Ramai yang mahu kurus tapi suka sangat pilih jalan short Cut.
Ishhh
Dengan situasi semasa kini, Kementerian kesihatan dilihat gagal untuk mengawal kemasukan produk-produk yang mengandungi racun berjadual. Selepas beberapa laporan dibuat barulah ada tindakan.
Jangan Biarkan perut anda membuat pilihan |
Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat.. Aku menulis memang mudah tapi aku memahami bukan mudah hendak implementasi isu-isu pencegahan ini.
Kalau tiada penawaran masakan akan wujud permintaan. Betul tak? Kita sebagai pengguna harus bijak menilai sesuatu kandungan produk lebih-lebih lagi apabila produk tersebut akan dimasukkan ke dalam tubuh badan kita.
Aku Cuma nak kongsi 5 tips amalan harian yang boleh dipraktik untuk kuruskan badan.
4 + 1 Amalan terbaik Untuk Badan Kurus
1. Minum air kosong setiap hari
Semasa sarapan kita boleh meminum jus buah-buahan atau coffee atau tea kegemaran TETAPI pastikan selepas itu kita meminum air kosong yang dimasak. Kalau lagi bagus selepas bangun dari tidur terus meminum segelas air kosong bersama sesudu madu. Ada satu kajian mendapati hamper 245 kalori berlebihan sehari daripada air minuman manis dalam tubuh kita. Ia hamper 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan berat badan kita.
2. Makan 5-6 Hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar
Mereka yang membahagikan hidangan makanan akan makan 30% kurang kalori dalam hidangan berikutnya. Contoh kalau kita bahagikan sarapan kepada 2 bahagian, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat, kita tidak akan banyak makan apabila waktu tengahari.
3. Amalkan makan makanan Bijirin
Bijirin seperti conflakes atau coco crunch bukan lagi untuk kanak-kanak. Kita sebagai orang dewasa amat sesuai untuk jadikan makanan ini sebagai menu sarapan. Mereka yang ambil makanan bijirin apabila sarapan 5 kali seminggu akan dapat mengurangkan kadar risiko obesity dan diabetis berbanding mereka yang mengambil makanan lain. Bijirn mengandungi kadar serat dan kalsium yang tinggi dan paling penting dapat kurangkan lemak badan.
4. Makan apabila lapar sahaja
Nampak mudah tapi sukar untuk diamalkan. Selepas ini amalkan makan ketika berasa lapar sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang seperti yang disaran oleh nabi Muhammmad SAW.
5. Amalkan Puasa isnin dan Khamis
Dengan mengamalkan puasa, sistem pencernaan dan perut akan lebih baik dari sebelumnya. Dengan berpuasa dapat membantu menurunkan berat badan secara konsisten. Ini antara amalan Nabi Daud as. Kita juga amat disaran untuk berpuasa pada hari isnin dan Khamis. Selain dapat kesihatan, ganjaran pahala juga akan diberikan oleh ALLAH SWT.
Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan-amalan terbaik untuk menguruskan badan. Kalau rasa baju tahun lepas dah tak muat tu baik lah sama-sama amalkan gaya hidup sihat untuk kuruskan badan.
Kalau korang tercari-cari panduan Khusus untuk Bakar Lemak perut dengan PANTAS apa kata korang baca dulu penerangan mengenainya -> Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas
Kalau korang tercari-cari panduan Khusus untuk Bakar Lemak perut dengan PANTAS apa kata korang baca dulu penerangan mengenainya -> Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas
Tips yang sangat baik..boleh juga cupa suplemen yang terbaik, selamat, tiada racun berjadual utk kurus kan.. boleh rujuk dekat sini
BalasPadamhttp://danishdamiadaris.blogspot.com/