Ahad, 7 Disember 2014

Kewajaran Menganjurkan Comment Contest

  Ismail Ahmad       Ahad, 7 Disember 2014
Hurmm..

WAJARKAH AKU MENGANJURKAN "COMMENT CONTEST"

Itulah persoalan yang bermain dalam benak fikiran aku. Sememangnya perancangan ini sudah lama aku fikirkan namun apabila menilai kepada usia blog ismailahmad.com yang belum cukup setahun jagung membuatkan aku terfikir beberapa kali untuk menganjurkannya. 

Antara punca dan masalah yang menjadi penghalang aku untuk menganjurkan contest adalah :
  1. Blog masih baru 
  2. Kekangan masa untuk aku pantau blog ini 
  3. Bimbang juga takde support dari blogger lain
Keh keh keh… Macam serius aje masalahnya

Sebenarnya bukanlah besar mana sangat pun masalah itu. Sama ada suka atau tidak, aku tetap akan teruskan juga dan pada bulan ini aku nak dapatkan pungutan suara dan bancian daripada kalian, sama ada WAJARKAH AKU MENGANJURKAN KOMEN KONTEST pada blog ismailahmad.com ?

anjur Komen Contest


Sekiranya penganjuran ini bermula Januari 2015.

Apakah bentuk hadiah yang paling menarik dan relevan untuk aku tawarkan? Sila bagi buah fikiran kalian pada ruangan komen.

Dengan modal  tajaan aku hanya RM100 sahaja untuk permulaan ini dan sekiranya sambutan amat menggalakkanm kemungkinan nilai hadiah akan dipertimbang untuk dinaikkan.  

Adakah pembahagian modal hadiah RM100 ini diberikan kepada 3 pemenang?

Tempat Pertama = RM 50
Tempat kedua = RM 30
Tempat ketiga = RM 20

Atau ia perlu ditukar kepada bentuk barang fizikal atau digital?  Pada pandangan aku, paling mudah adalah dengan hadiah wang tunai. Mudah untuk di transfer melalui perbankan internet. Pandai-pandai lah kalian nak buat apa dengan duit itu.

Aku perlukan pungutan suara kalian semua.

Kalau tiada sebarang komen pada artikel ini terpaksa lah aku tukar kepada pelan B pula. 

Untuk Syarat-syarat Komen Contest ini beberapa cadangan aku sedang fikirkan.

Cadangan Syarat-syarat Comment Contest

Antara cadangan syarat untuk komen contest ini adalah :
  1. Nak minta Peserta Like FB fanpage Ismail Network
  2. Follow sebagai kawan G+
  3. Tak buat spamming pada komen
  4. Mesti guna nama dan anonymous tidak akan dikira

Tempoh Masa Comment Contest


Aku cadangkan untuk anjur selama sebulan bermula pada 1 Januari 2015 dan akan berakhir pada setiap 28 haribulan jam 0001 Hrs supaya memudahkan untuk aku membuat kiraan. Sekiranya sambutan Contest ini menggalakkan akan aku buat beberapa penambahbaikan lagi supaya ia lebih mesra pengguna dan tidak membebankan.

Kalian rasa terbeban ke dengan cadangan aku ini atau ia perlu ditambah baik lagi?

Minta buah pandangan kepada yang bijak cerdik pandai diruangan komen di bawah sama ada wajarkah aku menganjurkan komen contest.

Cadangan dan buah fikiran kalian amat dialu alukan  

logoblog

Thanks for reading Kewajaran Menganjurkan Comment Contest

Previous
« Prev Post

4 ulasan:

  1. alah, cuba je.. belum cuba belum tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu ler.. ingatkan terus nak buat.. kumpul pungutan cadangan dlu.. kalau ada sambutan baru nak buat januari depan..

      Padam
  2. elok jg ada contest mcm nie....sbb slalu orang akan buat contest yg berbentuk artikel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih dalam perancangan..kalau ada sambutan seronok juga nak anjur

      Padam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita