Khamis, 25 September 2014

Tips jaga kereta : Apa nak buat bila?

  Ismail Ahmad       Khamis, 25 September 2014

Tips jaga kereta paling mudah

Menjaga kereta ni tak ubah macam jaga anak kecil. Banyak perkara yang perlu diperiksa... Makan minum nya .. anginnya.. enjinnya.. pendek kata serba serbi yang melekat badan badan kereta itu lah kena di jaga.. Sebenarnya kalau tahu caranya mudah sangat nak jaga kereta ni..

Pagi-pagi tu.. sebelum pergi kerja, perhatikan tayar kereta kejap.. cukup tak anginnya.. ada tak benda-benda pelik melekat pada bahagian tayar.. Kalau tak ada barulah boleh start enjin..

Masa masukkan kunci biarkan semua bunyi-bunyian diam dahulu.. kalau model GTI tu pastikan lampu “engine check” padam kemudian barulah dipusingkan anak kunci kereta untuk dihidupkan enjin.. biarkan seketika pada RPM yang normal sebelum jalan ke tempat kerja..

panduan baiki kereta
Pastikan kereta tip top sebelum jalan


Apa yang korang perlu tahu pasal Tips Jaga Kereta


Tips jaga kereta mingguan


Kalau boleh, seminggu sekali periksa lah lampu brek, dan lampu brek ketiga.. Pastikan ia dapat berfungsi dengan baik. Periksa juga air dan air bateri. Kalau pakai bateri kering tu tak payah la.. Cuba-cuba la engok minyak brek tu cukup ke tak..Jangan terlebih dan jangan terkurang.. ngum ngum aje.. Kalau kereta Auto cuba la periksa minyak gearbox.

Tips jaga kereta Bulanan


Untuk bulanan pula,  sebulan sekali korang cek la tekanan angin kat mana-mana stesen pam minyak.. Tiap 3 bulan, kalau boleh rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.. walapun 4 tayar tapi tahap kehausannya tak sama depan dan belakang..

Sebelum capai 5000 km pergi lah ke bengkel tukar apa yang patut macam minyak enjin kalau guna semi-synthetic, Oil Filters, spark plug tiap kali 3 kali tukar minyak enjin elok la tukar.

Katakanlah kereta korang tak boleh start tiba-tiba.. apa yang korang perlu buat?

Yang pertama korang cek dulu bateri. Pastikan kepala bateri bersih dan tak berkarat. Kadang-kadang charge kereta dah tak comel susah juga nak start enjin. Elok la korang bersihkan dulu.. kalau tak boleh barulah tukar.

Kedua tengok wayar bateri tu elok ke tak..Kalau boleh elok sangat pasang volt stabilizer, grounding wire.. kalau boleh la.. Korang boleh juga periksa alternator..

Panduan penjagaan kereta
Jangan lupa periksa tarikh luput bateri

Sebabnya kalau recharging battery tak berapa bagus bateri kereta memang boleh cepat rosak. Bagi yang suka pasang amplifier, Led, Spotlight dan sebagainya kalau boleh pakai bateri spare la..jangan guna sumber yang sama.. memang cepat habis la bateri korang..

Info tambahan Tips jaga kereta: Kalau kena musim hujan panas ni korang cek la sehari dua air bateri tu sebab ia cepat tersejat. Kalau kering memang cepat bateri kereta tu rosak.

Elok korang belajar juga sikit-sikit pasal penjagaan kereta ni. Jangan panda guna saja.. Bila rosak nga nga mulut.. Poket kena jaga juga beb…

Nak lebih detail korang boleh rujuk >> PANDUAN LENGKAP  PENJAGAAN KERETA


Bukanlah satu kewajipan TAPI satu kemestian pada tiap owner kereta..


logoblog

Thanks for reading Tips jaga kereta : Apa nak buat bila?

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita