Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia. Adalah sejenis tumbuhan menjalar subtropika daripada keluarga Cucurbitaceae yang juga dikenali sebagai sayuran dan tanaman makanan. Pokok ini banyak membiak di sekitar kawasan Asia Selatan dan Tenggara, serta Carribean dan adalah merupakan sayur yang paling pahit di dunia.
Kalau sebut sahaja Peria ramai yang pasti tidak mahu memakannya disebabkan rasa pahit itu.
Masih ingat lagi kah kita akan pepatah melayu lama
“Yang Pahit itulah ubat manakala yang manis itulah racunnya”
Peria sememangnya diakui sejak saman berzaman lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional melayu berasaskan herba.
Ada dua jenis peria yang yang perlu kita tahu iaitu jenis peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz kecil. Peria amat diminiati oleh masyarakat kaum cina kerana khasiatnya.
Bagaimana nak kurangkan rasa pahit peria?
Satu cara mudah adalah dengan merendam peria di dalam air garam selama beberapa minit sebelum dimasak.
Pokoknya adalah bersifat menjalar dan memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana dan terdapat 5 cuping. Bunganya pula bewarna kuning dan buahnya berbentuk bujur dan tergantung. Namun rupa kulitnya sedikit berkedut-kedut.
1001 Khasiat peria Yang Kita Tidak Tahu
Ada satu kajian yang dilakukan mendapati setiap 100 gram peria megandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbonidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber bagi sistem penghadaman dan juga 56 miligram kalsium bagi kegunaan menguatkan gigi dan juga tulang badan.
Dikatakan juga khasiat peria mampu untuk mencuci darah kotor yang menjadi penyebab kepada sakit bisul, kudis buta dan juga gatal-gatal pada kulit. Kaedahnya adalah dengan meminum segelas air buah peria yang dikisar dan dicampur dengan perahan limau nipis. Sekiranya amalan ini dilakukan selama 3-4 bulan ia dapat hindari masalah-masalah kulit.
Selain itu juga ia mampu untuk membantu pada mereka yang ada masalah gaot, darah tinggi, lelah dan juga kencing manis. Kepada korang yang ada masalah ketagihan alkohol, boleh lah mencuba meminum air perahan daun peria.
Khasiat daunnya juga mampu untuk mengubati penyakit buasir. Kaedahnya adalah dengan mencapur air perahan daun dengan segelas susu segar dan amalkan setiap pagi selama sebulan berturut-turut. Akarnya pula dilumatkan untuk mendapatkan airnya dan sapulah pada bahagian tumbung buasir tersebut. Insya Allah semuanya dengan izin Allah.
Walaupun rupaya hodoh dan pahit, ia adalah tonik yang bertindak sebagai julap dan juga pembuka selera makan. Bagi wanita yang kekurangan susu badan boleh menjadikan buah peria sebagai ulaman.
Kalau korang inginkan maklumat yang lebih mendalam mengenai herba-herba boleh rujuk kepada pautan ini Khasiat Herba Liar di Laman Rumah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita