Khamis, 4 Disember 2014

Mitos Kencing Bercabang Punca Lemah Syahwat

  Ismail Ahmad       Khamis, 4 Disember 2014

Mitos mengenai kencing bercabang dan Kaitan masalah Syahwat


Ada kawan-kawan kita yang runsing katanya kencing bercabang adalah salah satu pentanda lemah syahwat atau tenaga batin. 

Usah cepat percaya sebelum kita ketahui kesahihan fakta tersebut..

Sebenarnya kencing bercang ini boleh terjadi baik lelaki mahupun wanita. Kebiasaannya ia berlaku secara spontan dan akan pulih dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Ini kerana kemungkinan pada bahagian pertengahan lubang kencing melekat disebabkan lebihan air mani yang masih tinggal dan akan menyebabkan kencing keluar bercabang dan pabila lekatan itu terlerai maka urine akan keluar seperti kebiasaan tanpa ada sebarang gangguan.

Usahlah bimbang brader

Jarang sekali lah kencing bercabang ini kekal dan beri masalah contohnya percik kepada pakaian atau keluar dalam keadaan yang memedihkan hingga melemahkan syahwat. Sekiranya urine sukar untuk keluar dan terasa pedih, itu bukan bermakna kencing bercabang. Namun begitu, sekiranya korang alami kencing bercabang ini secara kekal adalah PENTING untuk merujuk kepada doktor bagi mengetahui punca sebenar. Kebiasaannya aku percaya bagi lelaki yang alami masalah ini jarang sekali berjumpa dengan doktor melainkan cecair urine yang keluar itu terasa pedih dan bewarna. 

masalah kencing bercabang
Kencing berdiri dan kaki bercabang

Apa punca kencing bercabang?


Jarang sekali lah salur kencing radang disebabkan jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing ini melekat secara kekal. 

Permulaan kesakitan apabila dapati terasa sakit untuk membuang air kecil dan kita akan cuba membuang secara perlahan lahan untuk kurangkan kesakitan tersebut. 

Kalau daripada kenyataan pakar iaitu Dr Ismail Tambi Pakar Andrologis (Sakit Tuan) bukannya ismail Ahmad ye..

Tambat nafsu isteri

Apabila lubang salur kencing itu tertutup atau terlekat pada bahagian pertengahan ataupun terdapat ketulan berbentuk isi yang terjojol keluar dari mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil yang tersempal di pertengahan lubang kencing, maka pengeluaran air kencing akan keluar secara bercabang. 

Apa agaknya yang boleh menyebabkan air kencing bercabang? Jarang sekali salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. Pada mulanya individu yang mengalami perkara ini akan dapati sakit ketika kencing dan dia akan cuba kencing perlahan supaya tidak sakit.

Bila papilloma ini dibuang atau lekatan bahagian tengah itu dilegakan, maka secara tidak langsung perjalanan urine akan menjadi lancar dan tidak bercabang lagi. Kalau masih kekal air kencing yang keluar walaupun korang dah kepit hujung kepala zakar itu pun sama masih terjadi adalah lebih baik tanpa segan silu terus berjumpa dengan yang pakar untuk jalani pemeriksaan lanjut.  

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang atau pelekatan di bahagian pertengahan dilegakan, maka perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang. Jadi, jika masalah anda ini kekal iaitu air kencing keluar bercabang walaupun anda sudah kepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing dan masih juga sama, maka anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani peperiksaan.

So korang jangan mudah mempercayai mitos mengenai kencing bercabang adalah punca lemah syahwat atau tenaga batin. 


Yang Mustahak kebersihan diri haruslah dijaga dengan sempurna..

logoblog

Thanks for reading Mitos Kencing Bercabang Punca Lemah Syahwat

Previous
« Prev Post

6 ulasan:

  1. betul tu, kebersihan harus la dijaga dengan sempurna.

    BalasPadam
  2. 1st time dengar mitos pasal kencing bercabang ni

    BalasPadam
  3. kencing bercabang..jarang dengar..yang ada kencing tak tos!

    BalasPadam
  4. Ada gak orang buat mistos pasal kencing ni e? kencing pon nak dijadikan cerita mitos? hadoiai...

    BalasPadam

Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita