Sabtu, 11 Oktober 2014

Belajar Cara Nak Dapat Komisen Kerja Dari Rumah

  Ismail Ahmad       Sabtu, 11 Oktober 2014

Cepat aje masa berlalu.. sedar-sedar dah masuk bulan Oktober 2014. Bajet 2015 pun dah dibentangkan tadi..

Malas aku nak layan dengan BR1M ke ape-ape pasal baget 2015 sebab kali ni aku cukup kecewa dengan harga minyak 20 sen. 

Terpaksalah aku sibukkan diri untuk blog ismailahmad.com untuk tahun ni. Banyak kerja dan program-program aku yang masih belum berjalan tahun ni. 

Namun 
............
....

Kita patut bersyukur kerana Malaysia masih lagi aman. Alhamdulillah

Hidup di dunia ini singkat sahaja. Kalau dihitung, sebenarnya hanya beberapa jam waktu di akhirat.

Selagi boleh beramal dan berkongsi, kita lakukannya dengan bersederhana. Moga-moga ada bahagian untuk kita diakhirat kelak.

Dulu aku tertanya juga, susah sangat ke nak dapat komisen Job dirumah? Kalau ramai blogger yang boleh dapat komisen maksudnya tak susah lah tu nak belajar cara dapat komisen Jobdirumah

Akhirnya dengan sikit usaha, dapat juga aku komisen dari Job dirumah ni. Walaupun komisennya tidak lah masuk berkoyan-koyan macam blog ahmadfaizal.com tapi sekurang-kurangnya dapat lah menampung kos kenaikan minyak 20 sen tahun 2014.

Komisen buat duit internet
Ada juga komisen JDR minggu ni

Aku tak selalu buat promosi tentang Job dirumah macam yang orang lain buat sebab itu komisen aku tak sebanyak macam diaorang. Kalau korang nak dapat lebih kena lah usaha lebih..

Banyak peluang Job yang ada dalam program jobdirumah. Program kerja online ni pun banyak dapat beri manfaat pada mereka yang suka cari duit lebih dengan kerja dari rumah. 

Dalam dunia serba moden ni, memang tak mustahil kalau ada yang jadikan kerja dirumah sebagai pendapatan tetap. Tak perlu bersesak-sesak nak hadap jurutol. Hanya buat kerja yang orang hantar dari rumah sahaja. Contohnya macam program Jobdirumah. Itu contoh aje

Kalau korang baca kat portal JDR, dengan pendaftaran sekali seumur hidup, korang ada peluang nak dapat kerja-kerja online. Bila dah dapat senarai kerja tu boleh lah korang mohon ikut kesesuaian kerja korang. 

Jangan cepat melatah dan membuat andaian Jobdirumah penipu kerana korang masih baru di garisan permulaan karier kerja dari rumah.

Selain dari JDR ni banyak lah sangat program-program yang boleh buat duit Cuma korang kena rajin cari dan buat sikit research. Kalau aku yang agak pemalas nak update blog ni pun boleh dapat komisen jobdirumah.. 

inikan pula korang yang super duper rajin sejak dari azali. 

Hurmmm… Kalau ada yang minat nak belajar buat duit atau cari komisen dari Jobdirumah ni boleh la daftar dan baca dulu panduan yang JDR beri. Apa yang aku boleh janji portal ni memang boleh bantu ubah duit poket korang syaratnya kena usaha sikit la.. 


logoblog

Thanks for reading Belajar Cara Nak Dapat Komisen Kerja Dari Rumah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita