Makanan diperlukan oleh tubuh badan kita untuk hasilkan tenaga. Tanpa tenaga memang sukar untuk kita melakukan kerja, aktiviti berenang, beriadah dan lain-lain. Sememangnya kita diciptakan untuk menikmati makanan.
Perlu INGAT pepatah!
Makan Untuk Hidup dan bukannya HIDUP untuk Makan
Masalahnya di Malaysia ini terlalu mudah untuk mendapat variasi makanan. Kalau teringin nak makan masakan perancis boleh cari restoran perancis, Makanan Arab boleh cari restoran Arab.. Boleh kata hampir seluruh menu dari segenap pelusuk dunia ada di Malaysia.
Kalau niat nak kempiskan perut tu selalunya terbantut lah. Sebabnya bila jumpa makanan, seolah seperti 10 tahun tak pernah makan. Macam mana nak kurus kalau dah amal tabiat tak sihat macam ni.
Orang Pantai Timur cakap “KEDAROH” aje..
Bukannya salah nak makan tapi kalau makan itu berpada-pada.. Biar ada had dan disiplin. Lagi cantik ikut sunnah Rasulullah SAW. Berhenti sebelum kenyang. Ini makan sampai perut pun dah memboyot..
Tak malu ke memiliki perut buncit?
Cuba lah puasa cara Nabi Daud a.s. Bukan ke elok macam tu. Setiap hari isnin dan Khamis amalkan berpuasa sunat. Pahala dapat, kesihatan pun dapat.
Kalau nak cerita soal makan banyak lagi cerita lain yang aku nak tulis. Paling aku benci kalau makan tak habis. Selalu aku perhatikan kalau ada majlis-majlis keraian kat Hotel ramai aje yang tak habis makan. Itu belum kira masa bulan Puasa..
“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut” (Riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)
Hurmmm…
Betul lah kena berhenti sebelum kenyang, tapi tidaklah sampai nak membazir. Ambil makanan itu ikut keperluan sahaja bukannya mengikut nafsu. Kalau ikut Nafsu Setalam makanan pun tak mencukupi. Berbeza kalau kita ikut keperluan, kita tahu nak agak berapa banyak jumlah makanan yang akan buat kita rasa kenyang.
Orang lain pun boleh nikmati rezeki tu bersama.. tak adalah berlaku pembaziran kalau masing-masing main peranannya.
5 Keburukan Akibat Makan Terlalu Kenyang
# Keburukan 1
Menghilangkan rasa gentar kepada Allah dalam hati manusia. Makan mengikut nafsu akan menyebabkan kita menjad hamba kepada Nafsu dan akan menghilangkan rasa gentar kepada pencipta. Terlalu kenyang membuat seseorang itu malas untuk beribadah.
# Keburukan 2
Mengurangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana terlalu menuruti hawa nafsu. Ia akan membuatkan sifat ihsan semakin terhakis dalam diri.
# Keburukan 3
Orang yang terlalu kenyang tidak akan dapat menumpukan kepada kata-kata hikmah dan nasihat berguna.
# Keburukan 4
Sekiranya orang yang kekenyangan itu memberikan mutiara kata-kata nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak meresap ke dalam jiwa si pendengarnya
# Keburukan 5
Akibat kekenyangan akan membawa kepada mudarat penyakit kepada tubuh badan.Renung renungkan... Selamat beramal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita