Selasa, 2 Disember 2014

9 Sebab Mengapa Gagal Temuduga Kerja

  Ismail Ahmad       Selasa, 2 Disember 2014
Temuduga kerja

Lepas berakhirnya musim Konvo ramai yang mula mencari pekerjaan. Syarikat-syarikat GLC sudah mula menempah graduan yang bijak pandai untuk diserapkan ke dalam syarikat mereka. Korang yang berada paras-paras hidung ini apa cer? 

Pasti ada antara kita yang sudah berjaya melepasi sesi temuduga dan ramai juga antara kawan-kawan kita yang gagal. Bukan? Pasti amat menyedihkan. Belajar sama-sama tapi …

Usah lah bimbang. Anggap ia sebagai pengalaman berharga. Ada 9 Sebab yang mungkin tidak disedari mengapa korang gagal sesi temuduga. 
Jom buat check list

9 sebab mengapa gagal dalam temuduga kerja



Sebab 1 # 

Mungkin korang ini terlalu membosankan panel temuduga lebih-lebih lagi teknik menjawab persoalan yang diajukan.

Sebab 2 # 

Ada buat persediaan tak sebelum dan selepas hadir temuduga? Orang yang bersungguh akan buat persiapan lengkap. Semak dahulu entri -> 5 cara rahsia nak lulus temuduga

Sebab 3 # 

Korang terlupa untuk membawa dokumen bukti kelayakan yang korang tulis dalam resume kerana terlalu yakin untuk dapat jawatan tersebut

Sebab 4 # 

Korang terlepas bas dan menyebabkan kelewatan beberapa minit daripada masa temuduga yang telah ditetapkan hingga membuatkan panel berang kepada sikap dan disiplin korang tu.

Sebab 5 # 

Langsung tak tahu mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling dan lemahnya pengetahuan am walaupun keputusan korang sangat bagus untuk diterima jawatan tersebut.

Sebab 6 #

Pakaian yang korang pakai tak sesuai langsung dengan temuduga. Apa pakaian yang perlu dipakai pun tak tahu.

Sebab 7 #

Jawapan yang diberi tidak jujur. Panel sedar yang korang ni memang kaki auta dan suka putar belitkan fakta yang ada. Lebih memalukan korang tak tahu nak jawab soalan sukar ketika sesi temuduga berlangsung. Rujuk entri : Tips menjawab dan tangani soalan sukar

Sebab 8 #

Keyakinan diri? OUT!! Tergagap-gagap ketika menjawab soalan yang diajukan seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri. 

Sebab 9 #

Tak SOLAT SUBUH! Ini adalah PUNCA UTAMA kegagalan kita semasa temuduga kerja. Terlalu yakin dan ujub dengan kemampuan diri hingga lupa kepada sang pencipta yang maha kuasa. Apa-apa sahaja perlakuan hari kita haruslah diserahkan kepada ALLAH. Dia jua lah yang memberi rezeki kepada kita hari ini, esok dan hari-hari mendatang. 

Mungkin daripada 9 sebab ini satu atau dua perkara ada pada diri kita yang menyebabkan kita gagal semasa temuduga kerja. 

Jadikan kegagalan itu sebagai dorongan untuk terus maju jaya

Selamat beramal.

logoblog

Thanks for reading 9 Sebab Mengapa Gagal Temuduga Kerja

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita