Isnin, 29 Disember 2014

Langkah mudah bagaimana cara membuat blog

  Ismail Ahmad       Isnin, 29 Disember 2014
Bagaimana cara membuat blog - Walaupun era hari ini budak umur 5 tahun pun tahu guna laptop, namun masih ada yang bertanyakan kepada aku cara buat blog sendiri percuma. Oh!. Aku perlu sedar yang ramai lagi seusia dengan aku masih tidak mengerti cara membuat blog. Walaupun dah berlambak-lambak artikel mengenai blog yang aku dah tulis tapi masih lagi ramai yang tak faham asas bagaimana buat duit melalui blog

Okeh. Aku kongsikan bagaimana langkah-langkah membuat blog sendiri percuma menggunakan blogspot.com. Bagi aku, platform ini adalah antara yang paling mudah dan menarik serta mesra SEO dan pengguna “user friendly”. Ramai juga yang membina kejayaan dengan platform percuma ini. Blogger linda ikeji hanya menggunakan blogspot untuk berada pada Alexa Rank 1991 dunia! Satu pencapaian yang menakjubkan untuk sebuah blog menggunakan platform blogspot.com.

Untuk Buat blog menerusi platform blogspot.com korang perlulah ada akaun gmail. Mula-mula korang daftar dulu akaun google dengan gmail. Ini adalah antara kelebihan pengguna blogger kerana email anda akan di link dengan blogger.com

Jika korang belum ada akaun Gmail, sila daftar di pautan ini - Daftar Percuma Akaun Gmail

Daftar akaun google dengan gmail

Step bagaimana cara membuat blog sendiri


  • Mula-mula pergi Login ke blogger.com 
  •  Tekan klik Create your blog now dan klik button new blog pada paparan bahagian sisi.
bagaimana cara membuat blog


  • Korang akan nampak paparan seperti di bawah ini. Kemudian masukkan butiran yang korang inginkan. Masukkan tajuk blog korang dan juga URL blog korang. Sedikit tip ringkas. Jangan letakkan URL terlalu panjang agar memudahkan pembaca mengenali alamat blog korang. Aku beri contoh. Kalau korang nak tulis blog mengenai Kesihatan dan ingin berkongsi tips kuruskan badan mungkin boleh gunakan (tips-kurus-badan.blogspot.com) atau jika ingin berkongsi minat mengumpul duit lama korang boleh gunakan idea (blog-duit-lama.blogspot.com)


cara buat blog sendiri percuma

  • Perkara penting sewaktu buat blog sendiri adalah alamat (URL address) blog korang. Carilah URL yang ringkas dan padat serta mudah dicari oleh orang ramai. Paling sesuai gunakan Keyword untuk niche yang korang pilih. Sebaiknya penulisan blog korang tak lari dari topik yang dibincangkan.


  • cara buat blog kesihatan


  • Tak semua alamat blog yang korang minat boleh digunakan. Kadang-kadang orang lain dah guna dahulu. Jadi korang perlu bina alamat yang lain atau boleh gunakan (-) sebagai pemisah antara perkataan. Contohnya (tips-kurus-badan.blogspot.com). Okeh. Beres! 
  • Bila sudah ada URL blog sendiri, langkah seterusnya adalah membuat pemilihan template. Bagi yang baru berjinak-jinak aku syorkan korang guna dahulu template asas yang sudah disediakan oleh blogger.com. Pilih ikut kesukaan korang. Dan Klik Create blog!. 

cara pilih template blogspot


Untuk bina blog buat duit pula korang kena pilih template yang sesuai dan mesra iklan seperti template Adsense dan lain-lain supaya iklan yang akan dipaparkan jelas dan mudah untuk di klik. 

bina blog buat duit


Sekarang blog korang sudah siap. Tak susah mana, bukan? Kalau dah terbit paparan macam gambar di atas maknanya blog korang dah siap lah tu. Tak sampai 3 minit pun boleh buat blog sendiri. Susah ke nak buat blog sendiri? Step seterusnya korang perlu karang isi kandungan blog korang sendiri. Menulislah sepuas-puasnya. Hanya klik pada start posting dan mulakan penulisan korang.  Kalau nak lihat paparan blog korang boleh klik pada “View Blog”.

Aku kongsikan sedikit tips untuk bina blog buat duit yang bagus. Utamakan kandungan blog. Seperti kata pepatah blogger inggeris “Content is King”. Untuk permulaan tulislah entri atau posting blog korang, minimum 5 artikel dahulu. Setiap satu artikel buat lebih kurang 300 patah perkataan mengikut niche yang dipilih. Bila sudah banyak artikel barulah kita pergi ke sesi untuk cantikkan blog dengan menambah HTML coding dan widget yang penting. 

Bagaimana blog boleh menjana pendapatan sampingan? Muat turun panduan - Buat Duit Dengan Blog (klik)

3 Langkah Penting bagaimana cara membuat blog

Apa yang aku terangkan tadi adalah berkisar perkara yang sama sahaja dan aku ulangi.

1. Bina blog sendiri secara percuma dahulu dengan blogspot.com
2. Tulis entri atau post blog minimum 5 entri/artikel.
3. Pasang widget blog yang penting-penting aje.

Moga apa yang aku terangkan ini dapat mudahkan Korang untuk bersungguh-sungguh buat blog sendiri terutama pada mereka yang nak tahu cara buat blog untuk bisnes dan bina bina blog buat duit sebagai hobi masa lapang. Ditambah dengan situasi banjir 2014 yang semakin meruncing ini adalah baik kita perlahan-lahan bina pendapatan sampingan dari blog

P/s: Jangan sampai dah terhantuk baru nak terfikir mencari ubatnya.

logoblog

Thanks for reading Langkah mudah bagaimana cara membuat blog

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita