Ketahui Cara Mudah Mengatasi Jerawat di Dagu dengan Rahsia Kulit Bersih dan Cantik yang Wajib Kamu Ketahui
Jerawat atau biasanya dikenali
sebagai acne merupakan masalah kulit yang sering dihadapi oleh golongan remaja
dan dewasa. Jerawat juga dapat muncul di mana-mana bahagian badan termasuk dagu,
pipi, belakang badan, perut dan tidak terkecuali di tempat sulit. Jerawat di
dagu sangat umum terjadi kepada remaja wanita dan lelaki. Ramai dikalangan kita
tidak mengetahaui punca timbulnya jerawat di dagu dan kaedah atau cara bagaimana
untuk mengatasinya.
Umumnya, Jerawat merupakan masalah kulit yang sangat biasa tidak membahayakan. Namun begitu, bagi golongan wanita khususnya, ia boleh memberikan impak besar kepada keyakinan diri seseorang. Jerawat boleh menjejaskan penampilan seseorang dan menyebabkan rasa tidak selesa terutamanya apabila ia muncul di kawasan dagu. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami punca jerawat dan bagaimana untuk mengatasinya.
Punca Jerawat di Dagu
Faktor Hormon
Punca utama jerawat di dagu adalah
disebabkan oleh faktor hormon seseorang. Ketika seseorang individu mengalami
perubahan hormon khususnya golongan remaja, ia boleh menyebabkan peningkatan
penghasilan minyak oleh kelenjar sebum pada kulit. Kelenjar sebum terletak di
bawah kulit dan terdapat di seluruh bahagian badan termasuk pada bahagian dagu.
Penambahan penghasilan minyak oleh kelenjar sebum boleh menyebabkan jerawat
terbentuk di kulit dagu.
Pengambilan Makanan yang Tidak Sihat
Pengambilan makanan yang tidak
seimbang atau tidak sihat dapat menyebabkan timbulnya jerawat. Makanan yang
mengandungi lemak berlebihan seperti gula dan garam boleh menyebabkan
penghasilan lebihan minyak dan menyebabkan berlakunya jerawat di dagu. Oleh
itu, adalah penting untuk menjaga diet yang seimbang dan mengambil makanan yang
sihat seperti melebihkan buah-buahan berserat daripada makanan berminyak.
Penggunaan Produk Kecantikan yang Tidak Sesuai
Penggunaan produk kecantikan yang
tidak sesuai atau mengandungi bahan-bahan tertentu boleh menyebabkan jerawat.
Produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya boleh menyebabkan
kulit menjadi kering dan sensitif. Ini boleh menyebabkan terbentuknya jerawat
di dagu. Oleh itu, adalah penting untuk memilih produk kecantikan yang sesuai
untuk jenis kulit anda dan mengelakkan penggunaan produk kecantikan yang
mengandungi bahan kimia yang merbahaya terutama produk-produk yang tidak
mendapatkan kelulusan KKM.
Faktor Keturunan
Faktor keturunan juga boleh menyebabkan jerawat di dagu. Jika ibu atau bapa anda mengalami masalah jerawat, ada kemungkinan bahawa anda juga akan mengalami masalah yang sama. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya faktor dan punca jerawat di dagu boleh berbeza-beza dari individu ke individu.
Stress
Stress juga boleh menjadi punca jerawat. Apabila seseorang mengalami tekanan atau stress, ia boleh menyebabkan penghasilan hormon cortisol meningkat. Hormon cortisol ini boleh menyebabkan peningkatan penghasilan minyak pada kulit dan menyebabkan penghasilan jerawat. Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan stress dalam kehidupan seharian anda. Pastikan anda sentiasa dalam mood yang ceria dan jauhi daripada tekanan dalam kehidupan seharian.
Bagaimana Cara Mengatasinya?
Menjaga Kebersihan Kulit
Menjaga kebersihan kulit adalah kaedah
yang paling asas untuk mengatasi jerawat di dagu. Membersihkan wajah dengan
cara yang betul setiap hari dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak pada
kulit dan mengurangkan risiko jerawat. Gunakan pembersih muka yang sesuai untuk
jenis kulit anda dan jangan lupa untuk membersihkan muka anda sebelum tidur.
Memilih Produk Kecantikan yang Sesuai
Memilih produk kecantikan yang sesuai untuk jenis kulit anda juga penting untuk mengatasi jerawat di dagu. Pilihlah produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan hindarkan diri daripada produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Pastikan anda membaca label pada produk kecantikan sebelum membelinya. Produk-produk yang baik dengan harga yang bepatutan anda boleh perolehinya di puast beli belah ataupun watson.
Sekiranya tiada waktu untuk mengunjunginya anda juga boleh membelinya melalui dalam talian di laman watson.
Kunjungi laman watson untuk membuat pembelian -> Laman watson malaysia
Menjaga Diet yang Seimbang
Menjaga diet yang seimbang dan menghindari makanan yang tidak sihat juga dapat membantu mengatasi jerawat di dagu. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan untuk kulit anda. Elakkan makanan yang mengandungi gula, lemak berlebihan dan garam.
Menghindari Penggunaan Produk Kecantikan secara Berlebihan
Menggunakan kepelbagaian produk
kecantikan atau penggunaan berlebihan produk kecantikan boleh menyebabkan kulit
menjadi kering dan sensitif yang boleh menyebabkan jerawat di dagu terbentuk.
Gunakan produk kecantikan yang bersesuaian jenis kulit dan jangan menggunakan terlalu
banyak produk kecantikan dalam satu masa.
Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress dalam kehidupan seharian juga dapat membantu mengatasi jerawat di dagu. Lakukan aktiviti yang menenangkan seperti meditasi atau yoga untuk membantu mengurangkan stress. Bagi yang beragama islam lakukanlah solat-solat sunat dan banyakkan berzikir untuk menenangkan jiwa. Usah biarkan stress mengambil alih kehidupan anda.
Kesimpulan
Jerawat di dagu adalah masalah kulit yang kerap dihadapi oleh manusia masa kini. Faktor hormon, pengambilan makanan yang tidak sihat, penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai, faktor keturunan dan stress adalah beberapa punca terbentuknya jerawat di dagu. Menjaga kebersihan kulit, memilih produk kecantikan yang sesuai, menjaga diet yang seimbang, menghindari penggunaan produk kecantikan yang berlebihan dan mengurangkan stress adalah beberapa langkah atau cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi jerawat di dagu. Ingatlah bahawa jerawat di dagu bukanlah masalah yang serius dan ia boleh diatasi dengan kaedah yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita