Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014. Aku rasa korang dah tengok kot Video kesan banjir di Gua Musang. Aku terima pun daripada pesanan whatsapp kawan-kawan. Sadis dan sayu hati aku melihat video ini mengenangkan kembali aku kepada kesan Tsunami di Acheh. Inilah bayaran yang perlu kita terima akibat daripada kesan pembangunan yang tak terkawal.
Tak salah jika aku katakan ini adalah PERINGATAN daripada Allah SWT agar kita semua bersatu hati dan mengurangi aktiviti-aktiviti maksiat di muka bumi.
Rakaman ini mungkin diambil ketika mana penduduk di daerah Gua Musang yang mengalami banjir di Malaysia 2014 pulang untuk melihat keadaan rumah mereka kesan daripada banjir yang sedang melanda kini di negeri Kelantan dan Pantai Timur.
Musnah kediaman di Daerah Gua Musang, Kelantan |
Video Kesan Banjir Gua Musang Disember 2014
Boleh aku katakan “Total lost” keadaan rumah sebahagian besar penduduk di Gua Musang saling tak tumpah daripada amukan kesan Tsunami di Acheh. Ada kediaman yang musnah 100% dan lebih malang lagi ada sebahagiannya yang hanya tinggal tapak rumah sahaja. Keadaan kenderaan tersadai dan bergelimpangan dengan kesan remuk. Tanaman usah dikata, musah belaka. Aku difahamkan lumpur sahaja sedalam hampir 1 meter. Sangat-sangat sayu.
Besar sungguh ujian banjir Malaysia Disember 2014 kali ini. Ramai yang kehilangan tempat berteduh dan ada yang kehilangan tempat bergantung seperti apa yang dialami oleh anak pasangan guru di kemaman, Terengganu.
Rakaman video kesan banjir Gua Musang Disember 2014
Marilah kira mendoakan agar keadaan banjir ini semakin reda dan pulih seperti sedia kala. Dan bagi yang berkemampuan hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu mangsa yang dalam kesusahan.
INGAT!! Kebanyakan mereka adalah saudara sebangsa dan seagama kita jua walaupun berbeza fahaman politik. Buang ego dan marilah kita menyemai semula benih kasih sayang sesama islam. Hari ini mungkin hari malang buat mereka dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita kelak.
Sesungguhnya ujian ini tersirat 1001 makna dan rahmat Allah SWT yang tidak ternilai jika kita menghayatinya dengan dari sudut positif.
Jika tidak mampu mengeluarkan wang ringgit cukuplah sekadar menyumbangkan keringat korang dengan mendaftar sebagai sukarelawan atau jika rasa terlalu terbeban, panjatlah doa kepada Allah SWT moga mereka yang menghadapi Banjir Malaysia Disember 2014 kali ini lebih tabah dan cekal dalam menghadapi ujian banjir.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi badan-badan berikut:
Islamic Aid Malaysia (IAM)
Tel: 03-89485939 / 0193973558
http://www.iam.org.my/
MBB 5640 7000 2424
CIMB 1247 0000 477108
Muslim Care Malaysia
http://www.muslimcare.org.my
https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia
Tel: 019-361 7502 (Dr Rabiatul Adawiyah) / 011-1571 1581 (Abdul Razak Mohamed) / 019-860 1837 (Amina Tahir)
MBB 5644 9041 3882
RHB 26 2120 0000 4747
Bank Islam 14 0140 1014 7470
Islamic Relief Malaysia (IRM)
https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
http://islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/
Untuk Barangan:
013-310 9994 (Bro Azlan) / 012-847 8775 (Bro Lol) / 019-226 6529 (Bro Anas)
Untuk Derma Wang Tunai:
019-689 3788 (Sis Fad) / 017-610 2767 (Bro PP)
Untuk yang mahu membuat perjalanan dari pantai timur ke Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur bolehlah hubungi JKR negeri untuk mendapatkan maklum balas laluan yang boleh digunakan. Untuk 29/12/2014 laluan perjalanan dari Pantai TImur atau Kuala Lumpur, bolehlah dirujuk pada gambarajah di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Di sarankan agar tidak melakukan spamming dan berkomentar secara beretika. Kata-kata kita adalah cerminan siapa diri kita