Ya..
Pegawai Tadbir Diplomatik (M41) - Menjawat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah satu Anugerah dari Allah SWT kerana diterima memegang satu jawatan prima dalam sektor perkhidmatan Awam.
Sebagai seorang pegawai PTD, laluan untuk diterima menjadi Ketua Setiausaha Negara adalah lebih cerah berbanding pegawai kerajaan yang lain. Tidak terlampau jika aku katakan kebanyakan pengarah di setiap jabatan negeri di jawat oleh pegawai gred “M” iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik dan di dalam kementerian juga, kebanyakan jawatan pengurusan disandang oleh golongan gred gaji “M”.
Sebagai seorang pegawai PTD, laluan untuk diterima menjadi Ketua Setiausaha Negara adalah lebih cerah berbanding pegawai kerajaan yang lain. Tidak terlampau jika aku katakan kebanyakan pengarah di setiap jabatan negeri di jawat oleh pegawai gred “M” iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik dan di dalam kementerian juga, kebanyakan jawatan pengurusan disandang oleh golongan gred gaji “M”.
Mengapa jawatan PTD ini diperlukan di setiap Kementerian dan juga Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain? Jawapan Pak Menteri mudah aje..
Penempatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Agensi Kerajaan terpilih adalah bertujuan untuk melicinkan sistem penyampaian di sektor khidmat pengurusan dan pembangunan kementerian
Secara ringkasnya, terdapat 8 bidang teras dalam PTD iaitu:
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
- Pengurusan Kewangan,
- Pentadbiran dan PembangunanWilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Teknologi Maklumat,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pengurusan Ekonomi
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
Antara soalan lazim yang biasa ditanya semasa sesi Temuduga PTD adalah mengenai peranan dan tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik. Isu berkaitan penempatan Pegawai PTD di agensi kerajaan dan juga perlaksanaan tugas PTD yang menjadi topik perdebatan hangat.
Seorang pegawai Tadbir dilatih untuk menjawat jawatan pengurusan dan mereka perlu melalui saringan yang ketat seperti DPA, Assessment Center dan lain-lain yang tidak dilalui oleh mana-mana jawatan yang lain. Bukan mudah untuk diterima sebagai pegawai PTD. Jadi korang kena lah berusaha gigih untuk diterima sebagai Pegawai tadbir Diplomatik.
Dalam situasi ini dapat dinilai sekiranya korang masih belum berjaya dalam sesi pengambilan PTD jangan berputus asa kerana peluang seterusnya masih terbuka di beberapa agensi kerajaan yang lain. Sekiranya korang berminat untuk menjawat dan tak tahu persediaan dan keperluan untuk hadapi temuduga PTD rasanya eloklah korang dapatkan mana-mana panduan mengenai bagaimana untuk menjawat jawatan PTD dan teknik-teknik untuk lulus temuduga PTD.
Panduan temuduga : Belajar Teknik Bijak Lulus Temuduga Pegawai PTD dan Kerajaan
Panduan temuduga : Belajar Teknik Bijak Lulus Temuduga Pegawai PTD dan Kerajaan
Tak kira lah kita dikalangan golongan jawatan gred gaji “M”,”J”, ”S” ,”YA” adan sebagainya, yang paling UTAMA adalah apakah sumbangan kita ke arah pembangunan Negara Malaysia yang mapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita