Komisen Ashadee - Sebenarnya aku agak jarang-jarang dapat bayaran kerja part time blogger dari Ashadee. Sejak Ashadee tukar sistem affiliate agak sukar juga aku nak buat sales. Salah satu sebabnya penyakit MALAS sedang melanda jiwa aku.. Banyak kot nak ubah link affiliate dan aku pun dah lupa kat celah mana aku buat promosi Affiliate dulu..
Kalau sistemnya ubah sekali lagi, memang aku malas nak buat kerja dengan ashadee lagi. Korang mesti gelak aje tengok komisen aku...kan kan..
Tak banyak mana pun. Boleh lah tambah servis apa yang patut untuk blog ismailahmad.com dan labur sikit untuk belajar main saham. Apa pun untuk tahun 2015, aku cuba juga untuk capai target sales macam Titan. Bengkak juga hati tengok komisen dia hampir tiap hari.. Tapi tak adalah nak BUSUK hati plak.
Walaupun takde lah sekencang blogger lain, tapi berbebekalkan 2 buah panduan KITAB yang masih aku guna pakai sampai hari ini iaitu Panduan Kursus Affiliate dan Kitab Merah Jambu serta ditambah dengan umpan-umpan yang pernah aku guna hasilnya korang tengok sendiri lah.
Pada aku kira pencapaian ini sebagai penanda aras aku untuk tahun 2015 untuk buat duit melalui blog bahasa melayu. Tahun 2014 aku lihat kebangkitan ramai blogger-blogger lama dan pertambahan blogger-blogger baru untuk bersaing secara lebih kompetetif dalam usaha untuk belajar asas buat duit guna blog.
Blogger seperti Titan, Denaihati, Zyan telah membuka pintu hati aku untuk menulis blog dan aku melihat potensi blog ini amat luas untuk terokai. Aku sendiri pun ada beberapa job tempahan design flyers dan kad kahwin yang masih dalam pembikinan. Memang terlalu padat masa awal tahun ini dan agak sukar untuk memberi fokus 100% menulis blog. Namun itu bukan penghalang untuk aku terus buat duit dari blog.
Walaupun ia nampak lebih teknikal cara-cara bagaimana buat duit atau jana pendapatan sampingan dari affiliate ini, tapi sebenarnya ia tidak lah sesukar mana. Asal kanada kemahuan untuk belajar dan usaha berterusan, insya Allah semuanya dipermudahkan aje..
Aku syorkan korang belajar dan buat kajian dua Kitab ini, itu pun kalau ada niat nak dapat komisen dari mana-mana produk affiliate.
- Panduan DVD Kursus Affiliate Rahman Basri
- Kitab SEO Merah jambu
Dah.. Pergi baca sekarang
Malas nak tulis panjang-panjang sangat.cuma nak rekod komisen Ashadee 2014..dalam blog ismailahmad.com
Note : Tak sabar nak baca panduan main saham. Nak berjaya dapat komisen kena ukur pada usaha kita sendiri.
Tahniah,ada juga hasilnya.
BalasPadamalhamdulillah.. harap tahun ni boleh dapat lebih sikit.. insyaAllah
Padamwahhh.. banyak jugak tuuu.. tahniah
BalasPadamsyukur.. boleh la buat sikit-sikit..
PadamTahniah bos, nampak macam senang je nak dapat komisyen tu..hehe
BalasPadamNampak memang macam senang.. tapi boleh kuruskan badan juga nak dapat komisen pertama.. hoho
PadamWah, ni dah tahap boleh jadi guru juga ni hehehe...
BalasPadamSetakat guru tadika tu.. boleh lerr..
PadamWow..mantap dah tu. Kalah saya ni ha.
BalasPadamOh..tak ada lawan sape-sape pun..banyak perkara yang aku perlu belajar lagi..sama-sama kita rajin solat sunat dhuha..
Padamwahh..
BalasPadamleh la belanja gua cendol plakkk..
Tiba-tiba aku rasa kedekut plak..hohoho..lu dah legend..lagi mahu pau aku yang picisan macam ni..lagi pun lu mana layan lelaki tak hensem macam aku..kecuali aku setaraf dgn gadis gadis comel dan makcik makcik aje..
Padamahh..
Padamtak kira.
belanja gak cepat.
haha
Tahniah
BalasPadamAku ke kena blanje? Huh..habis la komisen aku nanti..
Padamtu dia punya best
BalasPadam