Jom Kenali Diet Atkins |
Apa yang korang faham mengenai diet atkins? Yang belum kenal apa itu diet atkins boleh baca ulasan mengenai Teknik Bakar Lemak Perut Cepat 5 Minit Sehari dan Tips Bakar Lemak Badan pantas dengan Diet Atkins.
Mungkin sikit sebanyak beri pemahaman pada korang mengenai diet Dr Atkins.
Okeh.. Aku cuba perincikan sikit apa yang aku faham mengenai corak Diet Atkins
Atkins Diet ini adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenal oleh Dr Robert C. Atkins untuk bantu individu kurangkan berat badan melalui konsep pembakaran lemak dan karbohidrat dalam badan.
Bila dapat kurangkan dan hadkan makanan karbohidrat macam nasi, mee, kentang, gula jadi badan akan mula dapat bakar lemak dan dalam masa yang sama proses penyusutan berat badan akan berlaku.
Sejak tahun 1970 an lagi diet ini sudah mula berkembang tapi sambutannya kurang menggalakkan. Ketika itu keadaan di Amerika, rakyat lebih sukakan program low fat diet.
Melalui program low fat diet, ramai yang tak berjaya kurangkan lemak badan walaupun mereka dah mengurangkan makanan berlemak tetapi karbohidrat diambil secara berlebihan. Kebiasaan mereka yang berjaya turunkan 1-2 kg akan mendapati berat badan akan naik semula kerana mereka akan merasa lapar dan tidak mampu mengikuti program untuk proses pengekalan.
Hasil kajian Dr Atikins dapati mereka yang amalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal langsing seumur hidup.
Diet Atkins adalah Atkins Nutritional Approach (ANA) terdiri daripada 4 peringkat iaitu :
- Peringkat 1 : Induction
- Peringkat 2 : Ongoing Weight Loss
- Peringkat 3 : Pre-maintenance
- Peringkat 4 : Lifetime Maintenance
Dalam banyak-banyak peringkat, peringkat 4 adalah yang paling susah nak buat.
Induction Diet Atkins korang dihadkan 20gram Karbohidrat. Tujuannya? Memastikan badan korang membakar lemak, bukan glukosa a.k.a gula.
Induction juga adalah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia merupakan asas permulaan kepada perubahan corak pemakanan korang. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama paling kurang pun 2 minggu dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, tahap kesihatan dan berat badan korang.
Kalau berat badan korang terlalu berat, korang kena panjangkan tempoh induction ni untuk badan korang sesuai dengan corak pemakanan atkins.
Dalam tempoh tu juga korang korang jangan tinggalkan sarapan, tengahari dan makan malam. Tapi pastikan Makan malam sebelum jam 9 malam.
Jangan ponteng makan
Okeh..
Okeh..
Contoh hidangan Atkins
Contoh menu sarapan / Breakfast (Sebelum jam 9pg)
- Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
- Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
- Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
- Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Contoh menu Makan Tengahari / Malam
- Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
- Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
- Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
- Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
- Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Aku mudahkan cerita Diet Atkins ini ada Had-Had dan Peringkat-Peringkatnya. Kalau korang jenis yang tak suka sekatan dalam pemakanan, Diet Atkins bukan sesuai untuk korang. Bagi yang berminat, korang boleh terus membaca blog ini dan aku syorkan dapatkan panduan lengkap mengenai Diet Atkins versi Bahasa Malaysia. Bukan ape, dapat memudahkan pemahaman korang mengenai diet Atkins dan dapat bantu merancang corak pemakanan korang juga.
Boleh rujuk -> Panduan Diet Atkins versi BM
Nota: Kalau boleh elakkan pengambilan ubat atau produk kuruskan badan. Bimbang aku lihat dengan keadaan semasa yang mana produk yang masuk makin sukar dikawal. Takut-takut akan merosakkan kesihatan badan kelak.
Minggu lepas ada cakap pasal diet Atkins dengan sorang profesor di hospital universiti sakarya, katanya diet Atkins ni baik pada permulaannya sahaja. Utk jangka panjang, banyak penyakit akan datang kpd pengamal disebabkan kekurangan zat zat yg diperlukan badan. Some cases ada yg mati juga.
BalasPadam