Memperoleh tubuh badan ideal dan mantap sememangnya memerlukan masa yang lama dan latihan yang berterusan. Namun belum tentu korang ada masa yang betul-betul cukup dan tersusun untuk ke pusat latihan gymnasium. Apa kata kita kupas beberapa teknik rahsia menurunkan kalori tubuh yang paling mudah hanya dengan melakukan tugasan dari rumah.
Ketahui 5 Kerja Rumah Dapat Bantu Bakar Lemak Degil Dalam Badan
Kerja rumah mampu untuk memberi kesihatan pada tubuh
|
Kerja 1: Aktiviti Berkebun dan bercucuk tanam
Melakukan aktiviti ini sebenarnya mampu untuk membakar kalori sebanyak 265 bagi setiap jam. Ini kerana kita akan kerap kali melakukan senaman teknik Squad dan kesannya akan dapat hasilkan pembinaan otot badan. Sekiranya ia dilakukan secara berterusan, pembakaran kalori badan boleh mencecah 306 bagi setiap aktiviti bercucuk tanam ini.
Kerja 2: Membasuh kenderaan (kereta, Van dan motosikal)
Lelaki yang membasuh kenderaan akan tampil lebih menarik berbanding wanita. Dengan aktiviti membasuh kereta ini selama lebih kurang ½ jam akan dapat membantu membakar kalori sebanyak 143. Dengan beberapa gerakan seperti lompatan atau larian disekeliling kereta mampu untuk mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.
Kerja 3: Mengemop lantai
Lakukan tugasan ini setiap hari kerana dengan mengemop lantai selama setengah jam akan dapat membakar 112 kalori. Dengan melakukan aktiviti ini 3 kali seminggu sudah memadai untuk memberikan kesihatan pada tubuh badan kita. Mungkin ini adalah antara aktiviti WAJIB korang selepas ini.
Kerja 4: Membasuh pakaian
Tidak kira sama ada menggunakan tangan atau mesin basuh, aktiviti ini mampu untuk membakar sebanyak 144 kalori. Percayalah dengan melakukan senaman Squad apabila kita sedang mengutip pakaian diikuti mencangkung dan bangun selama 30 saat mampu untuk meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 178. WoW!
Kerja 5: Memasak di dapur
Mungkin korang cakap aku auta sahaja. Mana mungkin boleh terjadi tetapi hakikatnya dengan melakukan kerja di dapur dapat bantu membakar kalori sebanyak 150. Meskipun pembakaran tidaklah sebaik tugasan lain namun ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Lakukan ulang alik ke pantry untuk mengambil barang dan mencuci dapur sudah memadai untuk mengeluarkan peluh korang tu.
Lepas ketahui kerja rumah mempercepat pembakaran kalori, mungkin hujung minggu korang lepas ini lebih bermanfaat dengan melakukan aktiviti di rumah. Tetapkan Matlamat dan jika kesemua aktiviti dapat dilakukan dengan baik dalam sehari anda sudah mampu untuk membina otot badan yang kuat tanpa disedari.
Kalau nak tips lagi padat elok dapatkan panduan lengkap Teknik Bakar Lemak Pantas. Banyak perkongsian menarik dikongsikan oleh penulis. Ini kerana tips yang diamal adalah hasil usaha pengelamannya sendiri.
Untuk Maklumat lanjut layari pautan : Teknik Bakar Lemak Pantas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita