Wow!! Wow...
Nanti dlu...
Kalau korang tanye mahasiswa. Dah habis belajar nak kerja apa?
Jawapan yang biasa dengar...
Kerja Gomen jela...benefit pun banyak...
Dalam kalangan ahli keluarga aku sendiri pun 50% boleh dikatakan kerja government....
Daripada mak, abah, adik haha.. ramai betul kerja government.. So kalau boleh aku nak juga adik kr 4 aku ikut jadi geng aku & the family..hahaha
Bukannya aku tak suka dia kerja swasta, tapi faham sahaja lah swasta ni susah nak dapat cuti. Kerja pun tak tentu masa.. Jadi kalau dia kerja kerajaan ni, aku rasa teratur lah sikit masa cuti dia..Kena lagi ada skim pencen.. kira berbaloi lah tu.. Nak kaya tu idak lah.. tapi senang tu insha Allah... sebab banyak faedah kerja kerajaan ni..
Buat loan mudah , hihihi...
Apa pun, aku kongsikan sedikit interview tips RAHSIA. Tak kisahlah kalau anda terlibat dengan sesi temuduga kerja kerajaan, temuduga Polis, atau apa jua jenis temuduga jawatan pun...
Yang penting korang kena selalu update kat spa website...
Tau.. kalau spa website pun anda malas nak buka.. tak gunanye baca 1001 tips rahsia temuduga sekali pun...kena rajin lah sikit buat kerja survey kat website tu..
Kata “saya nak kerja” macam mana nak cari kerja kalau spa website pun tak buka...
Asas temuduga ni, kebiasaannya lebih kurang sahaja.
Cuma yang lebihnya..kena pandai menggoreng... haha.. itu pasti.. Konfiden kena lebih orang cakap..
5 Tips Rahsia nak Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan SPA
# Tips Satu : Persiapkan diri dengan bahan bahan bacaan yang berkaitan dengan temuduga kerja government.
Sebelum temuduga, anda buatlah sedikit kajian mengenai skop kerja yang korang nak ditemuduga tu.. kerja ini boleh dibuat dari rumah sahaja..
Asas-asas maklumat seperti rukun negara, Dasar Pendidikan Negara, nama-nama menteri. Itu semua WAJIB kena tahu... Bab-bab sejarah dan perkembangan isu semasa, WAJIB ambil tahu. Leih lebih lagi soal bajet 2017 ni...
Tidaklah nanti hanya jawab..
Maaf tuan saya tak tahu.
Senang cakap, isu popular WAJIB tahu Lebih-lebih lagi kalau pasal Penguatkuasaan... Kalau tak..memang nganga aje la jawabnya..
# Tips 2 : Berketrampilan kemas
Rasanya part ini aku tak payah ajar.. Korang pun tahu macam mana nak berkemas.. Kalau dah nama nak pergi interview government tu jangan lah pakai macam nak berdating dengan aweks di Midvalley... haru biru nanti jawabnya...
Kalau temuduga kerja kerajaan, pakailah tali leher walaupun sepanjang hidup korang tak pernah ada tali leher. Rambut biar kemas dan disisir rapi. Pakai lah pomade kalau tak nak rambut tu kusut.. Janganlah datang temuduga buat rambut stylo atau warna warni... Kasut wajib berkilat.. Pakailah jam tangan walaupun murah.. Pakai minyak wangi sikit.. Kalau tak mampu nak beli Paco Rabbane... beli lah yang murah asalkan tak mengganggu hidung panel...
# Tips 3 Makan sedikit sebelum temuduga.
Ambil sarapan jika temuduga tu sessi pagi.. Buknnya apa, perut kosong tu tak bagus untuk kesihatan... Nanti mood anda juga terganggu lebih lebih lagi dalam proses soal jawab... Tak ke sakit kepala dibuatnya kalau time tu perut kita meragam... Usah pandang ringan mengenai hal ini... Elok elok nak dapat kerja.. tup tup melepas pula.. Anda juga yang frust menonggeng..
# Tips 4 : Datang dengan Niat yang baik
Anda datang dengan niat yang baik.. bukan niat nak tutup rezeki orang lain. Mentang mentang lah ada kabel.. pakcik menteri bagai.. So elakkan ada niat sebegini... Solat usah dilupakan.. Allah yang memberi rezeki bukannya pakcik bapak anda.. Niat kerja adalah kerja ibadat dan untuk bantu masyarakat bukannya atas dasar paksaan mana mana pihak..
# Tips 5 : Jangan terlalu banyak membebel
Hati kena tenang.. Biar cool dan tak nampak gopoh... Usah gabra masa proses temuduga berjalan.. Cakap itu jangan laju sangat dan jangan terlalu perlahan macam nak dating dengan isteri.. haha..
Jawab dengan tertib dan usah membebel tak tentu hala.. Straight to the Point!
Jangan melalut macam aku tulis kat blog ni.. OK!...haha
Dah lah.. Malas aku tulis.. Sebab nama pun RAHSIA.. Selebihnya biarlah menjadi RAHSIA aku..
Mana Saya boleh dapat tips temuduga kerajaan?
Ini bukanlah soalan bocor untuk temuduga kerajaan tetapi panduan sahaja yang boleh anda ikuti untuk memperolehi kerja yang anda idamkan...
Aku suka nak berkongsi dengan ebook RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN.
Mungkin ini boleh jadi perangsang kepada anda untuk mendapatkan kerja yang ditawarkan. Dalam ebook ni ada dikongsikan beberapa tips penting :
- Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.
- Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga.
- Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini.
- Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini. Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga.
- Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka.
- Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga.
- 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya.
- 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.
- 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
- Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan.
Dah...
Itu sahaja.
Nak tahu lebih lanjut elok anda rujuk link di bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita