Teknik Main Saham sebenarnya memerlukan ilmu dan panduan khusus. Walaupun sesetengah orang memikirkan agak mudah untuk belajar main saham namun tanpa ilmu buat duit yang betul kemungkinan besar korang akan TERSESAT. Kepada mereka yang langsung tiada asas dalam membuat analisa pasaran pelaburan saham di Malaysia berkemungkinan besar berhadapan dengan risiko kerugian yang TINGGI. Puncanya mudah, kekurangan ilmu teknik trading saham dalam menentukan kedudukan saham tersebut dan hanya bergantung kepada ilmu main saham online yang kebanyakkan berpaksikan kepada teknik analisa forex. Kemungkinan besar ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pembeli unit saham tersebut. Untuk tahun 2015 ini kena lah ubah cara berfikir.
Belajar Main saham – Teknik jual beli saham
Kalau diikut konsep pelaburan saham memang nampak mudah saje. Beli pada harga rendah dan jual semula pada harga yang tinggi. Itu hanyalah “KONSEP ASAS” dalam pelaburan saham di Malaysia atau apa jua jenis pelaburan. Ia sentiasa melibatkan dua jenis urusniaga iaitu “BELI DAN JUAL”. Bukan suatu perkara yang mudah untuk menguasai ilmu teknik jual beli saham. Apa yang perlu kita tahu, di dalam sesuatu pelaburan saham terdapat jenis keuntungan jangka panjang yang diperolehi oleh pelabur yang dipanggil sebagai DIVIDEN. Kebiasaan dividen ini lebih sinonim dengan unit pelaburan saham amanah.
Jika difikirkan secara logiknya, prestasi kewangan syarikat-syarikat di papan utama Bursa Saham Malaysia selalunya sentiasa berada pada paras yang memberi return yang baik. Oleh kerana itu kita perlu mempunyai ilmu teknik analisis saham bagi kaunter-kaunter saham yang mahu dibeli atau dijual.
Kebanyakan kaunter yang biasanya berada dikedudukan yang kukuh adalah syarikat-syarikat telekomunikasi dan juga syarikat Petroleum seperti Maxis, Celcom, Digi, Petronas, Shell dll. Itu suatu yang tidak menghairankan lahirnya jutawan yang mempunyai empayar kekayaan melalui syarikat telco sahaja.
Apa yang dapat aku rumuskan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum terjun untuk buat duit di dalam bidang pelaburan saham iaitu :
1. Modal permulaan
2. Pemilihan broker saham
3. Ilmu dan panduan saham untuk pelabur baru
Kalau nak diceritakan terlalu detail bagi aku ia terlalu teknikal dan memerlukan masa untuk difahami terutama kepada pelabur baru. Namun begitu, korang usah khuatir kerana kini terdapat banyak panduan saham percuma yang disediakan dalam format pdf secara online. Cuma ia tidak lah begitu terperinci jika nak dibandingkan dengan panduan sistem teknik trading saham.
Ganjaran Pemegang Saham utama
Seperti yang aku katakan tadi mengenai Dividen saham, ia merupakan satu ganjaran untuk pemegang saham sebagai tanda penghargaan. Dividen ini boleh diberikan dalam bentuk tunai atau dividen saham itu sendiri. Ini sudah tentu memberi pulangan yang menarik kepada pelabur dan menjadi duit sampingan yang kadangkala melebihi dividen amanah saham atau dividen tabung haji.
Kebanyakan kita tidak berani untuk belajar main saham kerana dimomokkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan belajar teknik analisis saham dalam pelaburan saham di Malaysia adalah susah dan berhadapan risiko kerugian yang tinggi dan memerlukan modal yang besar.
Terpulanglah pada korang sendiri untuk membuat pilihan. Usah mudah percaya dengan ajakan rakan-rakan untuk belajar cara main saham online kerana kita tidak mengenali broker dan kebarangkalian untuk kehilangan wang adalah tinggi. Jadi belajar main saham dengan cara yang betul melalui panduan saham yang betul.
Kalau korang berazam tahun 2015 ini nak dalami ilmu teknik trading saham, elok sangat korang baca dulu teknik sistem saham yang mana aku fikirkan ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan saham untuk pelabur baru dan juga beginner.
Setiap perniagaan ada risikonya... Perlukan ilmu secukupnya sebelum melabur.
BalasPadamKalau tak ada ilmu.. apa kerja sekalipun takkan jadi..
Padammain saham jika wangnya sgt terlebih...jikalau sedikit beli saham amanah saja...atau bina perniagaan sendiri.
BalasPadamRamai yang keliru disini. Sebenarnya dengan modal yang kecil juga kita boleh mulakan untuk belajar main saham
PadamApa beza saham dengan forex ye?sama ke?
BalasPadamSaham melibatkan urusan jual dan beli saham di pasaran saham manakala FOREX melibatkan dagangan mata wang. Bila kita membeli saham maksudnya kita telah membeli pemilikan (ekuiti) dalam sesebuah syarikat, dan merupakan pelabur kecil kepada syarikat. Secara tak langsung kita juga adalah pemilik syarikat cuma tidak mempunyai kuasa penuh untuk menguruskannya.
PadamKena rajin mengikuti turun-naiknya bila dah terlibat.
BalasPadamKena lebih alert
Ada yg boleh buat prediction itu yg best
Kakak tak pernah terlibat lagi - tak pandai pun.
kalau tidak berani jangan ambil risiko..betul tak tuan?
BalasPadamBerani pun kena ada ilmu.. jangan serang sembarangan
Padamhmmm, menarik ni investment.. cuma sekrang fokus saya pada buiilding up business lepas ni in shaa Allah nak tahu mendalam juga pasal ni
BalasPadamSy pun budak baru belajar..suja cuba sesuatu yang baru..
Padamanyway terima kasih share topik ni sekuarang kurangnya membuka minda saya
BalasPadamlagi tinggi risiko, lagi tinggi keuntungannya. Tapi ramai yang kecundang sebab takde ilmu main saham ni..sebabnya dia main, bukannya melabur..:D
BalasPadamAku setuju..sebelum duit lebur baik labur dulu dlm ilmu saham..untuk short term nampak macam rugi tp byk kebaikan untuk long term..
PadamModal ada rm600 je ni. Agak agak nk main saham ok x? Mohon pencerahan sket
BalasPadamAdoi..letih betul la..nak cerah pakai la spotlight..hahaha..boleh tu memang la boleh tapi x berapa nak cun..walaupun kalau ikut teori kita boleh beli min 100 unit @ 1 lot - RM 10 tp lagi elok mula dengan modal RM3K..
PadamSalam...
PadamTuan Ahmad faiz sdg main @ join saham apa...?
tuan ade buat prsonal coaching x
BalasPadamKlu nak buat personal coaching tu elok cari yang betul-betul mahir.. klu tahap aku ni...hahaha...takut korang nanti keciwe aje..bukan nak kedekut ilmu.. tapi aku pun masih belajar dan akan terus belajar...
PadamIlmu main saham tu snagat penting. Kena banyak belajar nampaknya kalau nak main saham. Kena peka dengan kenapa pasaran saham turun naik.
BalasPadamitu aku setuju.. apa-apa pun bidang yang kita nak buat 1st kena ada ilmu.. tak banyak sedikit pun jadi lah.. tapi kalau sayangkan duit dan nak minima kan kerugian baik labur mendalam ilmu yang nk diceburi.. sesal dahulu pendapatan... sesal kemudian lu tanggung ler sendiri... huhu
PadamApa pndpt tuan tntg Prince Of Forex, Dato Hafizzat Rusli?
BalasPadamforex tu aku tak nak komen banyak nanti ada orang terasa..elok tuan buat review mengenai baik buruk forex ini.. dan banyak pakar-pakar sudah kupaskan isu ini.. :)
PadamSy ade beli buku en ishamil...mudah difahami....cuma sy nk tanya...penggunaan macd tu pd time brapa yg sesuai.....adakah H1....utk entry
BalasPadam