“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan,” Surah al-Baqarah, ayat 195
HUKUM MEROKOK MENURUT ISLAM
Kalau yang terbaru, mengikut kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 37 telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM pada sisi pandangan agama islam kerana membawa kepada kemudharatan kepada kesihatan tubuh badan.
Tapi jangan tanya aku pula pasal hukum merokok menurut pandangan agama Buddha. Memang TAK tahu lah aku.
Jadi kepada perokok TEGAR kena pikir-pikirlah apakah langkah berhenti merokok yang paling mudah dan berkesan. Bagi aku semangat korang kena kental dan buat perancangan yang betul. Banyak kebaikannya kalau berhenti merokok.
Kerana merokok membunuhmu. Korang kena faham bahawa masih ramai insan lagi yang menyayangi diri korang. Takkan korang sanggup mati awal meninggalkan awek-awek, isteri dan anak-anak comel. Aku rasa semua orang tahu merokok dapat menyebabkan paru-paru menjadi kehitaman dan merosakkan sisitem tubuh badan. Takkan lah sekelumit pun tak ada rasa bersalah masa korang cucuh api rokok tu.
Kesan akibat merokok kepada kesihatan |
Ya.. aku tahu, perokok tegar macam korang memang susah nak berhenti merokok, lebih-lebih lagi nak berhenti merokok secara mengejut, bukan? Walaupun korang tahu merokok membahayakan kesihatan. Azam tahun 2015 ini bolehlah berusaha untuk berhenti tabiat buruk tu.
Nah.. tips mudah
5 CARA-CARA BERHENTI MEROKOK YANG BERKESAN
1. Buat-buat lupa
Jika ada teringin nak hisap sebatang rokok, cuba lah buat-buat lupa atau lengahkannya. Amboi.. Kalau solat boleh pula korang lengahkan, bukan? Apa salahnya korang lengahkan rasa nak isap rokok tu. Minum dulu kopi ke, Tea C ke, yang korang rasa, boleh buat korang lupa nak isap rokok tadi. Biasanya 5 hari pertama agak susah nak hadapinya.. Aku dulu pun boleh demam juga seminggu. Tapi lama-kelamaan, dah ok.
2. Elakkan bergaul dengan perokok
Kalau member korang berkumpul sambil berkepul-kepul mengeluarkan asap rokok, ada baik korang jauhkan diri seketika. Kalau boleh jangan join diaorang lepak masa tengah hisap rokok. Usah korang terpedaya konsep “sebatang aje”. Pengalaman aku, mengarut semua tu. Lepas sebatang, sebatang lagi rokok korang akan hisap.. hingga lah batang yang terakhir dalam kotak rokok tu.
3. Lakukan senaman
Ya, ini cara yang paling efektif dan sangat membantu mengurangkan rasa ketagihan merokok. Korang jangan percaya dengan mitos akan ada kesan berhenti merokok secara mengejut. Itu semua MENGARUT! Elok korang bersenam 30 minit sehari. Paling baik adalah dengan membuat senaman Kardio. Disamping dapat hindarkan rasa ketagihan merokok, senaman ini juga dapat bakar lemak dengan cepat.
4. Libatkan dalam aktiviti sosial
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan, awek-awek bahawa azam tahun 2015 ini korang nak berhenti merokok. Yang pasti, Isteri korang pasti tersenyum riang kalau korang beritahu niat murni nak berhenti rokok. Kurang-kurangnya, ada lah juga baget duit untuk beli barang kemas.
5.Tulis dan ingat kebaikan tak merokok
Buat check list atau senarai apa kebaikan yang korang akan dapat kalau tak merokok. Aku kasi contoh, isteri makin sayang, nampak awek muda, awek makin bertambah, nafas semakin harum. Usah korang percaya berhenti merokok berat badan naik. Aku dah 10 tahun berhenti tak naik-naik pun berat badan. Korang buat aje list dan ingat hari-hari untuk naikkan moral dan semangat tak nak merokok.
Kalau aku nak tulis cara-cara berhenti merokok yang berkesan memang sampai esok pun takkan habis. Takde guna juga tulis panjang-panjang tapi “NO ACTION”. Lebih baik korang pergi cari klinik berhenti merokok di Malaysia.
Senang cakap korang nak hisap rokok atau tidak, Terpulang. Itu hak korang sendiri.
Tapi kalau ada perokok tegar yang MEMBACA artikel ini, tiba-tiba aje terasa nak pasang azam berhenti dan nak lagi tips lebih ADVANCE cara berhenti hisap rokok, aku syorkan korang baca ebook kat bawah tentang tip tips berhenti merokok yang berkesan.
Rujuk pautan ini -> Jom Berhenti Merokok
Cukup-cukuplah menghisap rokok
alhamdulillah ayah saya dh berhenti merokok
BalasPadamtahniah..ambil langkah yang bijak
Padambanyak kelebihan bila tak merokok.
BalasPadamsetuju.. tapi Titan kata ada kelebihan kalau menjadi perokok
PadamSaya dulu perokok dan bisa berhenti karena ilmu NEKAD! That's it.
BalasPadamperlu NEKAD kalau nak berhenti MEROKOK.. ramai yang kalah dengan nafsu
Padam