Isnin, 29 Disember 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh

  Ismail Ahmad       Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolahan 2015 ditangguh seminggu. Begitulah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Tarikh baru sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 11 dan 12 Januari 2015. Ini berikutan situasi banjir di Malaysia yang melanda ketika ini tidak menentu dan semakin meruncing. Penangguhan ini akan menyebabkan sessi persekolahan 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu
Penangguhan sesi persekolahan 2015


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
                                                                                                                                              Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
                                                                                                                                            Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Dalam situasi sekarang semua pihak perlu memahami keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah pada tahun 2015 terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan dan tingkatan 1 elok sangat berhubung dengan pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklum balas dan perkembangan lanjut terutama di sekolah Manik Urai Kelantan dan sekolah-sekolah yang mengalami banjir. Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu.

logoblog

Thanks for reading Sesi persekolahan 2015 ditangguh

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita