Rabu, 10 Disember 2014

Menambat Cinta Suami Dengan Resepi Pavlova

  Ismail Ahmad       Rabu, 10 Disember 2014
Pasti ramai antara kita yang meminat pavlova yang berkrim, bukan? Ishh takkan lah asyik nak beli di kedai aje. Sekali sekala cubalah asah bakat terpendam korang dalam bidang kulinari tu.. haha. 

Bila lagi nak mengasarkan jari jemari korang yang mulus tu..Dengan air tangan korang itulah cinta suami akan sentiasa mekar dalam hatinya..InsyaAllah

Jom kita cuba resepi "Pavlova" yang pasti lazat untuk santapan keluarga

resepi Pavlova lazat
Resepi Pavlova enak dan lazat

RESEPI PAVLOVA LAZAT


Bahan-bahan membuat Pavlova


3 biji Telur putih saiz A
1 cawan Gula kastor
1 sudu besar Esen vanila
1 sudu besar Cuka epal
1 sudu besar Tepung jagung

 Bahan-bahan membuat krim vanilla Pavlova


250 gm Krim whipping
1 sudu Esen vanila
Buah strawberi, delima, beri atau kiwi (hiasan)

Cara-cara membuat Pavlova :

  1. Pertama korang pukul telur putih bersama gula kastor hingga menjadi kental atau soft peak. 
  2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi selama lebih kurang 5 minit pada kelajuan tinggi
  3. Tambahkan 1 sudu cuka epal dan tepung jagung dan teruskan memukul hingga acuan menjadi agak kental. Mulakan proses membentuk acuan untuk dibakar.
  4. Panaskan ketuhar dan bakar acuan tadi selama 1 jam pada suhu 130 darjah celcius. Biarkan seketika

Mari kita buat Krim valina pavlova pula

  1. Ambil  krim whipping  dan pukul sehingga menjadi kental
  2. Tambahkan esen vanilla dan biarkan sejuk didalam freezer
  3. Untuk hiasan potong buah-buahan seperti strawberi, kiwi, acai beri dan lain-lain.
  4. Keluarkan Pavlova daripada ketuhar dan tambahkan krim di atasnya. Korang boleh tambah buahan untuk hiasan.

Mudahkan. Asyik makan keropok lekor aje kan.. . Sekali sekala ubahlah menu minum petang dengan pavlova, menarik juga kan?

Anak-anak suka, suami pun bertambah sayang.. hoho

Mesti terkejut en suami kalau korang buat sesuatu yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Bila lagi kan nak ambil hati suami. Sebab orang tua-tua kata, nak menambat hati dan cinta suami, kenalah tambat perutnya dahulu. 

logoblog

Thanks for reading Menambat Cinta Suami Dengan Resepi Pavlova

Previous
« Prev Post

2 ulasan:

  1. nampk mcm mudah tp tak tahu la kalau sy buat menjd ke tdk .hehehehe.

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita