Ramai yang ketahui kini mengenai peningkatan kes-kes penderaan di pusat jagaan kanak-kanak hingga menimbulkan rasa fobia kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan.
Ketahuilah bahawa anak-anak adalah anugerah dan nikmat yang paling bernilai diperolehi oleh sepasang suami isteri. Aku percaya, tak semua orang bernasib baik dapat menimang cahaya mata dengan mudah sebaik melangkau alam perkahwinan. Ada diluar sana yang masih mencuba dan tercari-cari pelbagai kaedah rawatan dan ubatan semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Tetapi jika rezeki itu belum diturunkan oleh Allah SWT, bersabarlah wahai teman dan ketika ini korang sememangnya memerlukan kata-kata ransangan dan motivasi dari pasangan.
PENTINGNYA anak-anak dalam sebuah rumahtangga yang bahagia. Siapa yang sanggup melihat darah dagingnya menjadi tempat untuk melempiaskan kemarahan orang lain yang tak dikenali. Sedangkan ibu yang melahirkannya dan bapa yang mendidik tidak sanggup untuk mencederakan kulit cantik si anak kecilnya. Aku faham perasaan api amarah yang dibakar oleh setan itu boleh timbul apabila hilangnya rasa tahap kesabaran dalam diri namun ia masih boleh dikawal kerana jiwa yang bersih akan dapat menghapuskan perasaan yang kotor.
Bukan suatu perkara mudah untuk mendidik anak-anak apatah lagi anak orang lain yang mempunyai pelbagai latar belakang keluarga yang kemungkinan membuatkan korang berasa marah. Secara rasionalnya, terdapat perbezaan gaya dan corak pemikiran seorang dewasa dengan seorang kanak-kanak. Harus difahami daya memori ingatan kanak-kanak amatlah tinggi.
Didiklah anak dengan kebijaksanaan |
Tips Elak Melepas Kemarahan Pada Anak
Sebagai ibu bapa berilah contoh yang baik dan kawal rasa marah sekiranya mempunyai anak-anak yang hyperaktif. Korang perlu fikirkan kesannya akibat daripada perlakuan korang hari ini. Jika kita berkasar terhadap anak-anak, tidak mustahil mereka akan membesar menjadi seorang yang kasar dan kebarangkalian ia akan kembali kepada diri korang semula.
Apa perasaan korang apabila dimarahi oleh anak sendiri? Lebih baik kita memberi didikan cara yang betul dengan memberi kesedaran kepada mereka berbanding daripada memarahi dan mencederakan mereka. Namun kesedaran itu perlu dilakukan dengan bijak. Sekali sekala berikan satu dua cubitan sebagai peringatan kepada kenakalan mereka.
Kita perlu tahu bahawa kelahiran manusia ini cukup indah dihiasi dengan emosi dan keinginan. Kita tak boleh jadikan anak-anak ini seperti robot yang WAJIB mengikut perintah dan memaksa mereka melakukan perkara yang tidak disukainya.
Kaedah pendekatan dalam memberi nasihat adalah bukan dengan cara menakut-nakutkan mereka dengan kekasaran fizikal. Memukul, menolak kepala dan lain-lain kaedah penderaan fizikal yang kurang menyenangkan akan menyebabkan tumbesaran mereka terganggu dari sudut emosi. Cuba perhatikan, lebih teruk anak itu dipukul lebih kuat tangisannya.
Betul tak?
Jadi ubahlah cara mendidik anak dengan pendekatan yang berlembut tetapi tegas sekiranya berlaku salah. Mereka sememangnya memerlukan guru dan contoh tauladan yang baik dari ibu bapa.
Sebagai seorang muslim kita harus perbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan meniupkan pada ubun-ubun mereka semasa mereka hendak tidur atau ke sekolah dengan harapan agar hati mereka menjadi lembut. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab kita dalam mendidik dan membentuk perwatakan mereka supaya menjadi khalifah contoh di muka bumi ini.
Didikan kita akan mencorak generasi masa hadapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita