Ada yang mengeluh mengapa dah bersenam dan mengamalkan diet yang ketat tetapi berat badan masih sama dan tidak surut surut. Malang sekali masalah ini membelenggu mereka dan tiada perubahan yang berlaku hingga menyebabkan mereka berputus asa untuk menguruskan tubuh badan. Kali ini aku cuba kongsikan sebab dan punca mengapa metabolisme badan masih rendah.
Kegagalan program diet berkesan akan melemahkan semangat |
Senarai Punca Mengapa Tahap Metabolisme Badan Terganggu
Cuba semak mungkin 6 punca tahap metabolisme badan menjadi rendah adalah jawapan mengapa berat badan korang masih tak turun-turun.
Punca 1 # korang tidak minum air dalam kuantiti yang banyak
Tubuh kita memerlukan cecair untuk melancarkan fungsi system badan. Tanpa cecair, system tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini akan menyebabkan kalori badan (lemak badan) gagal dibakar. Untuk membakar lemak badan dengan cepat, kadar air yang tinggi amat diperlukan oleh tubuh badan. Amalkan meminum 8 gelas air suam setiap hari. Baca dan ketahui Khasiat Air Kosong
INGATAN : Air manis tidak dikategorikan sebagai air sebaliknya dianggap sebagai makanan.
Punca 2 # Korang tidak mengambil Vitamin D
Tahu tak apabila kita kekurangan vitamin D, tahap hormone ghrelin dan penurunan berat badan akan jadi lebih lembab dan perlahan sebaliknya menggalakkan rasa lapar dalam diri. Kalau rasa susah nak dapatkan vitamin D, boleh berjemur di bawah cahaya matahari kerana ia juga dianggap tubuh badan mendapat vitamin D.
Punca 3 # Korang ada tabiat makan snek pada waktu tengah malam
Ramai yang amalkan diet yang salah dengan menyekat pengambilan makanan kononnya mahu kawal selera makan, macam puasalah tetapi mereka tidak tahu sebenarnya telah menyeksa metabolisme tubuh badan dengan mengambil snek ringan pada tengah malam untuk elak rasa lapar yang melampau. Ingat selepas jam 8 malam hanya pengambilan buah-buahan sahaja dibenarkan. Pada yang tidak tahu konsep diet, aku syorkan belajar daripada diet Atkins kerana selain daripada mendapat badan yang ideal, korang juga boleh memakan apa sahaja makanan kegemaran tetapi dengan kaedah dan cara yang betul.
Punca 4 # Korang mengabaikan kafein
Mungkin korang berpandangan kafein tidak baik dan mempunyai reputasi yang buruk pada diri. Akan tetapi, tahukah dengan meminum minuman yang mengandungi kafein akan dapat membantu membakar kalori dengan mudah dan cepat. Aku sarankan supaya mengambil the hijau untuk jadikan minuman pada waktu santai kerana akan dapat meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan kita.
Punca 5 # Korang tidak cukup tidur
Rasanya dah banyak kali aku bercerita mengenai kaitan tidur dengan kesihatan. Orang yang tidak mempunyai tidur yang berkualiti akan mudah memperolehi berat badan yang gemuk berbading orang yang mempunyai tidur yang mencukupi. Ini kerana hormone yang mengawal selera makan akan membuatkan anda berasa lapar dan meningkatkan kekerapan untuk makan. Kurang-kurang pun kena tidur 7 jam sehari walaupun sibuk macam mana. Tidur cara rasulullah SAW adalah tidur yang paling berkualiti.
Punca 6 # Mungkin Korang dikelilingi stres
Stres ini bukan sahaja akan buat jiwa kacau tapi akan burukkan lagi metabolism badan. Hormon stress yang terbesar adalah kortisol akan membuatkan korang bertambah gemuk di kala stress melanda.
Aku rasa mungkin dah sampai masanya korang lupakan produk-produk yang belum tentu jamin metabolisme tubuh korang tinggi. Mengapa perlu keluar belanja lebih sedangkan banyak punca yang aku terangkan ini menghantui diri korang sendiri. Mungkin korang sudah sedar akan punca metabolisme badan korang terganggun dan menjadi rendah. Rasanya, ini adalah masa yang paling sesuai untuk lakukan perubahan untuk kesihatan diri sendiri.
Selamat beramal!
nombor 5 - tak cukup tidur.. uhuhu
BalasPadam