Rabu, 5 November 2014

Sistem Pengurusan Akaun Mudah Untuk Usahawan Kecil dan Sederhana

  Ismail Ahmad       Rabu, 5 November 2014

Kini Dasar Kerajaan Malaysia dilihat lebih mesra kepada usahawan. Melalui Baget 2015 yang dibentangkan, terdapat banyak insentif disuntik untuk memajukan sektor Usahawan kecil sederhana a.k.a Small Medium Enterprise (SME).

Kalau lihat situasi terkini, banyak juga lah program-program keusahawanan model baru yang diwujudkan.

Tambah dengan situasi ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, ramai yang mula mengorak langkah untuk terjun dalam bidang keusahawanan. Baguslah sudah mula ambil langkah untuk berubah. Aku doakan semoga usaha korang tu mendatangkan hasil berbaloi dengan usaha yang korang buat.

Apa cabaran usahawan kecil dan sederhana kat Malaysia ni?


Hurmm.. rasanya banyak juga cabaran sebelum boleh menarik nafas lega. Antara cabaran yang biasa dengar macam kekurangan modal, Produk bagus tapi takde pembeli, salah strategi dan teknik pemasaran, tak reti nak buat pemasaran dll lagi lah. 

Kadand-kadang tu masalahnya bukan ape, puncanya daripada pengurusan kewangan yang tak berapa nak betul. Bukan aku cakap sistem korang tu salah tapi tak teratur. Biasanya cara uruskan aliran duit keluar masuk yang tak teratur, lebih sadis ada syarikat tu langsung tak tahu yang mereka sedang buat untung ke rugi..

Orang Pahang cakap “Dah Parok” tu..

Masalah ni pun pernah juga terjadi pada kawan aku pemilik restoran makanan. Bingung dibuatnya dengan aliran duit keluar masuk. Tak tahu kedudukan syarikat. Pelanggannya ramai tapi aliran keuntungan tu tak nampak. 

Runsing juga lah.. sebab tak tahu kedudukan kewangan syarikat sendiri.. Aku pun pelik...yang aku nampak masalah cara pengurusan akaun syarikat..

Akaun syarikat memang mustahak sangat. Kalau cari perisian perakaunan kat internet harganya pun boleh tahan. Nak cari yang pirate sekarang ni susah tak macam awal tahun 2000 dulu. Silap langkah kena serbu dengan KPDNKK terpaksa tanggung rugi..

Aku lihat sekarang ni ada perisian perakaunan mudah dan mesra pengguna hanya dengan guna Microsoft excel aje. Sistem ni namanya “Sistem perakuanan DKS”. Kalau ikut pada testimoni, sangat bagus dan mudah nak guna. Yang menarik harganya murah dan berpatutan. 

Kalau korang tak percaya cuba lah jenguk-jenguk laman --> Sistem perakaunan DKS.

Aku cerita lebih-lebih nanti korang cakap aku ni kasi up lebih. Sebab aku tahu pun melalui kawan-kawan aku ni. 



Okeh.. Habis sudah..

Aku nak bersiap-siap pergi berenang plak kat pusat maritim Putrajaya.

Kolam renang pusat maritim putrajaya
Kolam bersaiz sederhana di pusat maritim putrajaya

logoblog

Thanks for reading Sistem Pengurusan Akaun Mudah Untuk Usahawan Kecil dan Sederhana

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita