Isnin, 29 September 2014

Bagaimana untuk optimum Tajuk Blog untuk mendapat carian TERBAIK

  Ismail Ahmad       Isnin, 29 September 2014

Blogger picisan macam aku ni mana lah pandai sangat nak buat ubahsuai kode HTML. Kalau tak belajar mana nak pandai.. 

Betul tak.. 

BELAJAR OPTIMUM TAJUK BLOGSPOT


So aku pun cari lah sifu-sifu yang ada ajar pasal ubahsuai blog ni.. Lama-lama nanti tu insyaAllah akan pandai la sikit dari sebelum..

Sebenarnya kaedah ini lebih kepada teknikal untuk buat modifikasi HTML di blogspot. Dalam loghat english ia dipanggil Teknik swapping atau dalam Bahasa Melayu nya adalah pertukaran tajuk Blogspot. 

Walaupun Nampak ringkas sebenarnya teknik swapping ini boleh memberi impak untuk meningkatkan kedudukan blog korang dalam penyenaraian maklumat carian disamping meningkatkan jumlah KLIK. 

Daripada perspektif SEO blogspot.. Amboi macam bagus aje cakapnya..

Tajuk halaman juga elemen PALING PENTING dalam blog untuk dapat kedudukan yang lebih baik di mata enjin carian. 

Jika korang guna blogger default template biasanya tajuk korang akan diimbas dan terpapar seperti gambar di bawah.

Header blogspot

Tapi selepas gunakan teknik Swapping ni tajuk korang akan muncul macam ni :

Buat tajuk pada blog

Amacam CUN tak!!...

Teknik ini juga akan bantu entri korang dapat dicari dengan lebih cepat. Mengapa korang perlu letak tajuk post pada permulaan tajuk? 
Korang kena faham, user lebih cenderung cari maklumat tertentu dan bukannya nak sangat baca blog korang.. Dengan meletakkan tajuk post pada permulaan meningkatkan peluang untuk blog anda di index berbanding dengan meletakkan nama blog korang pada permulaan tajuk. 

Macam menarik kan…

Bagaimana nak optimum tajuk post blogger untuk dapat kedudukan yang lebih baik?


Langkah-langkah yang korang perlu buat

Macam biasa lah. Mula-mula login dulu kemudian pergi ke Blogger Dashboard dan pergi ke arahan Template > Edit HTML

paparan blogspot

Kemudian, Klik aje pada mana-mana bahagian dalam kawasan kord. Lepas tu tekan kekunci CTRL + F untuk buka ruang carian HTML code. 

Kemudian korang cari kode di bawah ni.

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Bila dah jumpa korang gantikan kode tadi dengan kode yang di bawah ini pula

 <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title> </b:if>

Klik save dan korang tengok sendiri lah hasilnya…

Nota : Tips aku ni tip SEO tahap blogger picisan aje.. Kalau korang nak belajar tahap Dewa macam abang Cendol aku rasa elok korang dapatkankan ebook paling mantap pasal SEO yang di kongsi dalam Kitab SEO Merah Jambu.

Rugi oOO sapa yang tak mahu belajar SEO ni..

Layan skill dewata raya dalam kitab pink >> Teknik SEO Merah Jambu

logoblog

Thanks for reading Bagaimana untuk optimum Tajuk Blog untuk mendapat carian TERBAIK

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

  1. wowwww.....baru dpt tau pasal nih. dah buat & menjadi..tq.tq.

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita