Apa itu SEO, Pagerank [PR] dan SERP ?
Aku percaya ada juga antara korang yang tak faham atau tak tahu pun apa tu SEO, Pagerank dan juga SERP serta kepentingannya kepada blog korang. Artikel ini hanya sesuai pada mereka yang baru nak bermula dalam dunia blogging atau pada yang masih belum jelas mengenai 3 perkara yang aku sebutkan tadi.
Kenali apa itu SEO
SEO adalah ringkasan kepada perkataan “Search Engine Optimization”. Dalam Bahasa yang mudah difahami adalah cara untuk optimum apa yang korang buat pada blog untuk blog korang tersenarai dalam enjine carian macam google, yahoo, Bing, ask, baidu, AOL dll. Sebenarnya banyak lagi enjine carian dalam internet ni. Cuma kebanyakkan kita dah terbiasa dengan google.
Tujuan adanya SEO untuk seorang blogger picisan macam aku ni adalah untuk dapatkan trafik atau pelawat dari enjine carian. Kalau blog saja cantik tapi tak ada pelawat macam aku ni syok sendiri lah menulisnya. Betul tak?
Dari SEO maka akan terbitlah pagerank, earning, komisen dan lain-lain lagi. Ingat! Tujuan utama SEO adalah untuk dapatkan trafik dari enjine carian.
Untuk blog macam aku ni memang bergantung pada trafik melainkan blog korang hanya sekadar diari, isi masa lapang yang tak begitu utamakan SEO.
Kenali apa Itu Page Rank
Bila berbicara hal-hal berkaitan google pasti tak terlepas dari pagerank (PR). Page rank adalah satu indicator untuk mengukur tahap kualiti sesebuah blog tu. Macam blog www.ismailahmad.com ini memang terlalu baru untuk dinilai. Walaupun bagi tujuan carian, PR itu tak lah penting tapi dalam sebuah perniagaan internet ia dipandang tinggi kerana blog atau web yang memiliki PR yang tinggi memiliki nilai harga jualan yang tinggi. Ramai para blogger di luar sana yang membuat bisnes menjual domain atau blog yang mempunyai PR yang tinggi.
Kenali pula apa Itu SERP
Sekarang aku rasa korang dah sikit jelas pasal SEO dan pagerank. SERP pula singkatan kepada “Search Engine Result page”. Maksudnya SERP ni halaman yang akan muncul bagi hasil carian yang korang buat kat google ikut keyword yang korang gunakan.
Gambar bawah akan terangkan pada korang yang masih tak faham-faham.
Paparan bagi carian kata kunci mudah kot |
Biasanya dalam satu carian google boleh temukan hingga beberapa halaman dan kebiasaannya untuk satu laman hanya 10 carian aje. Kalau blog korang ada pada paparan carian pertama google, potensi untuk dapatkan trafik dan juga jualan adalah begitu tinggi.
Jelas?
Ada beza tak antara SEO dan SERP?
Memang adalah kerana SERP bergantung kepada SEO. Search Engine Optimization adalah lebih kepada teknik-teknik untuk mendapatkan Search Engine Results Page yang yang baik dalam enjine carian. Kalau SEO korang SUPERB akan menambah ke power ran SERP.
Boleh katakan macam adik dan abang. Kedua-dua tak boleh dipisahkan kerana saling bergantung antara satu sama lain umpama Upin dan Ipin.
teringin jadi kecik macam upin ipin |
Macam mana nak belajar Teknik Power SEO?
Nah korang dapatkan Kitab SEO PINK Titan ni. Memang Superb untuk korang yang memang gilakan teknik-teknik SEO.
Boleh baca kat sini -> Teknik Power SEO Merah Jambu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita