Rabu, 25 Februari 2015

Ketahui Kekurangan Mykad

  Ismail Ahmad       Rabu, 25 Februari 2015
Senak perut tak habis lagi ni sejak kebah dari demam… Banyak perkara yang aku dah terlepas sejak sebulan dua ni. 

Bila lihat penyertaan Kontest Jom Aktifkan Mykad dan Malaysia Best Blog 2015 tinggi betul persaingannya.. Malas aku nak beria-ia sangat..

Lebih baik fokus pada affiliate yang kurang persaingan..  Kontest ni sekadar penyedap blog sahaja.. itu pandangan aku lah… kikiki

Ha.. tak sangka plak aku budak tingkatan 4 pun baca blog ismailahmad.com nih.. Kiranya blog ini ada juga gunanya dari sudut ilmiah..

komen mengenai mykad

Sebabkan ramai sangat yang bercerita pasal kelebihan.. kali ini aku Cuma nak kongsikan mengenai Kekurangan Mykad yang mungkin kita tak tahu..

Semua orang tahu Mykad ni penting sangat untuk urusan harian. Kalau takde Mykad ini umpama pendatang tanpa Izin lah orang kata atau lebih dikenali PATI. 

Kekurangan Kad Pintar Mykad 


Walaupun nampak macam canggih Mykad ni.. tapi masih ada kekurangannya juga. Sistem Mykad ini di bawa dari luar Negara bukannya dibangunkan di Negara kita sendiri. Oleh itu kebarangkalian terdapat keborocan maklumat sulit itu boleh berlaku.

Penyalahgunaan maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh berlaku sekiranya maklumat pemegang kad pintar ini terdedah kepada ancaman cyber.

Sekitar tahun 2012, pihak akhbar ada memaparkan berita mengenai sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab mengeluarkan Mykad sedang disiasat kerana disyaki menggunakan sistem data yang tidak menepati spesifikasi dan boleh menyebabkan kerajaan menaggung kerugian anggaran RM300 juta untuk tempoh 5 tahun. Ini kerana syarikat ini hanya mampu sediakan 5 daripada 8 aplikasi ciri-ciri keselamatan kad pintar untuk rakyat Malaysia. 

Terdapat persoalan kerana kelemahan ciri keselamatan ini menyebabkan maklumat dalam Mykad boleh ditukar dengan mudah menggunakan alat dan teknologi yang boleh didapati di kedai-kedai komputer. Kecurian maklumat itu boleh berlaku secara mudah. Dan tidak mustahil jika ada sindiket yang menjual kad pengenalan kepada warga Bangladesh sepertimana yang berlaku di sekitar kawasan segi tiga emas. 

Kelemahan yang paling ketara adalah dari segi kualiti cip dan bahan membuat Mykad. Cip Mykad dilihat terdedah kepada masalah karat dan mudah rosak yang menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Disebabkan itu Mykad tidak boleh dibaca dan digunakan untuk kegunaan harian seperti penggunaan di ATM, Imigresen, Bank dan lain-lain seperti yang aku tulis dalam entri kelebihan Mykad.

Aku nak tulis panjang-panjang pun, malas sebab SERP untuk contest Jom aktifkan Mykad aku tak lah begitu baik.. 

Apa-apa pun terima kasih pada penganjur kerana sudi meluangkan wang ringgit untuk anjur contest SEO macam ni.. 

Malas tulis panjang sebab takde mood ni..

Masih mengkaji-kaji teknik buat landing page guna Blogspot 



logoblog

Thanks for reading Ketahui Kekurangan Mykad

Previous
« Prev Post

3 ulasan:

  1. memang ramai gak yang tak tahu kelebihan mykad ni sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Cip mykad ni memang selalu orang komplen

    BalasPadam
  3. Cuci karat (kuprum oksida) pada mikrochip mykad dengan putik kapas/ kain lembut bersama pengilat autosol, lepas tu pakai kain lembab untuk bersihkan mikrochip. Mikrochip mykad anda akan berkilat seperti baru dan tiada masalah tak boleh baca dsb. Saya amalkan pada mykad dan bankcard dan hasilnya amat memuaskan. Selamat mencuba

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita