
Sekiranya korang ada masalah untuk membuat pinjaman rumah apa kata dapatkan panduan lengkap daripada brader wahi mengenai tips rahsia mendapatkan pinjaman rumah dengan mudah dan lancar.
Mungkin entri dibawah dapat membantu korang untuk merancang untuk membeli rumah.
1. Tips beli rumah second hand
2. Tips mudah mendapat pinjaman perumahan dari bank
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita