Jumaat, 21 November 2014

Cara membuat fan page di facebook

  Ismail Ahmad       Jumaat, 21 November 2014

Aku percaya ramai kalangan kita mempunyai busuk-busuk pun satu akaun Facebook. Ada juga yang ada sehingga 5 akaun Fb semata-mata untuk memasarkan produk perniagaan mereka. 

Tak salah kalau nak berniaga tapi kalau boleh gunakan lah secara professional. Kalau setakat bisnes sampingan tak jadi masalah pun gunakan akaun personal tapi nampak lagi professional elok kita buka satu akaun Fan page di facebook. 


Ismail Network Blog
Pohon Like sebagai rakan Network Ismail Ahmad

Kenapa aku syorkan menggunakan fan page?


Limitasi yang ada pada akaun personal. Ini kerana bagi satu-satu akaun facebook peribadi hanya mampu menampung 5000 rakan sahaja. 

Berbeza dengan Fan page. Kita boleh dapatkan berjuta-juta likers yang kemungkinan akan jadi pelanggan tetap kita. Nak lagi cantik boleh optimum dengan penggunaan fb ads.

Kepada yang tak tahu nak buka akaun facebook Fan page boleh ikut tutorial Cara membuat fan page di facebook.

  • Log in akaun Facebook korang 
  • Korang pilih dan pages yang sesuai. Kalau ada bisnes gunakan column Business. 
facebook fanpage
buat Facebook fan page

  • Kemudian, pilih kategori perniagaan korang. Gunakan "keyword" yang sesuai bergantung kepada jenis perniagaan korang. Dan klik "Get Started"
  • Penuhkan maklumat “description” dan pautan web atau blog korang. Dan akhir sekali Save info tersebut.
  • Apabila paparan fan page telah disiapkan, korang boleh lah memuat naik gambar-gambar berkaitan perniagaan korang pada ruangan profile dan Timeline. Untuk nampak lebih menarik korang boleh dapatkan design timeline menarik di Template Timeline cover segera
  • Korang boleh skip pada arahan “for reach more people”. Kalau ada budget bolehlah gunakan fb ads ini kerana ini adalah perkhidmatan berbayar. Sebelum menggunakan fb ads aku nasihatkan korang baca dulu Pakej Video Tutorial FB Cash Rahman Basri. Jangan bazirkan modal korang untuk sesuatu yang korang sendiri tak pasti.
  • Untuk memendekkan url facebook fan page agar nampak lebih menarik, korang boleh ke laman ini : fb.com/username

Cuma ikut sahaja pada arahan yang diberi. Macam aku dah buat nama untuk ismail ahmad Network bagi fan page khusus untuk blog ismailahmad.com.

Bila dah siap facebook fan page korang boleh kongsikan link fanpage pada ruangan komen bawah ni. Melalui kaedah ini juga boleh tambah kenalan blogger se Malaysia.

Sekiranya artikel ini memberi manfaat pohon untuk like di sebelah kanan blog ini sebagai tanda setuju. 

logoblog

Thanks for reading Cara membuat fan page di facebook

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

  1. Perlu diperhatikan juga sebagian aturan dalam penggunaan funpage.
    1. gambar background tidak boleh ada tulisan rujukan Like, tanda panah mengarah ke tombol Like.
    2. Tulisan dibackground tidak melebihi 20% ukurannya
    3. Nama Funpage tidak dibolehkan berupa Link ,.

    Karena hal ini peraturan yang sangat serius oleh pihak facebook.
    Jika melanggar salah satu aturan di atas jadi jangan heran suatu saat Funpage anda sudah ribuan like akan dihapus sepihak oleh fabeook.

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita