Jumaat, 19 September 2014

5 tips SEO untuk Newbie

  Ismail Ahmad       Jumaat, 19 September 2014

Tips Belajar SEO untuk Newbie aku tahu isu ni dah banyak diceritakan panjang lebar oleh ramai otai-otai blogger seantero.

Aku Cuma nak kupas sedikit aje bagi menambah perisa TIPS SEO yang WAJIB! Korang tahu khususnya newbie yang macam aku ni.

Jom mulakan kelas..

Tip SEO untuk newbie
Layan Tips mudah SEO

Tips Nak Belajar SEO 1 # Jangan tanam Link sembarangan tempat

Kenapa? Tak boleh ke? Korang kena faham yang backlink sebenarnya “nadi” dari SEO offpage. Tanpa Backlinks susah blog korang nak di index oleh pakcik google atau muka pertama di SERP.

Kuantiti banklink bukanlah ukuran kejayaan blog korang mudah di index tapi KUALITI backlink itu yang akan mendorong blog korang sampai ke carian pertama google/SERP.

dengan secetek ilmu yang aku ada ni, akan aku kupaskan lebih lanjut pasal backlink dan bagaimana nak dapat backlink yang berkualiti kemudian.

Tips Nak Belajar SEO 2 # Jangan terlebih gunakan Keyword

Mula-mula dulu aku ingat tulis keyword berulang kali dan sebanyak-banyaknya akan bolehkan blog aku di index lebih cepat tapi jangkaan aku meleset. Hasilnya bukan boleh masuk muka pertama google tapi di reject!!

Adeesss

Baru aku sedar google ni tak pentingkan jumlah keyword a.k.a Keyword Density dalam artikel tapi lebih pentingkan kualiti keyword dalam sesebuah blog. Ikut perkiraan aku Density yang manis-manis gitu antara 3%-7% untuk satu artikel.

Kalau nak lebih Detail elok korang beli kitab SEO PINK. Memang Mantop Tekniknya. Pasal itu juga lah aku boleh dapat komisen pertama ashadee.

Tips Nak Belajar SEO 3 # Kualiti Internal Link

Bila korang letak Internal link pastikan perkataan yang korang link itu benar-benar berkait dengan artikel itu. Jangan sambungkan link sembarangan semata-mata nak dapatkan jualan.

Keji namanya tu.

Sebaiknya korang tulislan dalam bentuk anchor text. Tak perlula pamer sepanjang-panjang pautan link tu. Tujuannya untuk blog anda kelihatan kemas dan bersih dan juga mesra SEO.

Memandangkan blog ni pun aku baru setup.. jadi aku akan kupas pasal cara nak buat anchor text yang SEO Friendly kemudian.

Tips Nak Belajar SEO 4 # Jangan dilupakan gambar untuk artikel

Walaupun artikel korang tak perlukan gambar, sebaiknya korang cari lah gambar-gambar yang simple untuk kaitkan dengan artikel blog. Sekurangnya satu keping

Mengapa? Tujuannya untuk tarikh pengunjung dari google image. Untuk meletak gambar korang kena lah isikan title dan alt bagi menambahkan penceritaan pada gambar tersebut.

Tips Nak Belajar SEO 5 # Jangan dilupakan Meta Description artikel

Sejujurnya untuk mendapat ranking yang baik, meta deskripsi ini tidaklah begitu penting tetapi ia sangat berkesan untuk menarik pengunjug melalui enjin carian.

Cth mudah

Untuk menjadi Affliate tak terkalah itu sebenarnya cukup mudah.. Cukup dengan anda….

Mungkin ayat aku tidaklah se power rangers ayat-ayat abang cendol tapi cukuplah untuk menarik perhatian newbie berkunjung ke blog.

pasukan power rangers
Teringin nak jadi ranger merah..

Nota: Kalau korang nak belajar sampai jadi Pakar SEO elok sangat korang laburkan sikit duit beli kitab tak terkalah pasal SEO Merah Jambu .

Aku cuma rekomen ilmu-ilmu yang bagus untuk korang supaya korang tak menyesal kemudian hari..

logoblog

Thanks for reading 5 tips SEO untuk Newbie

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

  1. Terima kasih saudara diatas perkongsian anda.".Knowledge is power "

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2..klu ada yg nak ditambah sila kan..ilmu yg ada ini pun milik Allah

      Padam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita