Jumaat, 26 September 2014

5 cara mudah tingkatkan SEO pada Blog

  Ismail Ahmad       Jumaat, 26 September 2014
Aku gariskan 5 cara untuk tingkatkan SEO pada blog

Sebagai blogger korang seharusnya perlu tahu  untuk minimum pada SEO. Korang sebenarnya tak perlu jadi pakar SEO macam penulis Kitab merah Jambu 

TETAPI..  korang perlu tahu sekurang-kurangnya korang perlu faham kehendak minimum untuk artikel di indeks oleh enjin carian macam pokcik google ni..

Biasa mat salleh cakap “Content is king” merujuk kuasa kandungan blog dalam pengaruh gaya penulisan seorang blogger bukan picisan macam aku ni.

Tips SEO Blogspot
Luasnya ilmu SEO ini sebenarnya

Kandungan korang perlu berkualiti dan bukan sekadar tangkap muat semata-mata untuk lariskan jualan.. Selain dari skrip kandungan blog yang mantap korang juga perlu tahu untuk optimumkan teks ikut kehendak enjin carian

Jom lihat apa keperluan asas seorang blogger perlu tahu pasal SEO dan pengetahuan asas ilmu SEO.

5 tips paling mudah tingkatkan SEO pada sebuah blog


1. Kenalpasti “Keyword”


Bila korang nak tulis satu-satu artikel, aku syorkan korang pilih kata kunci ikut kesesuaian teks korang sebabnya korang mahu kata kunci di crawl oleh goolge bukan dan yang penting dapat tempat pada paparan pertama. Apa yang penting disini korang perlu gunakan keyword korang tu beberapa kali dalam kandungan blog. Mudah kan.

Sebagai contoh, keyword yang mudah adalah SEO. Tapi keyword ini terlalu umum dan persaingannya tinggi. Untuk blogger picisan macam aku ni mana mungkin boleh dapat paparan pertama. Jadi apa yang korang perlu buat adalah dapatkan frasa berekor atau “longtail keyword” contohnya "cara mudah tingkatkan SEO pada blog". Aku akan gunakannya beberapa kali tanpa berlebih-lebihan.. agak-agak aje lah..

Selesai…

2. Gunakan Keyword dalam tajuk entri blog 


Lepas dah pilih keyword sekarang korang kena gunakan dalam tajuk entri blog. Part ini pun kira penting sebab ia dapat bantu korang dapat kedudukan yang lebih baik dalam enjin carian. 

Macam yang korang lihat, apa yang aku tunjukkan dalam tajuk ni adalah cara mudah tingkatkan SEO pada blog. Keyword asal yang aku nak tunjukkan adalah SEO pada blog tetapi selepas dicampurkan dengan beberapa frasa kata ia memberi bentuk sususan ayat yang menarik supaya lebih mudah diindex oleh google.

3. Gunakan keyword pada H2 tags.


Korang jangan abaikan fungsi tag (H2, H3) ni.

Aku tunjukkan korang untuk gunakan kata kunci “cara mudah tingkatkan SEO pada blog” dalam tajuk H2. Ada yang berpandangan ia tak memberi impak yang besar pada enjin carian tapi elok korang buat sedikit research.. jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni. Aku tak berapa familiar dengan wordpress.. jadi aku tunjukkan kat sini supaya korang lebih faham apa tu H2 tags.

Setting SEO Blogspot
Sekarang ni faham tak?

4. Gunakan keyword dalam kandungan blog


Gunakan kata kunci korang tadi pada keseluruhan bahagian kandungan blog lebih-lebih lagi korang tekankan pada perenggan pertama. Tapi berhati-hati dalam melakukannya kerana terdapat paras maksimum dan minimum untuk itu. Keyword density yang terbaik adalah sekitar 1.5% hingga 4.5% bagi satu hasil yang terbaik. Kalau kurang daripada tu akan beri kesan lambat diindex dan kalau terlebih akan beri amaran pada enjin carian atau mungkin artikel korang dianggap spam. So elakkan berlebih-lebihan.. 

Amalkan sunnah nabi.. sekadar cukup-cukup sahaja

5. Kandungan blog jangan kurang dari 300 patah


Kandungan kurang 300 kurang berpeluang untuk dapat kedudukan lebih baik pada enjin carian. Korang kena lah lebihkan patah perkataan kandungan blog korang. Tapi untuk keyword yang mahal isi sedikit pun masih tetap boleh mendapat pada kedudukan yang lebih baik. Itupun kalau korang dah cukup pakar dan faham kehendak enjin carian.

Untuk selamat, korang buat la artikel yang lebih dari 300 patah perkataan. Bukan payah mana pun. Biarkan keyboard berbicara…

PENUTUP


Macam yang korang lihat, dengan teknik SEO yang semudah ni pun sebenarnya dah boleh bantu menarik traffic pada blog korang.Harap korang faham apa yang aku jelaskan 5 cara mudah tingkatkan SEO pada blog

Kalau korang tak faham-faham lagi apa yang aku terangkan.. elok sangat korang dapatkan KITAB SEO MERAH JAMBU ni.. belambak info yang power rangers yang boleh bantu tingkatkan kemahiran korang..

Lagi pun dia ni memang otai kalau nak cerita pasal SEO ni..

Boleh rujuk kat sini >>  KITAB SEO MERAH JAMBU.

logoblog

Thanks for reading 5 cara mudah tingkatkan SEO pada Blog

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita