Selasa, 4 November 2014

88 Senarai Biasiswa dan Pinjaman untuk pendidikan 2014

  Ismail Ahmad       Selasa, 4 November 2014
Hurmm…

Aku pun terkejut bila terbaca senarai biasiswa dan pinjaman Pelajaran Malaysia kat satu website ni. Mau taknye.. Sebab selama ni aku memang tak tahu pun bahawa sebenarnya ada BERLAMBAK-LAMBAK organisasi yang tawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan bagi pelajar-pelajar yang ada di Malaysia.

Korang tahu tak?

Yang aku tahu selama ni Biasiswa JPA, Yayasan Negeri, Pinjaman MARA & Pinjaman PTPTN. Paling glamer PTPTN lah sebab aku juga adalah tergolong di kalangan salah seorang peminjam PTPTN. Tapi Alhamdulillah setakat ni pembayaran masih cantik dan tinggal beberapa ribu aje lagi. Itu lah masalahnya bila overlap PTPTN nih.

Jadi….

Korang nak tahu tak tentang 88 Senarai biasiswa untuk tahun 2014 dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014? Apa kelayakan yang korang perlu dan bagaimana nak memohon pinjaman dan Biasiswa daripada 88 senarai nih. Yang paling penting korang perlu tahu dulu :

  • 4 pembahagian biasiswa untuk peringkat ijazah Sarjana Muda iaitu biasiswa awam, swasta, negeri dan juga Perbankan. 1 bahagian biasiswa untuk peringkat Diploma & Lepasan SPM. Untuk peringkat Sarjana dan PhD senarai biasiswa masih dalam proses penyediaan.
  • Info mengenai 57 jenis tajaan biasiswa dan pinjaman berulang tiap tahun bagi peringkat ijazah Sarjana Muda. 31 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk peringkat lepasan SPM, Pra Uni dan juga Diploma.  
  • Ramalan mengenai tarikh buka dan tutup permohonan biasiswa.
  • Beberapa helaian contoh format surat permohonan yang boleh korang guna untuk memohon biasiswa
  • Contoh soalan popular dan sangat sukar yang seringkali ditanya masa proses temuduga biasiswa.
  • Tips untuk hadir temuduga biasiswa yang semestinya sukar seperti hadir temuduga kerja kerajaan. 


Senarai permohonan biasiswa terkini
Cara memohon Biasiswa

Mungkin korang sangat memerlukan biasiswa, tajaan atau pinjaman termasuklah untuk …..

  • Sambung belajar peringkat Sarjana dan PhD
  • Baru nak belajar kat kolej atau Universiti
  • Adik korang pula dapat sambung kat university tapi tak cukup duit nak buat belanja… Tak masuk lagi bab yuran
  • Nak buat sambung study tapi tak nak pakai pinjaman. Nak juga cari Biasiswa

Banyak betul senarai Biasiswa yang korang mungkin tak tahu atau tak pernah dengar yang dapat bantu beri biasiswa atau pinjaman untuk belajar.


Nasihat aku, Bila dah lulus biasiswa tu jangan sibuk serbu Lowyat beli gadget mahal-mahal. Sedar-sedar lah diri tu.. Belanja mana yang perlu aje… Ikut ukuran baju pada badan sendiri lah bro..

Kalau dah dapat pinjaman tu agak-agak lah ye.. jangan buat lupa untuk bayar semula hutang..Masa dapat sedap..joli sakan.. lepas tu marah kerajaan buat DEMONSTRASI sebab kena bayar balik pinjaman… Dah orang bagi pinjam tu pandai-pandai lah bayar balik. Orang lain pun nak guna juga..

Belajar lah rajin-rajin supaya cepat dapat kerja untuk jelaskan hutang pinjaman PTPTN korang tu…

Jangan cakap Aku.. Allah pun Benci..orang yang suka berhutang.. Tiap tindakan kita diperhatikan oleh Allah SWT..

Wokey… 

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

logoblog

Thanks for reading 88 Senarai Biasiswa dan Pinjaman untuk pendidikan 2014

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita