Elakkan daripada suka berhutang |
Ramai antara kita suka berhutang. Hutang kad kredit, hutang emas, hutang dengan kawan, hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi dan lain-lain hutang. Sikap orang kita suka melengah-lengahkan untuk membayar hutang. Kalau berhutang cepat sahaja tangan mengambil berbeza dengan bab bayaran.
Kadang-kadang kita terpaksa berhadapan dengan rakan-rakan yang berhutang tetapi enggan untuk membayarnya dengan kadar cepat. Apabila melihat gaya hidupnya dikaburi dengan kemewahan tetapi hutang kita di buat-buat lupa. Bahkan lebih menyakitkan hati mereka sanggup menjaja dan mencanang cerita di sana sini mengenai perniagaannya yang “semakin maju”. Apakah hukumnya orang sebegini?
Kali ini dengan ilmu yang dangkal ini aku cuba kupas sebaik mungkin agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Sekiranya kupasan aku ini ada cacat celanya pohon kerjasama korang untuk perbetulkan diri aku. Sama-sama kita tegur menegur dengan cara yang lebih berhemah.
Apakah Hukum Bayar Hutang
Hukum membayar semula hutang adalah WAJIB pada masa yang telah dipersetujui oleh dua pihak dan si pemberi hutang. Sekiranya penghutang tersebut dengan niat enggan melunaskan hutangnya dan sebaliknya menyimpan wang untuk tujuan yang lain maka dia berdosa atas perlakuannya itu.
Sabda Rasulullah S.A.W daripada riwayat al-bukhari:
“Barang siapa yang mengambil harta orang lain (dengan jalan berhutang) dan ingin membayarnya, maka Allah akan membuka jalan untuknya melunasi hutang tersebut.Dan barang siapa yang mengambil wang orang lain untuk dihabiskan, maka Allah akan menghabiskannya (sama ada dengan pembaziran, bencana dan juga azab di akhirat kelak”
Sama-sama lah kita ingat mengingati mengenai kepentingan membayar hutang. Pastikan kita tidak berhutang dengan ah long kerana ia telah membawa kita kedalam aktiviti RIBA. Marilah kita berdoa semoga dijauhi sifat suka berhutang dalam kehidupan seharian.
Sebaik-baiknya elakkan daripada berhutang kerana sikap suka berhutang ini akan memberikan persepsi yang buruk oleh masyarakat terhadap diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita