Belajar mengenai SEO Blogspot
Kalau cerita tentang kekurangan SEO atau kelemahan Blogspot adakah ia mesra SEO atau tidak telah dibahas panjang lebar oleh otai-otai blogger.
Biasalah nak gossip yang negative tu memang lah banyak tapi tak ramai blogger yang berminat nak bahas bagaimana nak tingkatkan atau tutup kelemahan Blogspot agar ia menjadi SEO friendly.
Aku bukanlah orang yang layak nk cerita pasal SEO kerana aku juga adalah peminat tegar dan pengikut kitab SEO merah jambu. Cuma dengan sikit pengetahuan yang ada ni akan aku kupaskan untuk mudah korang faham.
Kalau blog korang super SEO tahap gaban eloklah rasanya tinggalkan sikit komen dan idea untuk beri ilham pada aku yang masih Belajar SEO Blogspot.
Apakah kekurangan yang ada pada Blogspot?
1. Blogspot tak ada “ the real categories”
Dasarnya blogspot tiada kategori yang betul dan sebahagiannya hanya memanfaatkan fitur “label” yang dijadikan sebagai kategori nya. Disebabkan itu hasil analisa pada robot.txt dapati pada setiap alamat URL yang terkandung “/search” tidak akan di follow oleh robot google dan boleh menyebabkan alamt tersebut tak di index oleh google.
Contoh alamat label blogspot
Maksudnya label blogger tak akan di index oleh google dan link yang menuju label blogspot tidak akan dianggap sebagai backlink. Sebab itu kebanyakkan blogger menyatakan bahawa membuat capaian kepada label blogspot adalah sia-sia.
Penyelesaian : Bagi setiap link yang menuju kepada label, sama ada pada posting artikel atau sidebar gunakan tag “No follow”.
2. Tempate blogspot tidak SEO Friendly
Untuk jadikan ia mesra SEO korang perlu buat sedikit pengubahsuaian untuk blog korang lebih mesra SEO. Topik ini akan aku kupaskan dengan panjang lebar kemudian.
Korang perlu atasi masalah title, meta tag, related post, breadcrumbs dan beberapa fitur lagi yang sememangnya tidak disediakan dalam blogger.
3. Template blogpsot yang tidak valid XHTML
Perkara ini rasanya tidak terlalu penting kerana pada pandangan aku tidak valid template tidak banyak mempengaruhi SEO. Ada juga sebahagian blogger luar yang berpendapat memiliki blogspot yang valid HTML akan membawa kepada posisi puncak pada google SERP.
4. Alamat URL posting yang terbatas
Kalau dahulu blogspot sememangnya mempunyai batasan dalam meletakkan alamat URL setiap posting. Tetapi kini ia telah ditambahbaik dan korang boleh membuat ubahsuai URL post pada bahagian permalink
Ini adalah ringkasan serba sedikit mengenai kekurangan dan penyelesaian kepada masalah SEO blogspot.
Nota : Kalau nak income affiliate macam otai SEO elok korang dapatkan cepat Kitab PINK kerana bila-bila masa nanti harga akan naik. Nanti menyesal tak sudah.
Perkongsian menarik. Thanks sharing..:)
BalasPadamsama-sama :))
Padamyani nih... tlg ajar cara nak buat domain .com
BalasPadamYani moa ke? Boleh tp mggu ni agak bz skit..
PadamApa lagi kekurangan yang ada di blogsport ni. Jika ada lagi silalah berkongsi agar sama-sama dapat manfaat.
BalasPadam