Jumaat, 19 Disember 2014

Blogger Linda Ikeji Buat Duit Tanpa SEO

  Ismail Ahmad       Jumaat, 19 Disember 2014
Mungkin ramai yang mengenali minah ini tapi aku baru hari ini tahu berkenaan minah ini. Bila aku blogwalking kat blog dia.. Linda ikeji

Blogger nigeria Linda Ikeji
Buat Duit cara Blogger Linda Ikeji

Mak Aihh. Terperanjat boboi.. 

serabut betul susun aturnya seolah-olah situasi huru hara di benua Afrika. Tetapi yang paling aku tak percaya ranking Alexa blog, lindaikeji.blogspot.com berada di kedudukan 1990 dan 2650 di Malaysia.. 

Salah satu penyebab, kemungkinan kebanjiran warga dari benua Afrika yang menetap di Malaysia adalah pengikut setia blog Linda Ikeji.

Ranking blog linda Ikeji
Ranking terkini Alexa 19/12/14 Linda Ikeji

Ini adalah salah satu contoh kejayaan seorang Blogger tanpa ADSENSE, Tanpa SEO blog ini mampu untuk menjana pendapatan kira-kira 5 juta naira bersamaan RM97,000 sebulan.

Trafik blog linda ikeji
Trafik ke Blog Linda Ikeji

Daripada sumber yang aku baca (Blog VT) difahamkan blog ini merupakan anara blog tersohor di Negara Nigeria. Kemungkinan latar belakang Linda Ikeji sebagai seorang model menjadikan beliau di jejaki oleh ramai jejaka-jejaka berkulit hitam manis. 

Linda Ikeji menulis sejak tahun 2010 dan Meta Tag title adalah “Welcome to Linda Ikeji’s Blog” Biasa-biasa aje Title Meta Tag yang digunakan. Kalau korang check template nya memang tak Mesra SEO langsung dan tak Fast Loading dan medium yang di gunakan adalah BLOGSPOT.

So, kalau korang guna blogspot jangan berkecil hati dan terasa rendah diri dan tak boleh bersaing dengan pengguna wordpress dll. Bagi aku blogspot tetap terbaik dan user friendly.

Laman BBC Africa ada menyebut tentang Linda Ikeji iaitu :

"...one of the most popular entertainment sites in Nigeria, and her posts reflect the diversity of its readers: From celebrity gossip and relationship advice to fashion and politics."

Maksudnya beliau memang sangat terkenal di kalangan jejaka berkulit hitam manis. Linda juga ada tawarkan ruangan iklan di blognya yang meminta alamat email dan no talian telefon untuk pemasangan iklan pada blognya. 

Kandungan blog beliau pula lebih kepada pengisian isu semasa, hiburan, gaya hidup, fesyen, kecantikan, gossip dan pelbagai perkara lain. Bagi aku biasa-biasa sahaja.

Apa yang cuba aku tunjukkan ini adalah Linda ikeji tak mengharapkan pun google adsense atau affiliate untuk buat wang dari blognya. 

Benarlah apa yang sering diperkatakan oleh kebanyakan blogger bahawa “Content is King”. Kalau korang tak reti SEO pun usah bimbang, teruskan menulis akan perkara yang korang minati. Namun kalau tak minat menulis boleh cuba meniru gaya penulisan blogger lain. 

Kalau korang nak copy artikel pastikan berilah sedikit kredit atau link pautan supaya mudah untuk dirujuk oleh pembaca lain.

Linda ikeji membuktikan bahawa gaya penulisan tersendiri adalah penghias dan penarik kepada sesebuah blog. Sumber yang digunakan adalah daripada media masa dan lain-lain seumber tetapi melalui gaya penyampaiannya sendiri. Aku tak nafikan kebanyakan maklumat daripada blog ini adalah daripada sumber lain yang aku cantumkan tetapi penulisan yang aku gunakan adalah dari hati aku sendiri.

SEO bukanlah penentu 100% kejayaan sesebuah blog tetapi SEO juga banyak memainkan peranan dan sebagai pemudah cara untuk menaikkan sesebuah blog menjadi terkenal. 

Mungkin ada sesuatu kelainan dan penarik yang menyebabkan blog linda ikeji mampu mencapai ke tahap ini. Apa yang aku tahu baru-baru ini pihak google telah block ke atas blog ini namun ia dibuka semula. Biasalah ada orang yang cemburu dengan kejayaan seseorang.

Kita sebagai umat islam perlu bersangka baik dan usaha dengan cara sebetulnya. 

logoblog

Thanks for reading Blogger Linda Ikeji Buat Duit Tanpa SEO

Previous
« Prev Post

3 ulasan:

  1. Kalau kat Malaysia ni, blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana boleh masuk kategori tu kot.

    BalasPadam
  2. Kiranya dia ni celebrity blogger la kan

    BalasPadam
  3. wah ..salut juga melihat blogger wanita ini bisa sukses di nigeria

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita