Jumaat, 17 Oktober 2014

Kenali dan fahami Konsep cara kerja SEO Google

  Ismail Ahmad       Jumaat, 17 Oktober 2014

S.E.O 

Mudah sangat nak sebut...tapi nak faham teori konsep SEO nih kadang-kadangkala agak membosankan. Penting bagi aku untuk buat praktikal dan eksperimen banyak-banyak. Aku tahu ramai kat luar sana, kebanyakkannya lebih bercakap teori dari membuat praktikal. Itu pun boleh buat duit ape..

Aku sendiri pun macam korang juga, masih belajar teknik-teknik SEO khususnya cara bagaimana blogger brader Titan memantapkan blog nya supaya lebih“SEO Friendly”. Itu semua dia banyak ceritakan dalam Kitab tersohor beliau, Teknik SEO PINK. 

Kalau tak tahu korang boleh rujuk : Apa itu Kitab SEO PINK

Masih ada lagi yang tanya apa tu SEO? Biar aku ulang banyak kali.. S.E.O – Search Engine Optimization. Tafsiran bahasa melayu nya

“ Mengoptimum artikel blog anda untuk berada di paparan hadapan dan kedudukan terbaik dalam engine carian seperti Yahoo, Goolge, Bing, Baidu dll."

Aku bagi contoh mudah dengan gambar sekali...

Katakan korang nak mencari mengenai “Cara Jana Pendapatan Dari blog”

tips cari keyword
Carian mengikut kata kunci

Hasil carian kata kunci “Cara Jana Pendapatan Dari blog”  akan dapati senarai carian seperti di bawah.

gambar carian serp
Hasil carian google ikut kata kunci

Korang kena juga tahu bilangan paparan muka hasil carian

carian google
Biasanya papraan carian dalam bilangan 10 halaman muka


Sebelum korang dalami dengan lebih mendalam ilmu SEO, fahami dulu konsep SEO dan cara betul nak aplikasikan pada blog supaya mesra SEO. Ilmu SEO ni sangat lah meluas seluas air di lautan. Ceduk-ceduk takkan habis. 


Fahami Konsep cara kerja SEO Google 


Untuk optimum SEO pada blog perkara pertama yang perlu dilihat adalah template blog yang korang gunakan. 

Ada banyak ciri-ciri blogger template yang dikatakan “SEO Friendly” . Kalau korang tak reti nak gunakan CSS, HTML5 dan javascript. bolehlah upah individu-individu yang mahir dalam pengendalian blog atau beli aje template mesra SEO yang belambak dalam pasaran internet. Macam aku, belajar dan buat sendiri aje. 

Macam mana nak tambah nilai kualiti SEO pada blog?


Kalau dah ada template blog yang bagus, korang mesti lah tambah aksessori nya supaya nampak menarik dan keterujaan untuk tarik pelawat. Berilah layanan dan servis yang terbaik kepada pelawat supaya mereka rasa dihargai. 

Apakah yang aku maksudkan dengan kemudahan layan dan perkhidmatan pada blog?

Tak lain tak bukan adalah membuat aplikasi on page SEO dan off page SEO. Itulah kemudahan dan tarikan serta layanan utama yang kroang kena beri perhatian SERIUS. 

Tips SEO linking
Antara kaedah tradisional SEO off page

Ini Serius!!

Sebabnya ini adalah asas penting untuk bezakan penilaian tahap SEO pada sebuah blog oleh enjin carian. Macam restoran makanan lah. Kalau sekadar cantik pada pandangan mata kasar tetapi kualiti makanan teruk. Takde gunanya juga.

Kalau korang terlupa atau tak tahu apa beza SEO on page dan Off page boleh rujuk artikel : Baru belajar SEO on page

Promosi.. Promosi.. dan Promosi…



Kalau korang dah ada blog yang cun dan artikel yang power.. perlu juga buat sedikit promosi supaya orang tahu akan kewujudan blog korang.

Bolehlah korang daftar di google dan Bing Webmaster supaya artikel korang mudah untuk di index oleh enjin carian. Lain pada tu Korang boleh war-war kan melalui Facebook, Twitter, Google plus, dll. Gunakan social bookmarking dan buat artikel-artikel dan link kepada blog korang. 

Bila blog dan entri power korang dah semakin glamour tahap Gaban maka akan semakin minatlah robot enjin carian nak datang berkunjung dan tingkatkan populariti blog korang.

Mudah aje kan nak faham konsep SEO nih. Boleh juga samakan blog kroang dengan sebuah restoran. Kalau menarik restoran tu dengan decorasinya, menu makanan dan servis maka semakin ramai lah orang yang akan datang singgah berkunjung. Dapat minum air pun jadilah orang kata.

Kalau nak belajar lagi mendalam pasal SEO ni, boleh sediakan pengeras RM120 untuk dapatkan : Kitab SEO Merah Jambu.

Tak kenal maka tak cinta

Tak kenal SEO maka korang takkan jatuh cinta dengan SEO. Korang kena kenal betul-betul SEO dan mulakan dari asasnya. Baru korang akan jatuh cinta selepas tu. Takkan dalam sehari blog korang akan terus meletup melainkan kalau korang ada satu teknik ajaib. 

Kebiasaannya cinta pandang pertama takkan bertahan lama sebab korang tak kenal pun hati aweks tu.

 Buat lah perlahan-lahan secara konsisten dan pesan aku

Jangan Stress.. STRESS…

Gaban di Putrajaya
Kurangkan Stress tingkatkan prestasi

logoblog

Thanks for reading Kenali dan fahami Konsep cara kerja SEO Google

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita