Isnin, 8 Disember 2014

Mengapa Lelaki Perlu guna Boxer?

  Ismail Ahmad       Isnin, 8 Disember 2014

Boxer cukup sinonim dengan golongan peninju dan penggunaannya dikatakan lebih selesa jika dibandingkan dengan underware oleh kebanyakan kaum adam. Ia lebih longgar, bergaya dan selesa untuk digunakan ketika tidur dan selamat untuk mengekalkan kesuburan lelaki.

Jom kita lihat kesahihannya.

Boxer untuk lelaki
Pemilihan boxer untuk si "adik" kekal sihat

# Boxer diakui selesa untuk si “adik”


Semestinya cukup selesa. Dalam soal rekabentuk, Boxer lebih longgar jika dibandingkan dengan seluar dalam dan cukup memberi keselesaan kepada si pemakai untuk bergerak bebas. Material yang lebih lembut meletakkan nilainya lebih tinggi daripada kalangan jenisnya. Dengan ciri-ciri yang lebih longgar pemilihannya membantu aliran udara pada kawasan sulit lelaki. Kepada yang aktif bersukan, penggunaan boxer dilihat tidak begitu sesuai ketika menjalankan aktiviti lasak yang memerlukan banyak pergerakan pantas. Sekiranya kalian memilih fabric boxer yang lebih ringan dan nipis akan membuatkan kalian seolah-olah tidak memakai apa-apa bantuan sokongan untuk si “adik” tetapi ia masih selamat terlindung dari pandangan si penggoda.

# Memberi Kelancaran Sperma


Dengan mengekalkan suhu sejuk pada bahagian testis akan membantu untuk melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih sempurna selain dapat meningkatkan aliran pengudaraan yang baik pada daerah sulit. Ada juga sesetengah jenis Boxer direka khas untuk golongan lelaki yang menginginkan peningkatan potensi si”adik” dengan menyediakan ruang poket pada bahagian hadapan agar memudahkan pek-pek ais di letakkan untuk memperolehi suhu yang rendah. 

# Boxer Lebih Trendy


Di Negara-negara maju, boxer juga dijadikan sebagai penarik golongan berfesyen. Dengan menggayakan boxer, si pemakai akan kelihatan lebih macho. Tegap dan Mantap. Kepelbagaian corak pada boxer ini menambahkan lagi kesesuaian padanan boxer dengan baju t, seluar atau topi. Dengan melondehkan sedikit seluar supaya menampakkan sedikit pada bahagian atas boxer menampakkan ia lebih menarik minat gologan lelaki untuk berfesyen. Sebab itulah pelbagai corak dan karaktor kartun dilukis pada bahagian atas boxer. Sebagai orang islam, usahlah kita meniru gaya-gaya yang tidak berapa sesuai dengan budaya ketimuran kita yang lebih halus.

# Boxer Sebagai Pakaian Tidur


Elakkan tidur dengan memakai “underware” kerana keadaan persekitaran yang ketat tidak memberi keselesaan kepada si “adik” untuk berehat. Boxer dilihat sebagai pilihan yang tepat dan lebih selesa digayakan dalam kamar tidur selain membolehkan si”adik” bergerak bebas tanpa diganggu. Usah pelik kalau ada antara rakan kita yang menggunakan boxer sebagai pakaian utama untuk tidur setiap hari. 

Kesimpulannya, untuk memastikan si “adik” sentiasa sihat, pilihlah pakaian yang longgar seperti boxer. Jika diperhalusi dari segi keselesaan, kesihatan dan gaya boxer dilihat lebih ke hadapan. 

Nota: Pemakaian underware ketat sebenarnya antara punca kemandulan kaum adam dan beri pengaruh kuat kepada jumlah sperma. Pakar kesihatan tidak menyaran untuk memakai underware ketat ketika bersukan, lebih-lebih lagi melibatkan jangkamasa yang panjang.   


logoblog

Thanks for reading Mengapa Lelaki Perlu guna Boxer?

Previous
« Prev Post

1 ulasan:

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita