Selasa, 11 November 2014

Tips dan Panduan Beli Kereta Terpakai

  Ismail Ahmad       Selasa, 11 November 2014
Korang pernah beli kereta terpakai a.k.a 2nd hand?

Anak-anak muda zaman sekarang ni biasanya banyak duit. Maklumlah sudah ler berpelajaran tinggi. pakai biasiswa pulak tu.. pandai pulak cari dan BUAT DUIT. Kebanyakan anak muda sekarang lebih rela beli kereta bari daripada menanggung masalah kereta terpakai atau second hand ni.

Pada korang yang kurang berkemampuan dan suka membeli kereta terpakai tapi tak ada panduan khusus usah risau. Akan aku kongsikan 3 tips PENTING semasa nak buat penilaian kereta terpakai dan ujian pandu uji (test drive).

MUSTAHAK untuk korang tahu asasnya supaya tak tersalah langkah. Niat awal nak beli tapi kesudahannya korang terpaksa tanggung lain-lain kos untuk baik pulih kereta tu.

Panduan beli kereta terpakai
Herbie a.k.a Volkswagen Beetle terpakai

3 Tips menilai kereta terpakai untuk dibeli


  1. Aturkan waktu untuk ujian pandu uji (test drive) pada waktu korang free supaya tak kelam kabut. Kalau cuaca tak berapa elok korang tukar hari lain. Sebelum naik kereta korang tengok dulu keadaan kereta. Memang makan masa sikit asalkan korang berpuas hati.
  2. Bawa buku saku dan buat semakan senarai yang akan aku bagi. Buat catatan sikit.
  3. Bila korang jumpa owner/penjual kereta, cakap sopan sikit. Jangan mendesak atau perlekehkan diaorang untuk dapat harga yang rendah. Korang ada hak nak tanya tapi taka da hak nak kutuk. Silap hari bulan disebabkan keceluparan mulut, lebam biji mata korang.

Apa yang perlu diperiksa untuk beli kereta terpakai?


1. Minyak atau sebarang cecair
Korang buka bonet hadapan kereta dan lihat  4 jenis minyak/cecair berikut :

A. Batang pencelup minyak enjin
Kalau warnanya coklat keemasan,sedikit coklat atau warna coklat gelap kira ok lah tu. Maksudnya minyak tu dah jalankan tugasnya dengan baik. Kalau dah bewarna hitam likat macam tar baik korang lupakan terus hajat nak beli kereta tu.

Periksa betul-betul paras enjin kereta dengan lihat pada batang pencelup minyak enjin. Periksa juga penutup minyak enjin. Pastikan takde keladak. Kalau ada keladak atau karat-karat elok korang cari kereta lain.

B. Cecair Penyejuk
Pertama korang periksa paras cecair penyejuk pada tabung cecair penyejuk. Kemudian buka penutup radiator, periksa kalau-kalau ada keladak. Keladak pada penutup radiator menunjukkan kemungkinan ada masalah pada sistem penghawa dingin kereta tu. So berhati-hati. Korang boleh cuba start enjin dan buka aircond. Tapi kalau aku, cari kereta lain dah.

C. Minyak power stereng
Periksa paras minyak ni. Untuk minyak power steering, korang periksa kalau berlaku keborocan di sekitar hos. Kalau hos power steering dah tepu dengan minyak, itu mungkin bagi petanda kos pembaikan yang lebih mahal akan berlaku nanti. Baik lupakan aje.

D. Minyak Brek
Sama juga. Periksa parasnya cukup atau tak.

2. Tayar

Pusingkan tayar ke kiri dan ke kanan untuk korang tengok alur dan bunga tayar. Kalau berlaku hakisan tak sekata contohnya hakisan pada bahagian tepi atau tak sekata pada bahagian tengah. Itu mungkin menunjukkan terdapat masalah suspense kereta.  

3. Pintu kereta

Pintu pun korang kena periksa betul-betul lebih-lebih lagi kereta buatan Malaysia. Buka dan tutup semua pintu beberapa kali termasuk pintu bonet hadapan dan belakang. Kalau ada masalah untuk tutup pintu mungkin memberi tanda masalah penyambungan pintu pada bingkai kereta.

4. Regangan antara panel dan bonet belakang kereta

Periksa betul-betul kesemua panel lebih-lebih lagi untuk bonet depan dan belakang. Korang tengok ada berlaku kebocoran atau tak. Jika terdapat bau kepam (bau lembab) pada bonet, periksa kalau ada air bawah karpet bonet. Biasanya kawasan tu akan berkarat atau akan berlaku karat.

5. Interior Kereta dan Lampu

Kalau setakat seat kereta tu bagi aku tak berapa penting. Mungkin korang pun akan tukar baru. Lagipun kalau nak tukar sarung seat tak mahal mana pun.

6. Tingkap kereta

Kalau nak periksa turunkan dulu semua tingkap bila kunci berada di posisi “on” dan barulah dihidupkan enjin. Proses ini bagi memastikan motor tingkap berada dalam keadaan baik.

7. Enjin kereta

Korang ada dengar apa-apa bunyi pelik masa enjin dihidupkan? Cuba lah tekan pedal minyak dan dengar bunyi enjin. Hidupkan enjin sekali lagi kalau korang kurang pasti bunyinya.

8. Sius, lampu dan sistem brek kecemasan

Periksa juga kesemua suis dalam kereta. Pastikan semuanya berada pada tahap terbaik. Jangan tergopoh gapah untuk periksanya. Minta bantuan penjual untuk menekan brek kecemasan dan korang boleh keluar untuk pastikan lampunya berfungsi dengan baik.

9. Penghawa dingin

“On” kan penghawa dingin. Biasanya penghawa dingin kereta dapat mengeluarkan udara sejuk selepas 15 saat dihidupkan. Kereta yang berusia 10 tahun ke atas mungkin ada sikit masalah. Bila dah ada atas jalan, korang periksa penghawa dingin ini lagi sekali, pastikan suhu dan kelajuan kipas sekata.

10. Power Steering

Sebelum buat ujian test drive, turunkan tingkap dan pusingkan steering ke kiri atau kanan hingga habis. Sepatutnya lancar dan senyap serta tak mengeluarkan bunyi. Kalau korang rasa susah nak memusing, dan kekuatannya tidak sekata, sistem power steering tu mungkin perlukan penambahan minyak power steering, atau penukaran pam power steering, atau mungkin juga satu sistem baru.

Kalau banyak modal boleh lah korang tukar kan..

Kalau ada kerosakan juga lepas tu aku rasa elok korang dapatkan panduan lengkap tips penjagaan kereta.

Boleh rujuk kat sini : Panduan Lengkap Tips Menjaga Kereta

Kat dalam tu pun ada terangkan 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak korang Tahu

Kalau korang tak tahu ilmu beharga ni, pomen-pomen kat luar tu dah sedia nak kaut untung ratusan ringgit malah ribuan ringgit dari poket korang sebab kecuaian korang sendiri.

Sedangkan korang sendiri boleh elakkan kerosakan dan pembaziran duit untuk kos membaikpulih kereta dengan belajar ilmu penjagaan kereta dengan cara yang betul

logoblog

Thanks for reading Tips dan Panduan Beli Kereta Terpakai

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita