Khamis, 13 November 2014

3 Tips mudah Bagaimana Jana pendapatan dengan Affiliate dari rumah

  Ismail Ahmad       Khamis, 13 November 2014

Jana Pendapatan + Affiliate + Dari rumah - Korang tahu tak untuk menjana program affiliate ni boleh dilakukan dari rumah ketika waktu lapang. 

Aku kongsikan 3 tips mudah, bagaimana nak jana pendapatan dari rumah dengan program Affiliate. Asasnya korang perlu ada Internet di rumah. Untung-untung boleh dapat lagi komisen dari Ashadee.

Buat duit dari rumah
Kerja dari rumah menjimatkan masa

Tips 1 # Fahami produk yang dijual


Korang perlu faham apa produk yang korang nak promosikan tu. Lagi bagus korang sendiri adalah user produk tu sebab korang lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada produk tu. Dalam pemilihan produk, aku agak cerewet juga dan aku hanya syorkan produk yang betul-betul berkualiti dari penulis yang berpengalaman.

Impaknya korang juga yang akan dapat kelak. Paling penting korang perlu senaraikan dulu kelebihan yang ditawarkan berbanding produk lain. Kalau produk tak bagus tempiasnya korang juga yang kena.

Tips 2 # Bina Kredibiliti diri


Kalau boleh, bina kredibiliti diri korang dahulu sebelum membuat jualan Affiliate. Tapi tak dinafikan tanpa kredibiliti, korang juga mampu untuk hasilkan jualan dan ia bergantung kepada teknik copywriting atau SEO yang korang guna.

Cara sebaik untuk bina kredibiliti diri adalah melalui perkongsian maklumat melalui facebook atau blog. Lebihkan aktiviti perkongsian maklumat. Jual diri dahulu supaya orang mengenali siapa diri anda..

lepas tu, korang nak jual apa pun mudah aje.. insya Allah akan dipermudahkan rezeki.

Tampilkan juga testimoni-testimoni pengguna supaya pelawat lebih yakin dengan produk yang korang jual tu..

Tips 3 # Amal Teknik Pemasaran Internet berkesan


Hurmmm...

.. Promosi..promosi... dan teruskan promosi.. itu yang sifu aku ajar..

Korang kena pelbagaikan teknik promosi dan jangan jemu untuk terus membuat promosi. Walaupun begitu, korang kena tahu bagaimana untuk buat promosi yang betul untuk menarik perhatian pelawat. Tambahkan jumlah trafik pada blog supaya peluang untuk hasilkan jualan lebih tinggi.

Kalau dah pelawat blog korang 10-20 orang sehari agak sukar juga tu nak hasilkan jualan TETAPI kalau ia trafik yang berkualiti pasti korang akan berjaya untuk hasilkan jualan. 

Teknik-teknik pemasaran berkesan ni korang boleh belajar melalui carian internet. Lebihkan membaca blog-blog mengenai cara-cara bagaimana buat duit @ jana pendapatan dari rumah tak kisahlah sama ada melalui blog, pengiklanan, facebook dll. Korang juga boleh dapatkan panduan-panduan lengkap mengenai kaedah yang terbaik untuk hasilkan jualan affiliate.

Kalau korang nak belajar dari A-Z mengenai Affiliate aku sarankan korang belajar dengan brader Rahman Basri. Dia memang banyak tips dan teknik untuk pasarkan produk Affiliate. Tak hairan kalau ramai yang gelarkan dia raja Affiliate. Dengan pengalaman dan kajian yang dia buat, teknik-teknik yang diajar amat mudah nak faham dan senang nak buat.

Tapi kalau sifat malas tu bersarang dalam diri,, buat lah apa pun takkan menjadi.. 

Kalau korang betul-betul belajar boleh rujuk : DVD Kursus Affiliate Cara Rahman Basri

Yang membezakan antara orang berjaya dengan tidak adalah TINDAKAN.. pastikan korang ambil tindakan sekarang Kalau nak menjana pendapatan dari program affiliate.

Okeh.. 

Itu aje 3 tips mudah dari aku bagaimana jana pendapatan dengan Affiliate dari rumah.. Kalau korang ada maklumat lebih, boleh kongsikan pada ruangan komen kat bawah ni..

logoblog

Thanks for reading 3 Tips mudah Bagaimana Jana pendapatan dengan Affiliate dari rumah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita