Malu ke kalau perut buncit?
Tapi ada yang berpendapat memiliki perut buncit itu adalah SEKSI..
Mengapa perut korang buncit selepas kahwin? Mungkin sebab isteri korang sangat rajin memasak dan menjaga keperluan lebihan perut korang sampai tahap kenaikan cinta 200%.
Secara teori akal aku, kalau perut tak dapat tampung makanan berlebihan, maka jalan terakhirnya adalah membesar dan mengembang.. haha…
Kan Rasulullah SAW sudah berpesan, Jaga kesihatan perut dengan mengisi 1/3 dengan makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 lagi dengan udara. Tapi cuba korang tengok balik, Nasi korang aje dah lebih dari 1/3 saiz perut. Itu belum campur lagi desert dan macam-macam manisan lagi. Manalah Hospital kat Malaysia tak penuh dengan pesakit.
Aku pesan ni pun untuk peringatan pada diri aku juga… aku tahu, bukan mudah nak sekat nafsu makan ni.. Harap lepas ni aku boleh amalkan puasa nabi Daud.
Kalau puasa boleh lah kempiskan perut boroi ni. Kasi bakar lemak-lemak degil dalam perut nih..
Aku pun rajin juga mencari kalau-kalau ada teknik baru: bakar lemak badan dengan pantas
Aku pun rajin juga mencari kalau-kalau ada teknik baru: bakar lemak badan dengan pantas
Macam mana pun...
Kekaguman aku pada perut Cristiano Ronaldo sangatlah tinggi. Bukan sekadar bakat tapi disiplin dia jaga body dan stamina untuk sentiasa dalam keadaan terbaik.. Tak hairan lah aku, kalau dia boleh lari PANTAS sebab tekniknya memang power tahap gaban punya.
CR7 memang idola sukan aku |
Baru-baru ni, ada lah kawan aku kongsikan tips Senaman untu perut 5 minit aje sehari. Nampak macam menarik juga
Dia buat senaman tu secara konsisten setiap lepas solat 5 waktu dan selepas sebulan dah terbentuk beberapa ketul roti kat perut.
TAPI… nasihat dia, makan pun kena lah jaga. Buat macam yang rasulullah SAW amalkan. Senaman ni biasa masa rekrut dulu je aku buat. Haha
Dia buat senaman tu secara konsisten setiap lepas solat 5 waktu dan selepas sebulan dah terbentuk beberapa ketul roti kat perut.
TAPI… nasihat dia, makan pun kena lah jaga. Buat macam yang rasulullah SAW amalkan. Senaman ni biasa masa rekrut dulu je aku buat. Haha
Alang-alang ada ilmu ni aku kongsikan gambar senaman 5 Minit sehari untuk bakar lemak perut.
Kalau boleh buat lepas solat 5 waktu. Jadi 5 x 5 = 25 minit. Buat setiap hari secara konsisten dank orang tengok sendiri hasilnya. Tapi macam kawan aku cakap lah.. Kurangkan pengambilan makanan berkanji dan jangan tak ambil langsung. Kalau boleh apa yang biasa korang makan harian sebelum ni, cuma ambil 1/3 sahaja dari pengambilan biasa. Elakkan makan makanan berat 2 jam sebelum tidur.
Kalau korang malas nak buat 5 kali sehari macam kawan aku tu, korang buat lah kurang-kurang pun sekali sehari daripada tak buat langsung. Tulis nota kasi frame cantik-cantik kat dinding. Baru lah korang semangat bila baca nota tulisan tangan korang tuh.
Cara Teknik Senaman bakar lemak Perut 5 Minit Sehari
Buat 5 minit setiap sessi tiap hari TANPA GAGAL |
Lain pada tu, kalau korang rajin lagi boleh lah tambah sikit gerakan yoga. Namanya gerakan senaman “posing” dan tahan. Gerakan ni beri tekanan pada otot perut dan bantu Bakar lemak perut dengan pantas.
Cara-cara gerakan senaman posing dan tahan
Boleh mula dengan tahan selama 3 minit |
Korang tengok gambar ni. Duduk tegak atas lantai. Lutut bengkok dan tangan pegang bawah pelipat lutut untuk sokongan. Gerakkan kaki hingga selari dengan lantai. Kemudian bengkok tubuh dalam kedudukan V dan imbangkan dengan punggung.
Memang agak sukar pada yang tak biasa macam aku. Haha.. Tapi cuba lah dari hari ke hari. In sha Allah korang akan dapat juga postur V itu nanti.
Kalau korang takde panduan khusus nak kurus, elok juga dapatkan panduan Teknik Kurus berkesan dengan Diet Atkins.
Yang best nya diet ini tak halang untuk korang makan apa yang korang suka tapi ada kaedahnya. Tak perlu korang beli produk kuruskan badan semata-mata nak kelihatan cantik sebab panduan ni tak suruh pun korang beli sebarang produk kuruskan badan. Cuma ikut aje jadual program diet Atkins secara konsisten.
Dah .. Pergi Dapat cepat : Teknik Bakar Lemak Pantas Diet Atkins
** Ps : Jangan cari penyakit kalau badan tak sakit.. sebab banyak produk kurus badan tiruan dijual dalam pasaran Malaysia. Lebih baik mencegah daripada merawat…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita