Isnin, 22 Disember 2014

Jom Aktifkan Mykad

  Ismail Ahmad       Isnin, 22 Disember 2014

Eh... Pasal apa ni bro.. Jom jom ... Beria-ia sangat promosi ajak aku Jom Aktifkan Mykad ...

Itu dialog yang aku dengar semalam masa lepak di kedai makan Pak Ali Seri kembangan..

Bila aku buat carian pasal pengaktifan mykad ni barulah aku tahu sebenarnya ada projek menarik untuk buat duit dengan Aktifkan Mykad. Jom ajak saudara mara turut serta. Mungkin kalian dikalangan yang tak pernah tahu sama seperti aku, atapun memang tak mahu ambil tahu akan kelebihan yang ada pada Mykad ni. Pernah dengar tak projek Jom Aktifkan Mykad daripada program Mykad Smart Shopper?

Sebenarnya sudah lebih beberapa tahun program ini bertapak di Malaysia cuma mungkin publisitinya kurang di dalam media massa. Umpama hidup segan.. tapi mati tak mahu..

Sejak kebelakangan ini... Kenapa ramai sangat sibuk-sibuk promosi "Jom Aktifkan Mykad" dengan Smart Mykad Shopper? 

Apa kelebihan kegunaan Mykad dan mengapa pula kita perlu tahu mengenai program tu? 

Brader ....

Usah risau. Rahsia maklumat diri kalian dijamin selamat dan yang PENTING isteri kalian tidak akan tahu sebenarnya kalian sudah daftar cawangan baru... 

Okeh...

Kenali Mykad


Kamu yang ada mykad ini, betul-betul faham ke apa itu mykad?

Kepingan biru yang bernama Mykad ini adalah satu kad pengenalan pintar yang hanya digunakan di Malaysia. Kita patut bangga kerana Malaysia adalah negara pertama di dunia ini yang menggabungkan penggunaan teknologi cip dan biometrik ke atas kad pengenalan dan juga passport bagi tujuan keselamatan. Ia telah diperluas penggunaan sejak pertama kali diperkenalkan secara rasmi pada September 2001.

"Mykad" adalah gabungan dua perkataan yang memberi maksud tertentu. “My” membawa maksud code negara bagi Malaysia. Jika dilihat dalam konteks bahasa inggeris "my" juga memberi makna kepunyaanku. Perkataan “kad” pula adalah singkatan kepada kad akuan diri. Jadi Mykad boleh diterjemahkan kepada dua maksud iaitu “kad akuan diri Malaysia” dan juga “kad akuan diri ku”. Ia adalah dokumen pengenalan identiti diri yang amat penting bagi seorang rakyat Malaysia.

Sekarang ini sudah tiada lagi pengecualian. Semua rakyat Malaysia WAJIB mempunyai mykad bermula usia 12 tahun. Bawah pada tu dipanggil Mykid yang mana ia adalah pengganti kepada sijil lahir. Pada Usia 18 tahun semua rakyat Malaysia kena perbaharui Mykad sebab gambar dah makin hensem.

Nak tahu tak lagi...

Kalau gagal mempamerkan kad pengenalan apabila diminta oleh pakcik Polis atau mana-mana pihak berkuasa, boleh menyebabkan kita dipenjarakan hingga 3 tahun atau di denda RM3,000 maksima hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Itupun kalau disabitkan kesalahan... Bukan sikit-sikit tu..

Apa lagi yang kalian nak tahu mengenai Mykad ?
Okeh..

Jom Kita baca mengenai fungsi Mykad 


Selain fungsi asasnya sebagai kad pengenalan, Mykad ini mempunyai satu cip mikro pemprosessan ingatan (EEPROM) berkapasiti 32k/64k yang mampu untuk menyimpan data dan segala maklumat perihal diri kita.

Buat masa ini, maklumat lesen memandu, PKI, MEPS, Touch n Go, maklumat kesihatan dapat direkodkan ke dalam Mykad namun begitu sesetengah aplikasi perlu diaktifkan terlebih dahulu. Terdapat lebih kurang 50 aplikasi yang boleh digunakan dengan Mykad dan aplikasi ke 50 adalah melalui projek Mykad Smart Shopper.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita buat sedikit kajian dahulu mengenai program Mykad Smart Shopper ini.

Eh..nanti..nanti.. Sebelum itu juga..

Kalian sudah tahu kah? Apakah ciri-ciri yang ada dan kelebihan kad pintar mykad ni? Kalau masih samar-samar lagi elok rujuk dahulu entri -> Ciri-ciri dan Kelebihan Kad Pintar Mykad


Jom Aktifkan Mykad dengan Smart Shopper
Kelebihan aktifkan mykad untuk beli belah

Kenali Syarikat Penaja Mykad Smart Shopper


Syarikat yang mengendalikan program ini adalah I Synergy Universal Holding Sdn Bhd yang telahpun disenarai sebagai penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013. Kita patut bersyukur kerana Malaysia adalah negara pertama dari rantau ASEAN yang menjalankan Projek Mykad Smart Shopper (MSSP).

Apa yang menariknya Projek Jom Aktifkan Mykad Smart Shopper ini?

Aku ringkaskan di sini, “Mykad Smart Shopper” adalah satu aplikasi Mykad yang ke-50 iaitu pengguna Mykad di Malaysia boleh menikmati harga diskaun dan mengumpul point mata ganjaran semasa berbelanja di pasaraya atau outlet terpilih yang mengambil bahagian. 

Sehingga kini, Indonesia adalah antara negara yang menunjukkan minat untuk membangunkan sistem ini. Lepas ini Projek MyKad Smart Shopper (MSSP) akan bergegar di Jakarta pula lah.

Penafian : Program Mykad Smart Shopper (MSSP) merupakan satu program rangkaian runcit affiliate persendirian yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh I Synergy Universal Sdn Bhd (ISU). Sokongan rasmi yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah untuk mengiktiraf serta menggalakkan inisiatif dan promosi dalam penggunaan kad pintar di kalangan sektor komersial swasta dan tidak terikat dengan sebarang perkongsian perdagangan serta kerjasama perniagaan di antara pihak JPN dan MDeC dengan ISU. Pihak JPN dan MDeC juga tidak memegang syer atau menerima apa-apa insentif, keuntungan dan hasil dari perniagaan syarikat ISU.                
Sumber : www.jpn.goy.my

Apa kelebihan aktifkan Mykad dengan Smart Shopper?

  • Pendaftaran adalah Percuma dan takde tarikh luput pun. Belanja lah sepuas-puasnya dengan Mykad.
  • Boleh nikmati Diskaun segera dan juga Rebat Tunai. Eh Ada juga diskaun hingga 20% untuk kedai-kedai terpilih. Yang penting tunjukkan Mykad kalian.
  • Dapat mata ganjaran dengan perbelanjaan untuk menebus hadiah macam bonus link juga. (RM1= 1 point AJ)
  • Hanya gunakan Mykad Sahaja. Jadi kalian tidak perlu untuk menyimpan kad ganjaran yang tidak diperlukan dalam wallet.

Jom Aktifkan Mykad sultan Pahang
Sultan pahang pun  berminat nak tahu cara aktifkan mykad

Mengapa perlu Jom Aktifkan Mykad sekarang?


Bila kita aktifkan dalam program MyKad Smart Shopper, Mykad kita akan jadi seperti Kad Debit. Cumanya Mykad ini hanay boleh digunakan untuk membeli belah. Ia nampak lebih mudah dan tidak perlu kita simpan kad keahlian lain. Rasanya sampai satu tahap nanti, penggunaan Mykad akan lebih meluas dalam urusan seharian seperti di negara-negara maju. 

Projek "Jom Aktifkan Mykad" dengan Mykad Smart Shopper ini kiranya sangat berbaloi sebab belanja dapat kumpul point dan tebus hadiah. Hampir sama dengan kad keahlian yang lain seperti AEON, AEONBIG, TESCO, BONUS LINK dll. Cuma kita tak perlu simpan banyak kad dalam wallet...  memadai dengan Mykad sahaja..

Jom.. Jom..Jom tapi…macam mana nak aktifkan mykad ni bro?

Huh… Untuk dapatkan maklumat pendaftaran dan senarai kedai yang terlibat dalam program ini, kalian bolehlah melayari mykad.aj.my.

Sekarang ini untuk melihat senarai premis, boleh muat turun aplikasi MSSP melalui smartphone sama ada google apps atau app store. Yang menariknya, aplikasi ini dilengkapi dengan sistem GPS untuk menunjukkan lokasi premis yang berhampiran dengan kediaman kalian.

Untuk aktifkan Mykad secara online, boleh rujuk kepada pautan Aktifmykad.my

Aktifkan Mykad sudah.. Dapat Point sudah.. Macam mana nak tebus mata ganjaran?

Cara Menebus Mata Ganjaran


Kalian kena rajin masuk web mykad.aj.my. Di sana boleh semak point terkumpul di AJ Point Check dan menariknya point ini tiada tarikh luput. Kalian boleh menyemak apakah jenis barangan yang boleh ditebus melalui katalog di ruangan MSS Redemption Catalogue.

Kalau ada rasa ragu atau tak faham tentang program ini dan berminat nak tahu lebih mendalam lagi boleh terus hubungi talian hotline syarikat di talian 1800-88-6925 atau email : info@aj.my

Contest SEO Jom AKtifkan Mykad
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama | Aktifmykad.com

Nota: Mahu aktifkan atau tidak Mykad Smart Shopper ni? Terpulang pada diri kalian sendiri kerana pilihan itu kalian sendiri yang tentukan. Semua pemegang Mykad tak kira bangsa boleh mengaktifkannya. Jom pakat ramai-ramai ajak saudara mara, adik beradik Aktifkan Mykad sekarang juga.

Okeh....

logoblog

Thanks for reading Jom Aktifkan Mykad

Previous
« Prev Post

44 ulasan:

  1. Sudah banyak usaha promosi untuk aktifkan mykad ni dibuat.. harap kesedaran masyarakat akan timbul selepas ini.. jom sama-sama kita hebah pada saudara terdekat kelebihan mengaktifkan Mykad ini.. masa ini lah kita nak bantu syarikat bumiputera untuk berdaya saing

    BalasPadam
  2. satu entri yang lengkap dengan info pasal Mykad Smart Shopper nie..apa tunggu lagi Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa nak lengkap pun lagi.. biasa-biasa aje bro..

      Padam
  3. Santai dan sempit entry.. terbaik... Dah join ke program Mykad nih? hehehe

    BalasPadam
  4. Program di dah lama saya rasa tapi tak ramai yang tahu. Dah tahu tu Jom Aktifkan Mykad sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mykad pun dah kusam.. tunggu nak jadi jeruk pekasam aje... :)

      Padam
  5. setahun? rasanya dah lebih kot... rasa macam dah banyak tahun dah... sebab tengok ada beberapa kawan yang dulu agak aktif dengan benda ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...SEKALI.. JAMPINYA.. SILAPPP..Aku nak cakap usianya dah lebih dari setahun...hoho..tq bro tegur

      Padam
    2. Betul tu, sebenarnya program ni dah lama

      Padam
  6. semoga berjaya dalam contest ni k.. kak suka baca blog kamu.. jemput blogwalking.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ouh.. mekasih la kak ye.. saje gatal nak meriah majlis

      Padam
  7. Semoga berjaya dalam contest seo ini..

    BalasPadam
  8. Memang dah lama sebab projek ni baru masuk fasa ke-3, fasa 1-2 tahun, fasa 2-2tahun (pencarian agen dan dealer), fasa 3-2tahun(pertambahan kedai dan pengaktifan mykad)..sekarang dah fasa 3 (2014~2015). Tidak lama lagi akan dilancarkan sepenuhya dan semua rakyat malaysia akan tahu..

    Untuk pengetahuan semua, pengaktifan MyKad juga boleh dibuat secara online dengan mengisi terus borang sendiri pada pautan dari portal RASMI MyKad Smart Shopper Program (MSSP) di --> SINI

    BalasPadam
  9. mesti ramai orang nak aktifkan mykad lepas ni.

    BalasPadam
  10. Salam... Jom Aktifkan Mykad anda dalam program ini. Menarik bukan Mykad boleh buat kad ganjaran dan kad diskaun. Semoga berjaya buat anda.


    Jom Baca Entri Berkaitan:

    Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
  11. semoga berjaya jugak bro ismail dalam contest Jom Aktifkan Mykad ni ye ;)

    BalasPadam
  12. murni singgah sini dr contest yg sama, semoga berjaya :)

    Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
  13. singgah dari contest yang sama juga.. moga berjaya :)

    BalasPadam
  14. Terperinci sekali artikel ini. Ramailah yg nak aktifkan mykad! :)
    Semoga berjaya ya!

    BalasPadam
  15. wah ramainya yang nak aktifkan mykad lepas nie...

    gud luck bro

    jemput singgah - www.bakul2011.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih.. bakul2011 pun berbakul gak entri mykad tu.. kiki

      Padam
  16. rupenya ramai lagi yang tak tau pasal program MyKad Smart Shopper ni. bagus jugak lah dieorang adakan kontest jom aktifkan mykad ni. lagi ramai orang nak ambik tau.

    BalasPadam
  17. Salam buat anda..... Panjangnya artikel anda, saya datang lagi untuk menyokong penyertaan anda dalam contest ini. Saya doakan agar anda berjaya dalam contest SEO - Jom Aktifkan Mykad. Insya Allah.....

    Jom baca entri berkaitan:
    Contest SEO - Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf la sedare..nak tegur sikit..Usah byk sngat pasang anchor text tu..tkut t google x sayang..

      Padam
  18. Jom sama-sama kita aktifkan mykad kita. Jika ada kelapangan terjah entri kedua saya ye....

    Jom baca entri berkaitan:
    Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
  19. Ramai join contest ni, menarik sungguh. Saingan sengit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senget-senget juga lah bahu aku nak menulis pasal mykad ni..

      Padam
  20. goodluck . jom singgah entri saya jugak :)

    http://www.blogparihh.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html

    BalasPadam
  21. terima kasih sbb sudi singgah blog saya.. semoga berjaya ye..

    BalasPadam
  22. Selamat berjaya di dalam contest ini bro

    BalasPadam
  23. Untung siapa yang dah aktifkan MyKad sbb boleh jana income berterusan juga ni

    BalasPadam
  24. Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.

    BalasPadam
  25. gud luck admin....harap berjaya dalam contest ini ye...seminggu je lagi keputusan akan keluar

    ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    BalasPadam
  26. Good luck dgn contest SEO Jom kunjungi entri berkaitan:
    Jom Aktifkan Mykad dan agar berada di kedudukan terbaik.

    BalasPadam
  27. Contest Jom aktifkan mykad hampir ke penghujung, good luck

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita