7 Niche Blog Boleh Buat Duit – Apa yang aku ingin kongsikan di sini mengenai “niche” atau bahasa mudahnya “topik” bagi sesebuah blog yang paling banyak hasilkan komisen online dan diminati oleh blogger. Untuk pasaran Malaysia, niche yang akan aku kongsikan ini masih terbuka persaingannya dan tidaklah terlalu tinggi.
Aku baru nak cuma niche rojak pada Blog ismailahmad ini..
Aku lihat zaman kini banyak sekali perbezaannya. Budak form 3 pun sudah pandai buat blog dan Belajar Buat duit dengan blog. Kalau aku dulu umur 18 tahun pun masih takut-takut nak sentuh komputer. Maklumlah penghujung tahun 90 an tak ramai lagi yang gunakan komputer.
Dari pengamatan aku blog-blog budak sekolah pun lagi cun dari blog ismailahmad.com ni. Memang aku tabik spring sama mereka..
Pada hemat aku untuk berblogging ini ada dua faktor sahaja.
Pertama untuk suka-suka dan bersosial dan yang kedua untuk cari duit atau pendapatan sampingan dari blog secara tak langsung melalui internet.
Aku ini bukalah pandai sangat bab buat duit online tapi kalau tanya aku, nak buat duit dari blog perlulah ada info yang berguna untuk dirujuk. Kita perlu sedar dan tahu bahawa pengguna hari ini lebih selesa untuk mencari maklumat berbanding bahan rujukan lain. Untuk itu, sesebuah blog perlu sajikan maklumat yang mereka perlukan.
Kalau sekadar cerita-cerita peribadi, orang muak nak baca melainkan kita adalah golongan artis retis atau selebriti yang ada follower tersendiri macam abang denaihati. Muka kalau tengok memang tak boleh cari makan punya... tapi ilmu blogging dia.. “mak aih”.. cukup tip top!!
Berbalik pada topik,
aku kongsikan 7 Niche blog yang memang boleh buat duit
Niche 1# Blog Kesihatan
Pengguna hari ini sangat mementingkan tahap kesihatan diri. Maklumlah akhir-akhir ini terlalu banyak penyakit yang pelik-pelik. Dan tak hairan lagi penyakit kategori “penyakit orang kaya” suatu ketika dahulu kini dihidapi oleh segenap lapisan golongan masyarakat. Itu kalau Korang perasaan banyak tips-tips mengenai kesihatan disajikan di media massa dan internet. Contohnya Tips Kuruskan badan, Tips Diet Atkins, cara kuruskan badan sampaikan panduan menghilangkan bau ketiak pun orang cari. Betapa pentingnya kesihatan dan penjagaan diri hari ini dititik beratkan.
Kalau kita ada tips menarik, bolehlah dikongsikannya di dalam blog. Peluang untuk kita jana pendapatan adalah tinggi kerana kemungkinan tips yang kita kongsikan itu menarik minat orang lain yang berada di luar Negara dan artikel kita akan dipanjang-panjangkan. Apabila trafik naik mencanak, peluang untuk hasilkan komisen itu adalah cerah.
Niche 2# Blog gosip retis/Selebriti
Apa yang aku perhati kategori “niche” jenis ini memang ramai yang buat. Tahu ajelah orang Malaysia ni dari dulu kini dan selamanya sukakan cerita panas dan sensasi melibatkan gossip artis dan selebriti. Sekiranya cerita yang disajikan adalah “HOT & SPICY” dah tentu trafik blog korang akan mencanak-canak. Tapi itu bukanlah “niche” pilihan aku kerana takut terjebak dalam fitnah. Dah peluang dapat dosa tu cerah.. faham-faham aje lah pendapatannya kategori macam mana kan. Itu tak perlu aku ceritakan lagi.
Niche 3# Blog Fesyen
Andai kita mempunyai minat dalam dunia fesyen, rasanya ini adalah salah satu peluang terbaik untuk kita buat duit dari blog. Caranya sangat mudah, Cuma kongsikan fesyen rekaan terbaru kita dan juga dunia fesyen hari ini. Ramai juga Fesyen Designer yang berjaya pasarkan produk mereka melalui pendekatan blog ini.
Niche 4# Blog Tutorial dan Tips Blogging
Oleh kerana hari ini terlalu ramai yang meminati dunia blog MAKA banyaklah tutorial yang disajikan untuk cantikkan blog dan juga tips SEO. Kita boleh juga kongsikan pengetahuan yang ada mengenai cara-cara menghias blog dan tutorial berkenaan SEO. Ramai newbie yang tercari-cari idea untuk tingkatkan kualiti blog mereka. Jadi inilah peluang kita untuk jana pendapatan. Upah menghaias blog juga boleh mencecah ribuan ringgit kalau kita betul-betul mahir dan faham selok belok coding.
Niche 5# Blog politik
Disebabkan Malaysia kini terdiri pelbagai faham politik, maka ada yang ambil kesempatan untuk bebelog isu-isu politik. Kalau dilihat ramai juga follower blog jenis ini. Kalau trafiknya tinggi sesuai sangat kita tumpang sewa iklan macam di ruangan tranungkite.net dsb. Banyakkan iklan dalam blog tu. Niche ini pun aku tak minat nak guna atas alasan aku sendiri.
Niche 6# Kedai Online
Blog juga boleh dijadikan kedai online kita. Macam-macam produk boleh dijual. Sebaiknya satu blog gunakan satu niche sahaja. Melainkan kalau trafiknya sudah baik kita boleh tambahkan produk namun perlu guna teknik dan cara yang betul supaya pelanggan tidak terkejut. Perasan tak akhir-akhir ini banyak blog produk Shaklee kan.. Maknanya permintaan untuk produk Shaklee amat baik.
Niche 7# Blog Buat Duit
Walaupun aku tahu ramai yang membenci iklan “buat duit online” tetapi percaya atau tidak permintaannya tetap ada setiap hari. Kalau tidak masakan terdapat banyak kata kunci berkisar “Buat Duit Online” masuk ke blog ismailahmad.com. Pelbagai program buat duit onlie boleh kita sertai sebenarnya dan perlu diperhalusi kerana ada program berbayar dan ada yang menawarkannya percuma tanpa menggunakan sebarang modal wang ringgit. Tak kurang juga program berbentuk hype dan Scam. Macam aku, lebih meminat dengan program Jana Pendapatan Tanpa Modal.
Belajar Bina Blog Wordpress kurang 24 jam |
Demikianlah 7 Niche Blog yang memang Boleh Buat Duit yang boleh dipilih untuk dijadikan niche blog kita. Harapan aku agar ilmu yang sekelumit ini dapat difahami dan memberi manfaat pada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita