Sabtu, 20 Disember 2014

Pomade Malaya Fenomena Jejaka Kacak

  Ismail Ahmad       Sabtu, 20 Disember 2014
Gaya rambut retro potongan "pompador, executive contour, slick back, the da" bukan lagi asing untuk golongan lelaki moden berfesyen sebaliknya ramai artis dan jejaka kacak hari ini lebih selesa dan yakin dengan potongan rambut nipis ala wak doyok yang dikatakan tampak lebih maskulin dan profesional.

Potongan rambut vintaj Klasik
Gaya potongan rambut vintaj

Kegemilangan potongan rambut vintaj era 50an kembali menjadi Trend pada era millinium kini. Kepada korang yang ada rambut lurus dan sedikit tebal tidak menjadi masalah sangat untuk gayakan potongan rambut ini. Kaedah paling mudah, belah aje rambut pada bahagian sisi sama ada kiri atau kanan ikut pada keselesaan. Jangan lupa untuk sapukan “pomade” untuk mendapat aura retro klasik. Ini kerana Pomade Malaya telah menjadi fenomena khas buat jejaka kacak.

Kepada peminat gaya potongan rambut vintaj ini pasti menyimpan koleksi pomade berjenama. 

Hey bro.. Korang tahu tak apa benda “Pomade” itu?

Pernah guna Tancho? Mesti korang terkenangkan baunya yang semerbak yang membuatkan rambut korang mengeras. Bukan? Itu adalah sebahagian daripada pomade murahan tetapi kualiti tetap ada.

Pomade adalah zat minyak yang mempunyai unsur lilin yang mana digunakan untuk memperkemaskan gaya rambut sebelum disikat. Penggunaan pomade ini pasti memberi jaminan rambut kelihatan kemas, berkilat dan menaikkan aura ke kacakkan wajah walaupun korang dikalangan jejaka berkulit hitam manis.

Pomade jenama tancho adalah pomade malaya fenomena jejaka kacak yang digunakan sekitar tahun 90 an yang mana kandungannya terdiri daripada sumber minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi.

Pomade ini ada beza dengan wax atau gel rambut yang mana penggunaan pomade ini tidak mudah kering namun memerlukan masa yang lebih untuk mencucinya. Alternatif untuk mencucinya adalah menggunakan air suam dan minyak zaitun. 

Jenama Pomade yang mahal dan popular di Malaysia suatu ketika dulu adalah seperti Suavecito, Layrite, Bona Fide dan pelbagai jenis lagi. Apa yang aku tahu the matt pomade adalah yang pertama diiktiraf halal dan suci. Ini kerana biasalah, barangan dari luar ini ada mengandungi bahan-bahan yang menghalang laluan air wudhu dan ada juga sumber-sumber haram. Jadi jangan disebabkan jenama kita hentam kromo aje nak guna semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu dalam berfesyen.

Koleksi Pomade berjenama
Antara pomade Berjenama 
Tips mudah untuk gayakan rambut vintaj dengan pomade malaya fenomena jejaka kacak adalah tipiskan bahagian sisi rambut dan biarkan tebal di bahagian tengah. Kenakan sisipan sikat dari bahagian tepi dan sapu sedikit pomade. 

Baru nampak seperti jejak kacak Malaya. 

logoblog

Thanks for reading Pomade Malaya Fenomena Jejaka Kacak

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

  1. kalau sudah menghambat air wudhu, baiklah kita tinggalkan saja ....

    BalasPadam
  2. pomade ni cocok untuk korang yang memikirkan fesyen

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita