Perut korang buncit ke tu? Dah macam orang mengandung pula rasa kalau terlebih buncit ni. Kalau masa sekolah dulu member selalu gelarkan gendut. Tak pasal-pasal dah dapat nama Dollah Gendut.. Meh kita sama sama kempiskan perut yang semakin membuncit ni..
Ahakss..
Biar Jadi lelaki Kacak dan Wanita idaman pada bujang trang.. tang ..tang yang masih mencari teman diluar sana.. Yang sudah berumah tangga.. Jangan Duk nak menggatal pula.
Bagaimana nak Kempiskan Perut Buncit
Kebiasaan perut buncit akan menjadi masalah mereka yang sudah berumah tangga khususnya kaum Adam. Anak baru satu tapi perut dah memboyot macam 8 bulan mengandung. Isteri mengandung anak kedua, kita pun turut serta yer…
Kalau nak dikaji banyak factor mempengaruhi tumbesaran perut khususnya lelaki yang berkahwin. Pertama dari soal pemakanan yang semakin berselera. Maklumlah sudah beristeri. Sekali isteri masak dah macam 5 orang nak makan padahal hidup berdua aje. Lepas bekerja malas nak bersenam. Balik kerja tonton Tv.. Tidur.
Senaman dah semakin dilupakan dalam kamus hidup. Itu yang perut semakin cemerlang menunjukkan kemajuan ke hadapan.
Permasalahan ini kalau tidak dikawal daripada awal akan menjadi punca sarang penyakit.
EH!!
Bukan ker rasulullah SAW dah berpesan.. Perut ini adalah punca segala penyakit. Jadi corak pemakanan itu banyak pengaruhi kepada kesihatan kita. Korang boleh juga cuba program Diet Atkins untuk dapat berat badan yang ideal.
Kalau bab pemakanan aku dah beberapa kali sentuh sebelum ini. Korang boleh rujuk :
1. Kenali Apa itu diet Atkins
Kali ini aku kongsikan Tips cara kempiskan perut buncit dengan cepat. Korang boleh ikut 3 jenis senaman “push up” paling mudah untuk buat di rumah. Sambil tonton television pun boleh buat. Cuma nak dengan tak nak aje.
Senaman kempiskan perut dengan cepat
|
Senaman kempis perut buncit lelaki
|
Teknik pantas kempis perut lelaki
|
Semoga korang berjaya perolehi perut six pax yang menawan.
Lain pada tu korang juga boleh cuba Formula Kurus 20Kg dalam masa 5 bulan
Pandangan aku lah, baik lelaki atau wanita mudah sahaja kalau nak belajar cara nak kempiskan perut buncit. Cuma tinggal usaha yang gigigih dan berterusan sahaja yang diperlukan untuk korang capai target.
terima kasih atas informasinya :)
BalasPadam